CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Lalui Pelbagai Perkara Misteri Semasa Lupus Al-Quran Lusuh

12-1-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1421| Komen: 1

Description: Segamat: Pelbagai perkara 'misteri' dilalui pasangan suami isteri ketika melupuskan al-Quran yang sudah usang mengikut syariat Islam di pusat pelupusan naskhah ayat suci itu di sini, sejak beberapa bu ...
Segamat: Pelbagai perkara 'misteri' dilalui pasangan suami isteri ketika melupuskan al-Quran yang sudah usang mengikut syariat Islam di pusat pelupusan naskhah ayat suci itu di sini, sejak beberapa bulan lalu.


Sukarelawan, Jaafar Maskor, 64 berkata, beliau bersama isterinya, Aishah Kassim, 63, melaksanakan kerja amal itu di Masjid Taman Yayasan, selepas bersara daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bapa kepada tiga anak itu ketika membuat kerja pelupusan pembakaran di mesin khas di sekitar masjid berkenaan berkata, beliau mendapati sisa abu al-Quran itu berwarna putih amat bersih juga tidak pernah berbau busuk.

Beliau mendakwa, isterinya turut mengalami pengalaman terhidu haruman tiap kali memasukkan ayat suci yang usang untuk proses pelupusan.


Foto: Berita Harian


"Kami juga pernah berdepan pengalaman ketika melakukan proses pelupusan tiba-tiba hujan panas di sebalik cuaca terang membuktikan al-Quran bukan bahan bacaan biasa-biasa.

"Kami juga pernah didatangi kumpulan individu dipercayai pengamal ilmu sihir dan mendakwa badannya terasa panas sebaik menyentuh sisa abu ayat suci tersebut, sebelum segera beredar dari lokasi pusat pelupusan berkenaan.

"Ini menjadikan kami menjadi lebih dekat kepada al-Quran walau pun yang sudah lama dan usang untuk dilupuskan namun 'rohnya' tetap kekal. Kami bersama sukarelawan lain juga harus mahir dalam tertib urusan pelupusan al-Quran antaranya sentiasa dalam wuduk selain wanita dalam haid tidak dibenarkan menyertainya dan ia seharusnya memberi semangat kepada generasi pelapis turut mempelajarinya," katanya ketika ditemui, di pusat pelupusan al-Quran di Masjid Taman Yayasan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pusat pelupusan itu hanya beroperasi jika ada keperluan dan pihak Koperasi Masjid Taman Yayasan Sdn Bhd hanya mengenakan cas bayaran RM1 bagi tiap kilogram (kg) ayat suci usang bagi menampung kos utiliti dan selenggara mesin pelupusan," katanya.

"Sesiapa saja yang mahu melupuskan al-Quran lama mereka boleh menghantarnya ke pusat ini.Mula beroperasi sejak 4 September 2018, lalu, turut dibantu 20 sukarelawan lainnya.

Jaafar berkata, masyarakat Islam sukar melupuskan al-Quran yang sudah lama dan usang kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main yang akhirnya menyebabkan kitab bacaan berkenaan memenuhi ruang rumah.

"Setiap minggu, saya menerima kira-kira 10 hingga 20 kg untuk dilupuskan namun pasca banjir ini sehingga melebihi satu tan," katanya yang juga Setiausaha Koperasi Masjid Taman Yayasan Sdn Bhd. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 12-1-2022 12:39 PM
tempat2 macam ni, mana nak cari area berdekatan eh

orang2 kampung sini, bakar buku2 agama, Al-Qur'an, Yaasin bagai
lepas tu abu tu diorang hanyut je kat sungai. ade tu tanam
takut cara diorang lupuskan tu salah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.104866 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top