CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang RXZ Nyaris Hanyut Ketika Cuba Rentas Jalan

3-1-2022 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1621| Komen: 2

Description: Panjang nyawa seorang penunggang motosikal apabila sempat berpaut pada sebatang pokok selepas hanyut dibawa arus banjir.
Panjang nyawa seorang penunggang motosikal apabila sempat berpaut pada sebatang pokok selepas hanyut dibawa arus banjir.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penguasa Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd Rahman mengesahkan kejadian di Bukit Sengit Pogoh pada Isnin itu berkata, pihaknya menerima laporan selepas mendapat maklumat awam pada jam 7.58 pagi.


Anggota bomba menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa yang hanyut dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, pada Isnin.

Susulan itu, enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, lapor Sinar Harian.


"Mangsa yang menunggang Yamaha RXZ hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air.

"Namun, mangsa berjaya berpaut pada sebatang pokok dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi tamat pada jam 8.30 pagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-1-2022 04:54 PM
BMX aku boleh ja
Quote Artemesiaa 3-1-2022 06:51 PM
Time banjir usah ler nak buat sarkis silap2 nyawa melayang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039175 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top