CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dahulunya Pelakon Cilik, Muntazar Ghufran Kini Curi Tumpuan!

26-1-2022 11:19 AM| Diterbitkan: missroses87| Dilihat: 2139| Komen: 0|Original author: Missroses87

Description: Muntazar Ghufran adalah salah seorang pelakon yang memulakan kariernya sebagai anak seni sejak di usia kanak-kanak lagi.

Muntazar Ghufran adalah salah seorang pelakon yang memulakan kariernya sebagai anak seni sejak di usia kanak-kanak lagi. Untuk pengetahuan umum Muntazar memiliki seorang abang yang juga berkecimpung dalam industri hiburan tanah air. 

Abangnya adalah Firdaus Ghufran yang juga berlakon sejak dari kecil lagi. Malah Firdaus Ghufran pernah menjadi bualan warganet selepas kejayaan lakonannya dalam drama Budak Tebing yang disiarkan di TV3.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian rakaman di TikTok oleh Muntazar Ghufran sendiri memaparkan dirinya yang dahulu masih kecil dan kini sudah pun dewasa. Disebabkan perkongsian video itu, Muntazar Ghufran kembali menjadi tumpuan warganet. Jika di zaman kanak-kanaknya dia sangat comel, bila meningkat dewasa boleh tahan kacak!


Berikut adalah perkongsian rakaman yang dikongsikan oleh pelakon berbakat ini:


Perkongsian rakaman Muntazar Ghufran ini telah meraih jutaan tontonan. Malah di ruangan komen ramai akui yang terasa diri mereka sudah tua kerana melihatkan pelakon popular di zaman kanak-kanak ini sudah pun meningkat dewasa. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

"Dia yang dah besar ke aku yang dah tua"


"Dia yang cepat membesar atau aku yang makin tua"


"Dia ni time kecik serius cute astaga"


Wow, tak sangka ramai yang masih ingat pelakon yang dahulunya masih kecil ini! Kecil-kecil dulu cute je sekarang dah besar memang sedap mata memandang! -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042362 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top