CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Mengada Berhenti Nak Selfie, Baru Dibuka Dah Penuh Sampah Sarap Di Jalan Bukit Kukus!

27-1-2022 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1837| Komen: 11

Description: George Town– Majlis Ban­daraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit ...
George Town– Majlis Ban­daraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan mereka.


Selain itu, MBPP menerusi kenyataannya menyeru pengguna agar menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata di kawasan itu.

Foto: Kosmo

“MBPP berharap agar semua pengguna jalan raya tidak memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Te­rubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan.

“Mereka juga diseru agar menjadikan tabiat membuang sampah di tempat yang betul sebagai sebahagian daripada amalan dan etika yang boleh dibanggakan,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.


Sebelum ini, tular di media sosial mengenai situasi di Jalan Bukit Kukus yang dipenuhi sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya yang berhenti di situ.


Loading FB Post...

Laluan itu adalah alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya serta baru sahaja dibuka kepada umum 13 Januari lalu.

Kenyataan itu juga berkata, para petugas pembersihan telah dikerahkan untuk membersihkan segera sampah sarap yang telah dibuang sewenang-wenangnya di Jalan Bukit Kukus semalam.

“MBPP berasa kesal dengan sikap sesetengah para pengguna jalan raya yang tanpa segan silu membuang sampah keluar dari kenderaan semasa memandu.

“Ada juga sikap yang memen­tingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dengan memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Bukit Kukus untuk berswafoto pemandangan indah dan meninggalkan sampah sarap,” katanya.

Tambahnya, kelakuan seum­pama itu seolah-olah tidak menghormati keindahan alam sekitar dan juga keselesaan para pengguna yang lain. -CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 27-1-2022 12:37 PM
Sskjp dh meluaskan kuasamu ke Penang ka
Quote Artemesiaa 27-1-2022 01:15 PM
Masaalah sikap sukar dididik kalau tak dididik dari kecil
Quote uori 27-1-2022 01:18 PM
Sekolah patut ajar sivik balik nih
Quote Kurex 27-1-2022 03:56 PM
pemikiran paling belakang
Quote nakkomenjugak 30-1-2022 10:50 PM
malaya dan sampah berpesah tedaaaaaaaa
Quote syamzana 30-1-2022 11:15 PM
baru lalu kelmarin. kan main mat2 motor brenti bertiktok ke jadah apa entah terkinja2 kat situ beramai2.rasanya yg brenti mesti moto2 jela kalau kereta nak brenti takde space.
Quote ~boolean 30-1-2022 11:52 PM
gebang suruh gomen jadi macam jepun, tapi marhaen pun bermentaliti low class..

padan lah gomen dan marhaen..
Quote edayildiz 31-1-2022 12:24 AM
Edited by edayildiz at 31-1-2022 12:25 AM

ckp psl takde kesedaran sivik..ada sekoq ni jiran kt kondo..i selalu terjmpa sampah gula2 la...bnda2 kecikk gitu kt tpi dpn umah i..
jd td berlaku dpn mata adik i..ada sekoq hanat tu..perempuan arab perasan hot agaknya..buang pelapik gula2 kt tepi umah i..
siap jeling adik i...bila adik i cite..i terus amik plastik gula2 p buang dlm umah dia
ko ingt ko sorg blh jd hanat..dasar foreignerr..menyampah bethol..
menyewa jer kot tapi hanat..
i plg bnci org suka  buang merata gitu
.omg bodoh bethol.
Quote Supersirap 31-1-2022 12:53 AM
Daripada buat kempen keluarga Malaysia baik buat kempen kesedaran sivik bermula daripada anda sendiri
Quote TabletSusu 31-1-2022 12:59 AM
edayildiz replied at 30-1-2022 04:24 PM
ckp psl takde kesedaran sivik..ada sekoq ni jiran kt kondo..i selalu terjmpa sampah gula2 la...bnda2 ...

mmg sakit hati bila berjiran dgn perangai hanat mcmni. wlupon sekadar plastik gula2.. klu x ditegur, esok2 plastik sampah besar plastik hitam pulak dia longgok dpn rumah kita
Quote darkness 31-1-2022 02:06 AM
Aku anti perangai monyet begini menyusahkan org lain

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.098341 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top