CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terselit Lagu Anak Melayu, Aina Abdul Bangga Lagu Dimainkan Radio Jepun

28-2-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3330| Komen: 36

Description: Aina Abdul terkejut apabila mendapat tahu single baharunya berjudul Fool dimainkan di sebuah stesen radio di negara Jepun.
Aina Abdul terkejut apabila mendapat tahu single baharunya berjudul Fool dimainkan di sebuah stesen radio di negara Jepun.

Terharu dengan perkara itu, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 29, ini juga mengakui bangga dan menganggap ia satu pencapaian buat dirinya.


Foto: IG

“Saya tidak tahu macam mana lagu saya boleh sampai ke sana dan tak tahu siapa yang request untuk ia diputarkan.

“Semestinya satu pencapaian buat saya kerana terselit lagu anak Melayu di bumi Jepun.

“Saya amat gembira dan bersyukur apabila diberitahu tentang perkara itu,” kata Aina kepada mStar.




Selain itu Aina, bercakap tentang fesyen yang ditampilkan dalam video muzik lagu Fool, Aina berkata, dia tidak pernah peduli dengan kritikan netizen.

Menurutnya, dia dan pasukannya sudah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan video muzik berkenaan.



“Saya tidak peduli dengan kritikan yang boleh buat saya tak tidur malam. Memanglah saya baca, tetapi lebih baik tak terlalu memikirkan hal tersebut.

“Mereka tidak tahu bagaimana team saya bersusah payah siapkan rekaan pakaian tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, Aina turut berkongsi perasaan gementar menjelang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bakal berlangsung pada 6 Mac nanti.

Aina bakal mempertaruhkan lagu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar.



“Keutamaan saya sekarang adalah tahap kesihatan memandangkan kes harian Covid-19 yang semakin tinggi.

“Saya cuba untuk tidak terlalu kerap berada di luar rumah bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.

“Semoga saya dapat membuat persembahan pada malam tersebut. Itu yang saya mahukan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 28-2-2022 01:30 PM
Lagu sedap. Mintak yuna promotekan ka. Jadi internasyenel
Quote julia5094 28-2-2022 01:35 PM
Tak de ke yg nak promote kat tik tok...best lagu2 aina. Berbakat sangat. Kena polish lagi penampilan...u go gurl..
Quote akuHavocczz 28-2-2022 01:52 PM
tbh, lagu fool memang sedap.
Quote tipah89 28-2-2022 02:41 PM
best lagu dia yg ni.. talented betul budak aina ni
Quote Solokkk 28-2-2022 02:44 PM
Dah dengar, sedap lagunya
Quote cicicumel 28-2-2022 02:45 PM
Kalu radio nasional jepon mmg hebat la tp klu sekedar radio private ala2 radio sitizoner.fm tu siapa2 pon boleh pasang.
Quote prince_marhaen 28-2-2022 04:11 PM
bakat besar, tapi itulah...try hard sangat nak jadi unik sampai dah macam ting tong pulak fesyen dia terlalu avant-garde, sheols tak boleh carry sebab bukan model features & shape...dah macam kereta kebal berhias pulak.
Quote tomaz 28-2-2022 04:15 PM
Tak pernah x pelik fesyen dia ni
Quote dua_chzy 28-2-2022 04:17 PM
Aina Abdul ni akak subs Youtube channel sheols yach.

Selepas Yuna, ai think sheol antara artis tanahair yang paling mengejutkan akak dari segi growth sheol dalam musik dan fesyen.
Quote deebiz14 28-2-2022 04:17 PM
Baru nak masuk sini konon nak kasi kata semangat psl lagu tu sedap.

Tapi bederet nengok gambo2 pelik sheols, trus seram and meols pun gasak la situ.
Quote Kancilkering 28-2-2022 04:17 PM
https://youtu.be/PBd_vm9cTHs
Quote Kancilkering 28-2-2022 04:22 PM
ok lah not bad not bad at all….
sy x leh hadam nilai ecstatic style abu tuh….so dengar lagu je lah….x tgk mv dia….
Quote razzia 28-2-2022 04:29 PM
dah macam dato vida dah
Quote Nenolen 28-2-2022 07:14 PM
Fly high Aina...mmg sedap lagu2 Aina...cover lagu pun sedap...kaka sealu dgr kat YTube...latest lagu FOOL pun best...moga jadi Juara AJL weekend nie...
Quote Kancilkering 28-2-2022 07:23 PM
weekend ni ke ajl? i nak threesome tu menang eehhheeeb
Quote samshik 28-2-2022 08:06 PM
Adindaaaa.. Buleh dak benti paki ala2 org planet neh??? I really wish you have decent outfits that can suit your beautiful amazing voice... Ppl talk more abt your merepek baju than your talent...
Quote Nenasketum 28-2-2022 08:37 PM
Yes, aku betul rasa bangga dengan dia ni. Tersangatlah talented nya dia bukan cam CTDK yang sora ramai boleh buat. Hehehe
Quote caprisonne 28-2-2022 08:38 PM
Lagu ok, but i really cannot fathom her fashion sense.. makes her look weird.. esp tang mekap mata sepet tu.. buruk kelihatannya
Quote one_aiman 28-2-2022 08:53 PM
tahniah aina..nanti mintak chenelle tlg promote sikit kat pasaran sana..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.109119 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top