CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raysha Rizrose Masih Tak Percaya Kamal Adli Jadi Abang Ipar

14-1-2022 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3751| Komen: 11

Description: Raysha Rizrose, 26, tidak pernah menyangka Kamal Adli akan menjadi abang iparnya yang dikenalinya ketika dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/15 lalu.
Raysha Rizrose, 26, tidak pernah menyangka Kamal Adli akan menjadi abang iparnya yang dikenalinya ketika dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/15 lalu.

Raysha ketika ditemui berkata, selama ini dia dan adik-beradik lain sentiasa ternanti-nantikan siapa lelaki bakal menjadi jodoh kakak mereka, Uqasha Senrose dan langsung tidak terfikir orang itu adalah Kamal.


Foto: IG

"Serius, saya memang tak sangka Kamal Adli jadi abang ipar. Ketika masuk Dewi Remaja dulu, dia jadi hos. Saya tahu dia macam itu saja dan tak pernah kerja bersama pun. Namun, Kamal ini selalu berada di sekeliling keluarga saya sejak dari dulu, tapi tak pernah nak kenal betul-betul.


"Jadi, apabila mereka berkahwin dan diingat-ingatkan semula, Ya Allah dia ini sebenarnya abang ipar. Itupun selepas lapan atau sembilan tahun kenal dia sejak dari Dewi Remaja," katanya kepada Harian Metro.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz berkata, dia dan adik-beradik lain selalu tertanya-tanya siapalah lelaki yang akan menjadi jodoh Uqasha.



"Kita tahu dia (Uqasha) seorang yang penyayang, tapi sering kurang bernasib baik dalam hubungan percintaan. Namun, akhirnya dia bertemu jodoh dengan Kamal.

"Macam terkejutlah sebab selama ini kita fikir mungkin orangnya jauh sangat, tiba-tiba dah ada depan mata rupanya. Dah lama, cuma tak pernah nak terlintas pun," katanya.

Kamal dan Uqasha yang mula rapat sejak berlakon drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019 selamat melangsungkan pernikahan pada 5 November tahun lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua belah pihak.



Bercakap mengenai situasi dirinya yang berada dalam kelompok keluarga menjadi perhatian ramai, Raysha berkata, dia bersyukur tidak berasa tekanan kerana sudah terbiasa melalui kehidupan secara sederhana.

"Saya seorang yang 'simple' dan tidak suka berlebih-lebihan dalam banyak perkara. Malah, saya juga bertuah ada orang dua kakak yang mengambil berat dan sentiasa memberi dorongan serta kata-kata semangat kepada saya," katanya.



Terbaharu, Raysha membintangi drama Ex Aku Pontianak bersama pelakon lain seperti Elizabeth Tan, Ikmal Amry, Alicia Amin, Fatimah Abu Bakar, Datuk Malek Noor dan ramai lagi.

Drama 10 episod arahan Syamil Othman ini akan menemui penonton mulai 19 Januari ini, setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JalaEmas 14-1-2022 08:23 AM
rizrose dgn senrose ni beradik lain bpk same mak ke? manrose tu mcm mne pulak.. eh
Quote Kurex 14-1-2022 08:38 AM
So yesterday dah cerita kawen kamal kepam ni
Quote 3chanceno 14-1-2022 08:40 AM
Nie pun buksk thread? Gosipnya apa?

Nak kover pasal.kes langgar sop masa majlis ke?
Quote ujio 14-1-2022 09:01 AM
JalaEmas replied at 14-1-2022 12:23 AM
rizrose dgn senrose ni beradik lain bpk same mak ke? manrose tu mcm mne pulak.. eh

ya, sama mak lain bapak.
adik beradik manrose cousin dorg..
gabungan nama mak n bapa..
manrose tu iwan dangdut syahman + arwah rosnah md noor
Quote pinkzara 14-1-2022 09:03 AM
JalaEmas replied at 14-1-2022 08:23 AM
rizrose dgn senrose ni beradik lain bpk same mak ke? manrose tu mcm mne pulak.. eh

raysha bapak lain. Manrose sepupu depa.
Manrose anak iwan dangdut+rosnah mat nor (pelakon popular 80an, batch liza abdullah etc)
Rosnah mat Nor adik beradik mak nelydia/uqa.

kerabat depa ni kalau kita nak cerita,panjang...
Sama pesen mcm kerabat lofa, yg tu sepupu dia, yg ni makcika dia. Bla3..berangkai2.

Quote prince_marhaen 14-1-2022 10:12 AM
rizrose+senrose = adik-beradik / tiri (ibu Rosmizai Mat Noor + Nik Sen / Rosmizai + Fariz)
manrose = sepupu rizrose / senrose (ibu Rosnah Mat Noor + Iwan Dangdut Syahman)
Quote dudaberhias 14-1-2022 10:17 AM
Ye ye je tak percaya padahal dah nikah lebih sebulan sorok2... Sampai acik porum dah rasa theyols punya pernikahan tu dah usang tahap zaman keputeraan 90an punya perkahwinan...

Takde rasa terkejut atau tak percaya pun, semua dah pakat2 sibuk dengan banjir masa tu... Lagi penting.
Quote nakkomenjugak 14-1-2022 10:47 AM
Kamal deli jee punnn
lain laa chris evans kawen dengan akak ko
tapi tu laa hidup, banyak kejutan


Quote MadameOnion 14-1-2022 07:15 PM
Ya ya..aku pun masih tak percaya kamal adli tu abang ipar ko
Quote GincuPurple 15-1-2022 01:08 AM
JalaEmas replied at 14-1-2022 12:23 AM
rizrose dgn senrose ni beradik lain bpk same mak ke? manrose tu mcm mne pulak.. eh

Manrose  dan Senrose+ Rizrose adalah sepupu. Kalau tak silap.

Rasanya Manrose anak² Iwan dangdut dengan pelakon Rosnah Mohd Noor. Ada sesapa boleh confirmkan?
.
Quote cheezel 15-1-2022 01:29 AM
Org kenal dia sbb kakak dia je. Dia cantik je tp cntik cm biasa2. Tu susah naik kot

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053964 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top