CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 2

Penunggang RXZ Nyaris Hanyut Ketika Cuba Rentas Jalan

[Copy link]
Post time 3-1-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Panjang nyawa seorang penunggang motosikal apabila sempat berpaut pada sebatang pokok selepas hanyut dibawa arus banjir.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penguasa Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd Rahman mengesahkan kejadian di Bukit Sengit Pogoh pada Isnin itu berkata, pihaknya menerima laporan selepas mendapat maklumat awam pada jam 7.58 pagi.




Anggota bomba menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa yang hanyut dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, pada Isnin.





Susulan itu, enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, lapor Sinar Harian.


"Mangsa yang menunggang Yamaha RXZ hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air.


"Namun, mangsa berjaya berpaut pada sebatang pokok dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Operasi tamat pada jam 8.30 pagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 04:54 PM | Show all posts
BMX aku boleh ja
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 06:51 PM | Show all posts
Time banjir usah ler nak buat sarkis silap2 nyawa melayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060451 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list