CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasmine Suraya Buat Aksi Ranjang

12-1-2022 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5750| Komen: 21

Description: Melakonkan babak ranjang, pelakon Jasmine Suraya mengakui malu untuk menonton semula aksinya itu dalam drama bersiri Villa Kristal.
Melakonkan babak ranjang, pelakon Jasmine Suraya mengakui malu untuk menonton semula aksinya itu dalam drama bersiri Villa Kristal.

Bagaimanapun, Jasmine, 32, menjelaskan babak panas yang dilakukan itu dengan bantuan teknik kamera.


Foto: IG

"Saya tak boleh tengok watak yang saya lakonkan itu... sejujurnya saya fikir dua kali sebelum terima tawaran ini tapi ingin saya tegaskan itu bukan Jasmine Suraya, itu watak wanita bernama Angel.

"Mungkin kita yang menonton akan nampak macam adegan seks tapi itu hanya camera angle, tak ada bersentuhan tubuh pun... memang babak tu nampak daring tapi tak macam tu pun.


"Semasa menerima skrip drama ini, pengurusan saya dah maklumkan kepada produksi apa yang boleh dan tak boleh, malah semasa di set penggambaran pun pengarah bertanya keselesaan saya. Sejujurnya agak malu juga semasa lakonkan babak itu," katanya kepada mStar.



Jasmine ditemui semasa pelancaran drama bersiri Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Jasmine, drama eksklusif yang bersiaran di platform digital WeTV ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.



Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini boleh distrim menerusi aplikasi atas talian itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Marabahaya Underground ini berkata dia seronok apabila diberi peluang berlakon bersama tiga lagi aktres hebat dalam drama ini.

"Memang seronok satu set dengan pelakon lain... masing-masing ada karakter tersendiri. Bagi saya ini cerita yang kita dah lama tak tengok, macam filem Sex And The City, Desperate Housewive dan Pisau Cukur.




"Ya memang ada beberapa babak mengejutkan tapi saya hanya bawa watak sahaja, kalau nak benci, bencilah Angel... tapi sebenarnya Angel ni tak jahat pun cuma dia ada pendirian buat apa sahaja yang dia mahu.

"Memang sangat berbeza karakter ini dengan peribadi saya, jadi penonton kena tonton dahulu drama ini dan barulah boleh menilai watak Angel itu," ujarnya. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 12-1-2022 08:21 AM
krikk...krikkk....kriikkk.....
Quote nakkomenjugak 12-1-2022 08:47 AM
ni yang cite mak sheol cino bagi fam melayu adopt sheol tu kan?  apa entahhh nama nya
Quote Gianna111 12-1-2022 08:54 AM
nakkomenjugak replied at 12-1-2022 08:47 AM
ni yang cite mak sheol cino bagi fam melayu adopt sheol tu kan?  apa entahhh nama nya

eh..bukan dia ni bidayuh chinese ker?
Quote Gianna111 12-1-2022 08:55 AM
nakkomenjugak replied at 12-1-2022 08:47 AM
ni yang cite mak sheol cino bagi fam melayu adopt sheol tu kan?  apa entahhh nama nya

eh..bukan dia ni bidayuh chinese ker?
Quote nakkomenjugak 12-1-2022 09:01 AM
Gianna111 replied at 12-1-2022 08:54 AM
eh..bukan dia ni bidayuh chinese ker?

alaaa yang movie apa entah pasal adoption cino melayu tu
macam kenal nama sheol ni, berlakon dalam cite tu
kat tv8 rasanya
Quote bankerpencen 12-1-2022 09:01 AM
Ala bukan muslim pon. Buat softcore p*rn sekalipun, takde masalah pun. Hatta muslim sekali pun, pandai2 la tanggung dosa sendiri. Buatlah apa kau nak dik, bukan kacau duit aku pun.
Quote babelina 12-1-2022 09:06 AM
Edited by babelina at 12-1-2022 09:07 AM

x silap aku dia pn penah blakon citer kt utube yg jd cikgu tu yg ada adengan ala2 soft porn gak kn.... kontroversi gak kn..
Quote selipar_hijau 12-1-2022 09:16 AM
dia beraksi dengan sape? fadlan?
Quote naina 12-1-2022 09:51 AM
Helehhh. Dah berlakon nak malu
Itu ko kan..ceh
Muka cantik pandai berlakon
Tapi loghat sabahan dia tebal
Quote AcikBuncit 12-1-2022 10:03 AM
Bukan muslim pn lantak ko la dik.. Buat pun xpe. Cuma kalau lakinye tu muslim tu yg kita nak kecam. Spe laki di ranjang tu
Quote dudaberhias 12-1-2022 10:10 AM
apa yang nak malu nya... bukan betul2 pun dan babak tu mesti ada kepentingan untuk drama tu kan...
macamni baru pelakon professional..

tak main la macam kari parpu aussie tu gigih reject tawaran marvel...
kat ig menyeksi siap mengcekik air ribena bersama hubs... hujung hujung tolak tawaran marvel sebab ada adegan bogel...
takut sangat sebab che pit heshe rentung berkerak macam kuali belanga chicken pot tu kot...
tak rela di tayangkan bontot kualiti tu di TV
Quote Fly_over 12-1-2022 10:13 AM
masa jd wartawan sukan menarik jgk dia ni. bila dah jd plakon jadi biasa2 je pulak..
Quote mama_cat 12-1-2022 11:02 AM
aku lagi concern ngan udang sekerat tu, isi masih transparent mcm tak masak lebihan ekor udang tu depa masak apa lak?
Quote pekanwoohoo 12-1-2022 11:15 AM
Betul ke dia ni awek Pian Suhaimi?
Quote fealefea 12-1-2022 12:35 PM
Flat betol die ni. So adegan tu nmpk cam di angin lalu je kot
Quote Kuasaberganda 12-1-2022 01:06 PM
Bila aku tgk dia, aku nampak dahpne iking. Xtaw kenapa
Quote tipah89 12-1-2022 01:15 PM
mama_cat replied at 12-1-2022 11:02 AM
aku lagi concern ngan udang sekerat tu, isi masih transparent mcm tak masak lebihan ekor udang tu  ...

gegeh pulak aku tengok balik udang tu ehhhh

Quote elzy 12-1-2022 01:16 PM
Hurmmm tak kenal, no wonder cari publisiti..
Quote mzzenma 12-1-2022 01:21 PM
Baru perasan dahi sheolls sejenis lapangan terbang juga

maknanya ada lah chance meolls nak jadi pelakon gini

sebut aksi2 daring ni teringat cerita lama.. yg ada nina juren dgn rosyam nor kut.. bergegau katil

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.280859 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top