CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Bermain Handphone, Anak 2 Tahun Jadi ‘Suspek’ Terbeli Set Perabot Berharga Lebih RM8,000

24-1-2022 04:39 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1845| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Description: Dalam perkembangan teknologi yang semakin meningkat pada masa kini, segala urusan boleh dilakukan secara menggunakan smartphone. Ini termasuklah apabila ingin membeli-belah, membayar bil elektrik dan ...
Sumber: NBC News


Dalam perkembangan teknologi yang semakin meningkat pada masa kini, segala urusan boleh dilakukan secara menggunakan smartphone. Ini termasuklah apabila ingin membeli-belah, membayar bil elektrik dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, 'smartphone' juga boleh ‘memakan diri’ jika tidak digunakan dengan betul.

Hal ini terjadi kepada seorang ibu di New Jersey ini yang ‘terduduk dan menggeleng kepala’ apabila satu persatu set perabot sampai di rumahnya walaupun dia tidak pernah membeli barangan tersebut.


Sumber: NBC News

Walaupun begitu, dia akhirnya mengetahui bahawa semua perabot itu telah ditempah oleh anaknya bongsunya yang berusia dua tahun ketika bermain smartphone miliknya.

Menerusi laporan dari NBC News, wanita tersebut pada awalnya hanya menambah barangan perabot pada cart di dalam laman web Walmart kononnya untuk rujukan sekiranya ada duit untuk membelinya dan belum mengesahkan pembelian. 

Tetapi ketika perabot itu sampai, wanita tersebut menjadi pelik lalu bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli set perabout tersebut tetapi mereka mengatakan bahawa tidak melakukannya.

Di dalam hal ini terbuktilah bahawa anak lelakinya yang berusia dua tahun tersebut menjadi satu-satunya ‘suspek’. Nasib baik comel, nak cubit pun rasa kesian. 

Ibu tersebut berkata, harga barangan yang dipesan oleh anaknya itu berjumlah hampir $2,000 (RM8,368.20). Kalau hal ini terjadi kepada kita, sememangnya kita akan rebah ke tanah kerana terfikir bagaimana nak membayar semua hutang kredit kad kita. 

Baby goes on Walmart shopping spree
Sumber: The brew

"Sukar untuk saya percayai bahawa dia telah melakukan perkara ini, tetapi itulah yang berlaku. Saya tidak dapat melakukan apa-apa kerana barangan yang dipesan sudah sampai"

"Dia sangat kecil dan comel, kami terhibur bagaimana dia boleh order semua barangan ini," kata suami kepada wanita itu.

Mereka merancang untuk menyimpan beberapa bungkusan kerana sudah dibeli dan memulangkan yang lain supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 24-1-2022 05:11 PM
ingatkan anak hamster kemam tadi..
Quote prince_marhaen 24-1-2022 05:42 PM
mamajawie replied at 24-1-2022 05:11 PM
ingatkan anak hamster kemam tadi..

samalah..tengok foto ingatkan anak ammarhamster tadi... hehehehehehe kusss semangat mak dia kena kerja keras bayar duit sofa.. hihi
Quote Aikiko 24-1-2022 09:19 PM
Comey ngat ni
Kalau myson yg buat camni da lame kena kunyah2
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 09:28 PM
Naseb baek RM8k bukan RM80k.  Kad platinum le..
Quote Decaffeinated 24-1-2022 09:36 PM
aku tak nampak apa sebab guna Brave ka?

Quote gekkou 24-1-2022 09:44 PM
aku tak nampak la post TT
kalau tepek dari twitter pun aku x nampak
why meh?
Quote sambaldurian 24-1-2022 09:54 PM
Ni mesti link terus ngan kad kredit ni akaun walmart ke, amazon ke. Jenis X minta TAC ke. Once ko dh agree to buy. Terus jd pembayaran. Ada je kwn aku, tetiba sampai baju. Rupanya anak dia main phone. Sebaik harga bwh rm20.
Quote Gomea 24-1-2022 11:02 PM
Hijab aku tertutup ke ni? Tak kelih ape pon
Quote intan244 24-1-2022 11:39 PM
bagus la US sana senang return
Quote she 25-1-2022 12:24 AM
Tak nampak content oiiii
Macik guna Brave ni
Jangan sampai macik guna Coward lak

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.248317 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top