CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Pun Tak Izinkan,"-Dah Tersingkir, Bandi Amuk Tak Jadi Buka Topeng

4-1-2022 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5211| Komen: 45

Description: Hasrat penyanyi rock Bandi Amuk untuk membuka topeng akhirnya terkubur selepas tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Hasrat penyanyi rock Bandi Amuk untuk membuka topeng akhirnya terkubur selepas tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Menurut Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, disebabkan gagal melayakkan diri ke pentas akhir GV8, dia mengambil keputusan membatalkan niat tersebut sampai bila-bila.


Foto: IG

"Saya tak umpan apa-apa, saya memang ada pasang niat kalau berada di top 3 saya akan buka topeng sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong saya.

"GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya. Namun tak sangka pula ramai peminat marah dan minta saya jangan buka topeng.


"Sebab ini trademark saya sejak sekian lama, buat apa nak gadaikan aset saya. Tapi apabila sampai sini saja perjuangan saya, maknanya Allah pun tak izinkan.

"Jadi, niat untuk buka topeng itu terkubur. Saya akan kekalkan imej bertopeng ini sampai bila-bila," kata Bandi kepada mStar.



Bandi yang menyampaikan lagu I Want To Break Free tersingkir pada minggu ketujuh konsert GV8 yang berlangsung di PICC, Putrajaya, malam Ahad.

Sebelum ini, Bandi pernah menyuarakan hasratnya untuk membuka topeng sekiranya berjaya melayakkan diri ke top 3 GV8.

Dalam pada itu, Bandi menegaskan dia sukar untuk menukar konsep muziknya kerana ia merupakan perjuangan Amuk selain sudah sebati dalam dirinya.





"Apa yang saya perjuangkan bersama Amuk sejak dulu sampai sekarang terlalu besar. Kalau nak saya menyanyi dengan stail berbeza... rasanya sedikit sulit.

"Saya tak belajar daripada sesiapa dan saya berpegang dengan apa yang saya buat. Bersama Amuk, saya bangga!

"Walaupun tujuh minggu dalam GV8, sejarah bersama Amuk saya takkan korbankan. Saya tak rasa terkilan atau sedih pun apabila tersingkir," tegasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 4-1-2022 10:16 AM
emmm...takpelah abangdi suriaty..... takyah la bukak... nanti budak-budak takut nak tengok GV... mengigauuu
Quote Themilo 4-1-2022 10:22 AM
zaman sebelum-sebelum Covid, elok jaa jumpa heols satu family bersiar-siar kat shopping mall area JB nih tak pakai topeng.. ntah sapa la yang beria sangat nak suruh bukak topeng tu..
Quote slyfynx 4-1-2022 10:26 AM
Ok. Sile pakai topeng penuh pasni ye.
Quote cmf_PariS 4-1-2022 11:11 AM
ampun la... ok pakai balik.. pakai balik jgn buka sampai bebila plsssss
Quote mamajawie 4-1-2022 11:35 AM
ada je gambar dia x pakai topeng



Quote mamajawie 4-1-2022 11:37 AM
dia ni better bela misai..ni takde misai muka sbijik cam elly suriati..yihhhhh



Quote nakkomenjugak 4-1-2022 11:50 AM
takpe2 tutup je
tau dah muka totok jowo
Quote anilanil 4-1-2022 11:58 AM
Takpe bang. Terima kasih byk2...
Quote Kuehraya 4-1-2022 12:01 PM
Lagi elok x bukak. Lain la kalau ensem namatey
Quote kucingitam 4-1-2022 12:04 PM
hahaha...sape tah yg beriya suruh bukak topeng
Quote MarissaOberlin 4-1-2022 12:14 PM
kat google banyak je gambar he ols
Quote pencintaABC 4-1-2022 12:15 PM
Encik Mimpi yg bertopeng dulu mana yich? Dah mendonat di kuburan jugak ke?
Quote piep 4-1-2022 12:16 PM
x yah bukak pun tak pe hehehe.. yg macam encik mimpi tu ada tak muka sebenar dia.. di balik topeng macm hensem, takut mask fishing je.. pakai mask nampk hensem bukak je hauk
Quote AshkieLa 4-1-2022 12:22 PM
setakat topeng gitu, tak bukak pun dah boleh imagine rupa dia mcmana kot...
Quote bakingsoda 4-1-2022 12:34 PM
asal korang suruh tutup balik, muka dia normal je la ada iras wanna ali beli kete mewah hasil titik peluh keje ngan mak sendiri
Quote Suchi 4-1-2022 12:39 PM
Ala time dia melawat
Yantzen tu mana pakai topeng kat mata tu dia pakai facemask je.
Kat luar pun tak silap dia tak pakai topeng juga kan, penah je nampak dia g majlis convo anak dia tak pakAi topeng pun.
Atas pentas je kot pakai.
Quote iznanaziz 4-1-2022 02:45 PM
Themilo replied at 4-1-2022 10:22 AM
zaman sebelum-sebelum Covid, elok jaa jumpa heols satu family bersiar-siar kat shopping mall area JB ...

la..ingatkan sentiasa bertopeng kalau kuar dari rumah.
rupanya bila dia nyanyi je ya, pakai topeng?
Quote buapakperut 4-1-2022 07:03 PM
Hadiah??? Baik lagi bertutup ..
Quote buapakperut 4-1-2022 07:04 PM
Edited by buapakperut at 4-1-2022 11:07 AM
slyfynx replied at 4-1-2022 02:26 AM
Ok. Sile pakai topeng penuh pasni ye.


Bila tengok gambar first Tu macam arnab kena hujan pulak, sayu je muka nya. Maybe sebab Tu pakai topeng supaya nampak ganas sikit

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.069733 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top