CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah 2cm Disuruh Balik, Keselamatan Ibu & Bayi Jadi Taruhan Asbab SOP B#ng#ng Hospital

31-12-2021 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5339| Komen: 57

Description: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila menyambut kelahiran bayi mereka di dalam kereta ketika menuju ke Hospital Seberang Jaya kerana pada awalnya, mereka diminta untuk pulang ke rumah wal ...
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila menyambut kelahiran bayi mereka di dalam kereta ketika menuju ke Hospital Seberang Jaya kerana pada awalnya, mereka diminta untuk pulang ke rumah walaupun sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.


Menerusi laman sosial Facebook PenangKu Viral, ibu tersebut mahu mendaftar masuk ke wad bersalin namun diarahkan pulang berikutan dijangka tempoh melahirkan masih lambat. 


Kredit foto: FB

Ibu tersebut membuat rayuan untuk terus berada di hospital berikutan mereka tinggal di Bayan Lepas dan perjalanan untuk ke hospital tersebut memakan masa. 

Walau bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak dan pasangan suami isteri tersebut akur lalu pulang ke rumah mereka yang mengambil masa hampir satu jam kerana keadaan trafik yang sesak. 


Kredit foto: FB

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut berkongsi rasa kasihan dan sebak melihat keadaan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anaknya dengan bantuan suami di dalam kereta. 



Rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat ibu dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan sihat. 


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 31-12-2021 07:25 PM
Pasaipa dari pulau ceq mai antaq ke belah bagan?
Memang lah jauh ceq oi naik jambatan aje dah 20 menit
Quote BartholomewKuma 31-12-2021 07:47 PM
Awat dalam pulau takdak spital ka? GH penang dok dalam pulau baguih dok ada.
Quote takayama 31-12-2021 07:59 PM
bukan dr bayan lepas ke GH penang lg dekat ke, knp nk ke hospital SJ plk, mmg dah booking kt situ ke
Apa pun moga ibu dan baby sihat
Quote mbhcsf 31-12-2021 08:03 PM
turun darah?

oh my god ? ni apa kes ni ? ibu nak bersalin then belum bersalin disuruh pulang and then turun darah?

oih ni kes bersalin risiko tinggi ke ape ni?

keluar tanda tu yes lah i know but turun darah ? ni kes placenta praevia ke , abruption ni ? ( tapi nak bersalin kan?)

apa jadi ye?

apa apa pun boleh saman sebab negligence, sapa suruh depa dua ni balik ? atas arahan siapa?

kalau ward penuh - kat BM hospital takkan tak leh letak sat?



Quote lo_la 31-12-2021 08:08 PM
Patien, terduga, gawat? I je ke rasa pelik.
Utk tidak OT, semoga ibu dan bayi sihat2 je
Quote xmatrempit 31-12-2021 08:14 PM
ramai je Dr bangang tapi perasan lebih sebab ada title Dr.
bab beranak ni bidan yg pandai.
Quote TeropongThaico 31-12-2021 08:19 PM
Harap semuanya baik2 saja buat baby & mommy.
Nak komen byk tak tahu situasi sebenar. Tapi dekat pulau takde GH ke? Dia gi buat rutin check up dkt mana.
Kalau mmg di SJ faham le gak. Tp kalau buat check up dkt pulau tetiba nak bersalin tpt lain mmg org  tak layan.
Quote syamzana 31-12-2021 08:21 PM
patient ni pun dah suruh balik dr spital sbrg jaya, kalau dah rasa was2 terus je la pergi GH nun. yg pergi balik rumah pasaipe?

apapun semoga ibu&bby sihat.
Quote missbigrockstar 31-12-2021 08:30 PM
LEWEH tu hosp lam wah ee ka? Pasal dia kata last sekali terpaksa pi private hospital.
Quote Suchi 31-12-2021 08:34 PM
Pelik plak biasa sepital gomen ni sekali ko masuk susah dah kuar.
Takkan bg hihi so nak tanak beranak jela situ
Quote dua_chzy 31-12-2021 08:35 PM
2cm tu, kecik saja.

Tapi hairan juga kenapa ko disuruh balik. Hospital penuh ka nok?
Quote dua_chzy 31-12-2021 08:36 PM
Btw, kenapa tak cari hotel (murah/ikut budget) berdekatan, tinggal situ? Lagi senang.
Quote buapakperut 31-12-2021 08:38 PM
Dah buka 2 cm Tu buatpa nk meredah delay nk p seberang, GH Kan dekat. Pikir panjang3 la sikit
Quote makadek 31-12-2021 08:39 PM
Aku sebut2 beranak ni terus seriyauuu
Arghhhhh tknak
Quote naina 31-12-2021 08:41 PM
Hospital penuh kot. Katil tak cukup
Iols pun pernah kena balik selepas turun tanda darah cmtu..cek baru 2cm. Balik la rumah dulu. Tapi rumah dekat jelah dengan hospital. Kena gelak je dengan mak iols
Esoknya 5 cm baru kena tahan.
Tapi kesian akak ni..takda ke sepital dekat2.
Quote buapakperut 31-12-2021 08:44 PM
dua_chzy replied at 31-12-2021 12:35 PM
2cm tu, kecik saja.

Tapi hairan juga kenapa ko disuruh balik. Hospital penuh ka nok?

Dengar seberang Jaya agak serabut Gak prosedur dorang. Iols Dulu nk pilih antara seberang Jaya atau general hospital kat pulau Ka. Last2 Rasa baik g GH. Iols admit baru buka 2cm juga. 3 Hari duduk wad takde buka2 langsung depa X suruh balik, walaupon rumah kat bayan Lepas je. Hari keempat duduk wad baru beranak.
Quote angelofish 31-12-2021 08:55 PM
kenapa la setiap kali ai baca berita pelik mesti ai ingat berita indon.walaupon berita malaysia sebenarnya.isu semasa dah jadu isu indon
Quote Farhaz 31-12-2021 08:56 PM
Edited by Farhaz at 31-12-2021 09:03 PM

Memang kalau 2cm diorg suruh balik.. dh sakit kerap baru datang semula.. pengalaman iols bersalin 3 orang di hospital daerah.
So far alhamdulillah. Selamat semuanya.
Quote dua_chzy 31-12-2021 09:07 PM
Edited by dua_chzy at 31-12-2021 09:08 PM
buapakperut replied at 31-12-2021 08:44 PM
Dengar seberang Jaya agak serabut Gak prosedur dorang. Iols Dulu nk pilih antara seberang Jaya ata ...


Zaman Covid ni, barangkali sesak dan lain maciam sikit SOP.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.230434 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top