CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027?

12-1-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1201| Komen: 5

Description: Dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia sekali lagi menempah sejarah apabila bakal menganjurkan Sukan SEA 2027 berikutan Brunei menarik diri daripada mengadakan temasya dwitahunan tersebut.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia sekali lagi menempah sejarah apabila bakal menganjurkan Sukan SEA 2027 berikutan Brunei menarik diri daripada mengadakan temasya dwitahunan tersebut.


Perkara itu disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menerangkan kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke-34 pada tahun 2027.

Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria menegaskan, pihaknya akan menghantar surat untuk mengesahkan minat mereka kepada SEAGF ber­kenaan penganjuran Sukan SEA yang kali terakhir di Malaysia pada tahun 2017.


Norza, Foto: Kosmo

“SEAGF telah menghubungi MOM berkenaan keberangkalian Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Sukan SEA edisi Ke-34.

“SEAGF menjelaskan per­kara tersebut selepas pe­ngunduran Brunei untuk menganjurkan temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Justeru, menerusi mesyua­rat yang dilakukan sebentar tadi, MOM bersetuju untuk menghantar surat minat kepada SEAGF berkenaan perkara tersebut,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM semalam.

Norza turut menjelaskan, pihaknya faham dengan kea­daan kewangan kerajaan ketika ini yang sedang membina negara semula akibat Covid-19.

“Kita memahami keadaan kerajaan pada ketika ini dan akan berhubung dengan kerajaan selepas keadaan kewangan akan lebih stabil atau lebih baik.

“Memandangkan Sukan SEA akan berlangsung pada tahun 2027. Jadi, masa masih agak panjang dan kita akan melakukan perbincangan seterusnya. Namun pada masa ini, MOM akan menghantar surat minat kepada SEAGF,” tambahnya.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah 2017 di mana pasukan negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 12-1-2022 10:45 AM
Jgn lupa special kitchen untuk vietnam ye kalau tak dapat pork derang lemah seluruh badan tak leh perform.
Quote bulalof 12-1-2022 10:54 AM
atlet2 yg elaun di potong tu camana?
Quote stingeritters 12-1-2022 11:13 AM
Harap harap segala prasarana serta venues sukan kita belum ditenggelami banjir by then....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote dudaberhias 12-1-2022 11:17 AM
2027 lama lagi. Kalau ekonomi ok, boleh ler kot nak buat, tapi simple2 sudah, gunakan apa yang dah ada cukup la. Jangan kau pergi bina 50 bijik hotel baru sudah nyah macam hotel2 berhantu dekat PD tu
Quote Shazid 12-1-2022 11:30 AM
Yes, i love sport event!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046723 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top