CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tunggu Tua Tak Pasti Hidup,"- Pencarum Menangis-Nangis Merayu Keluar i-Citra RM10 Ribu

27-1-2022 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6151| Komen: 86

Description: Petaling Jaya – Pencarum menangis dan merayu memohon kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra terakhir sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mereka sudah terdes ...
Petaling Jaya – Pencarum menangis dan merayu memohon kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra terakhir sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mereka sudah terdesak.


Menerusi perkongsian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Instagramnya, memaparkan kisah seorang lelaki memohon agar beliau bertindak segera memohon pihak kerajaan agar memberi peluang sekali lagi kepada setiap pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi i-Citra.

Menurut lelaki tersebut, dia mempunyai komitmen yang tinggi temasuklah menampung perbelanjaan anaknya di universiti dan amat memerlukan wang tersebut ketika ini.

Foto: Kosmo



“Saya ada banyak komitmen, dan disebabkan masalah Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu, saya dah lalui macam-macam masalah.

“Nak tunggu hari tua, kita belum pasti lagi masih hidup nanti, duit itu duit saya, saya perlukan,” katanya.

Sementara itu, menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Asyraf, beliau memaklumkan dirinya disapa oleh lelaki itu ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor.

“Ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor Bahru, saya disapa oleh seorang pemuda yang begitu emosional merintih betapa perlunya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP.

“Sememangnya di mana saya pergi, pasti ramai yang tegur dan meletakkan harapan tinggi untuk pihak kami terus memperjuangkan nasib mereka untuk disuarakan bahawa mereka amat-amat memerlukan RM10,000,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-1-2022 09:44 AM
salah org tu...p jumpa dafi tros
Quote bulalof 27-1-2022 09:46 AM
sampai skrg, kenapa masih diam diri? tak terjejas pun dgn RM10k one off tu.
Quote mamajawie 27-1-2022 09:54 AM
apa la kwsp nk simpan duit rakyat sangat ni?ehhhh lupa genting HK da ttup so duit x bleh nk rolling balik..huhuhu
Quote Suchi 27-1-2022 09:56 AM
Ramai yg tgh susah skrg ni dengan peningkatan harga barang lagi.
Nak berniaga jual brg pun serba salah takut tak laku sbb org mmg tgh tak berduit sangat dah.

Yang mana langsung tak terjejas tu syukurlaa, perit tgk org merayu suh beli baju2 terpakai dorang sbb terdesak tak de duit sgt2 dh masalahnya org lain pun tgh takde duit gak jd takde sapa nk beli.
Quote ctaz 27-1-2022 09:57 AM
duit korang....duit KERAjaan...
duit KERAjaan...duit KERAjaan...


harap paham...
hahahahaha
Quote lurve82 27-1-2022 10:03 AM
mmg kesian...harap bg la keluar utk yg memerlukan...
Quote Simunggu 27-1-2022 11:20 AM
mmmm....tak tahu nak komen apa lagi
hari tu dah cakap...bagi ja...bukan duit kerajaan pun sebenarnya
Quote prettyuglybabe 27-1-2022 11:21 AM
memang ramai sangat terdesak sekarang..
even some mereka yang gaji biasa, tapi still perlukan untuk simpan cash..
yang betul tak terkesan tu, i tak rasa pun dorang hadap nak keluarkan epf..
baik biar je dapat dividen every year..
tapi ada pulak orang gomen bodoh dok berdengki orang nak keluarkan epf..
padahal duit tu duit gaji sendiri kot yang kena potong..
bukan kacau duit kau pun..
Quote nononcrux 27-1-2022 11:28 AM
ntah la, nak ckp kerja dah lama gaji tak naik tapi taraf hidup makin naik.. naik terus naik..bullshit lah kalau kata tanam sayur sendri kalau nak jimat.. ingt sayur terus keluarkan hasil sekelip mata ke.. tambahan yg terkesan sejak 2tahun berturut dgn disaster yg melanda tak berkesudahan, duit makin keluar takde sumber lain selain simpnan.. kerajaan kejam!
Quote stingereez 27-1-2022 11:31 AM
Kalo ko hidup sampai umur TUN DET? Duit dah habis...siapa nak tanggung? Kerajaan? Kita naknsonglap billions korang bising sedangkheun korang tahu busuk busuk kita songlap pun kita bantu korang jugak waktu susah....our own pocket money...salahkah kami jadi robin hood?

How?


Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Quote stingereez 27-1-2022 11:33 AM
Kembalikhen boskur..kembalikhen boskur....

Kahkahkahkahkahkahkahakhakhakahkahkahkahkah
Quote Herlina 27-1-2022 11:38 AM
Bagi peluang derang tutup akaun EPF terus.
Biar derang uruskan duit tu sendiri. RM10K bukannya cukup kalau utk tampung kelansungan hidup dan belanja pelajaran anak2 yg masuk U.
Quote rospinki 27-1-2022 11:39 AM
haritu ada org call aku..my ex. bole pompuan2 kt ofis dia tanya bila abg nk wihdraw epf. ex tu plak call aku tanya bole ke keluar epf..haa kaw..memang kena marah la..adeke sangap pompuan2 tu kat org tu punya duit bole plak dia remind ex tu bila nk keluar duit. pomuan tu colig dia dari dulu aku  perati mmng jenis ngimpit org tu suka mintak belanja..pdhal belakidan sheol indon dh jadi org malaysia. dasar betina mata duitan ehhh duit epf org pun dia sebok! aku ckp lantak hangla.
Quote rospinki 27-1-2022 11:40 AM
ex aku tu tak tau pun epf bole keluar..punyalah sedap hidup dia selamani. epf dia dh ratus2 ribu pun dia tak reti nk keluar. lurus bendul org tu
Quote Orix 27-1-2022 11:48 AM
kwsp yg bengap. sbenarnya masa covid aritu x semua pun terkesan sgat smpi kena keluar epf. true story sedara iols keluarkan icitra buat kabinet dapur, kawan iols keluarkan i lestari beli iphone pro maxx.... patutnya len kali ketatkan lagi syarat pengeluaran hanya utk org2 yg benar terkesan... bila ko bg 10k 10k sesuka hati mmg susut la dana dlm kwsp tu
Quote tobobon 27-1-2022 11:49 AM
Susah gomen nak bagi kluar kali ni..kena ada video2 viral mcm abang ni banyak2..kena ada orang bunuh diri pasal x cukup duit..lgpun every weekend meols tgk area klcc ramai family bershopping tak ingat dunia ala2 masing keja company besar cam petronas..
Cam mana???
Quote rikiruj 27-1-2022 12:17 PM
Hari tu ramai yg keluarkan 60k tu bukan pasal perlu pun.. walaupun ada yg joli katak tapi ramai juga yg keluarkan for liquidity purpose.. simpan kat asb etc.
Quote sitisitu25 27-1-2022 12:30 PM
iols more to pk derang hold sb nk top up subsidi utk inflation later..skrg pun inflation da sakan..lepas raya bulan 5 ke atas lg sakan inflation n harga brg menaik..so i guess gomen duk buat pekak sb nk reserved utk later after bln 5-6 ke atas.
Quote ifanonline 27-1-2022 12:31 PM
bagi la peluang keluarkan duit tu, bukan duit kwsp pun...duit rakyat yg menabung...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064393 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top