CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral Rakaman Video Rider Foodpanda Mengamuk, Tak Dibenarkan Lepak Di Kedai Makan?

17-12-2021 05:05 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6919| Komen: 45

Description: SETIA ALAM - Tular sebuah video seorang penghantar makanan Foodpanda mengamuk di hadapan sebuah restoran, dekat sini.



SETIA ALAM - Tular sebuah video seorang penghantar makanan Foodpanda mengamuk di hadapan sebuah restoran, dekat sini.

Video berdurasi dua minit itu memaparkan pertengkaran antara penghantar makanan tersebut dengan pemilik serta beberapa orang kakitangan sebuah restoran.

Melalui rakaman tersebut, penghantar makanan itu marah dan mempersoalkan kenapa dia tidak dibenarkan lepak di restoran berkenaan.


"Kau cakap apa tadi kat aku? kau cakap aku lepak bersembang-sembang, apa masalah aku lepak. Kenapa aku lepak tak boleh ke?" soal penghantar makanan tersebut.

Manakala, kakitangan restoran pula memberitahu hanya meminta penghantar tersebut memeriksa nombor pesanan dan jika makanan sudah diterima, penghantar makanan tersebut tidak seharusnya melengah-lengahkan penghantaran.

"Suruh check nombor pun bising"

"Tak bolehlah nanti customer complain siapa yang kena? Masalahnya kalau lambat customer complain kedai" jawab kakitangan restoran tersebut.

Melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza mengenai isu ini.

mhdakrm berkata, "ni lah salah satu masalah rider yang customer tak tau"

"Kalau lambat customer complain kedai? biasanya customer complain rider je kalau lambat kan"  kata nyelhekall.

"Maaf. Bab ni saya bepihak kepada brader rider. Benda simple. Daun tak akan bergoyang jika tiada angin. Lagi satu kalau lambat, rider yang kena. Bukannya kedai. Bila benda tak cukup atau tak sedap baru kedai kena" kata Mobile Legends Komedi pula.

Sehingga kini, video asal dari TikTok yang dikongsi semula di sebuah laman Instagram telah ditonton hampir 19 ribu tontonan sejak dimuatnaik 3 jam lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 17-12-2021 05:18 PM
amboi terjerit2 boss aku ni boss aku ni. perlu ke
Quote watatakut 17-12-2021 05:24 PM
benda kalau cakap elok2. masing2 tak melenting boleh je kan..ni kalau orang perempuan pulak join memang lari haruk la jawab dia
Quote Adrif 17-12-2021 05:29 PM
tak kira hal kecik atau besar, siapa salah, kedai kalau tercalit kontroversi macam ni, boleh jejaskan keyakinan pelanggan ye, bahaya

tak terkejut kalau tiba2 kemarau customers
Quote I.K.A888990 17-12-2021 05:30 PM
ckp elok2 senang. org tu dah berapi kau lagi tambah api
Quote shark 17-12-2021 05:34 PM
rocksteady replied at 17-12-2021 05:18 PM
amboi terjerit2 boss aku ni boss aku ni. perlu ke

mungkin sebab ni la panda tu melenting.. kan dah kena lachioo  
Quote BungaTepiMeja 17-12-2021 05:39 PM
betul juga kedai tu cakap nanti customer complain..maksud dia review dan rate teruk. orang lain baca makanan lambat orang akan fikir dua je.... kedai lambat masak atau rider memang lambat
Quote Kitty_catz 17-12-2021 06:37 PM
sowi OT sket

wat grab ka fp ka dah tak byk choice? rasa mcm byk kedai makan boikot kut, kes grab sama fb charge merepek2... adan uke

tp tu la jadi susah la nak meng oder makanan bg meols yg dah jarang berkecah kat dapor sejak bz nehhh..yihhhhh
Quote renko 17-12-2021 06:40 PM
Ahhh kang kena buang tau lak melolong kata kena tindas la apa la
Quote tumpanglalu74 17-12-2021 06:43 PM
Mesia ade undeng2 (bak kata Ahmad Nisfu) dalam Madu 3.  Pehtu bila kene taboh dengan geng Panda tu, mati katak undeng2 ini la yang nak tangkap Panda tu??  Aku akan makan mee dengan idong kalo betol.

@manzilla
Quote kakikuDibibirmu 17-12-2021 07:00 PM
Takkan gunakan Food Panda buat selama-lamanya agittewww
Quote matbad 17-12-2021 07:03 PM
kemungkinan besar owner kedai ni menyampah dgn rider kot. ada la tu prangai dia yg tak disenangi tu. hihihi
Quote merrissa 17-12-2021 08:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-12-2021 07:00 PM
Takkan gunakan Food Panda buat selama-lamanya agittewww

selalu gune, seblum ni xde mslah..tetibe duit kene telan tp mknn x dpt...terus mcm trauma plak..

kes msih pending...lps settle kes...nk uninstall...if nk gune pon...better byr cash

foodpanda ni nama rider pon xtahu..rate rider pon xde kan..

better la gune grab, siap ada "insuran" if lambat
Quote jgfjhdjhg 17-12-2021 08:14 PM
kes dia mamat rider ni dh bersidai 30minit tggu kedai tu siapkan makanan
pastu siap makanan rider tu g hantar
rider tu dh settle datang balik kedai tu untuk lepak kejap untuk hilang penat
sekali pekerja kedai tu bising konon mamat ni sidai depan kedai dia punca nampk kedai tu suka sidai rider
mmgf kedai tu servis lambat
Quote netto_ 17-12-2021 08:19 PM
Kedai mkn mane la kt setia alam. Skg fp,gb da jarang aku order mahal lahh. Skg guna shopee food lg murah
Quote kerunai 17-12-2021 08:20 PM
tipikal Malaysia ..xleh nak kata apa ..worst everytime
Quote musangbodoh 17-12-2021 08:27 PM
bang sepit idung rider tu bang...tu dh bwk penyepit tu
Quote sekngucing 17-12-2021 08:45 PM
slang kl pekat.....tak paham sangat
Quote gigahertz 17-12-2021 08:49 PM
matbad replied at 17-12-2021 11:03 AM
kemungkinan besar owner kedai ni menyampah dgn rider kot. ada la tu prangai dia yg tak disenangi tu. ...

budak budak panda ni kalau lepak
mmg akan lepak ramai2 SOP mmg ke laut
Quote pu3_rania 17-12-2021 08:50 PM
Edited by pu3_rania at 17-12-2021 08:53 PM
jgfjhdjhg replied at 17-12-2021 08:14 PM
kes dia mamat rider ni dh bersidai 30minit tggu kedai tu siapkan makanan
pastu siap makanan rider t ...


Apa nama kedai tu?
Aku pun banyak kali terkena kedai yang lambat siapkan makanan sampai kan ada 45 minit so aku kasi rate yang paling rendah dan komen seteruk-teruknya
Dalam kes ni aku dapati babun berapron dan bertopi terbalik punyalah kuat bodek mengalahkan kipas helikopter dok asyik cakap 'Boss aku, boss aku' di tambahkan pula dengan betina2 yang jadi nasi tambah dan yang tak boleh blahhh bila sekor betina dok ugut 'Ko tau tak laki dia siapa'
So kalau lah suami betina sorang tu ialah menteri sekali pun tak boleh lah nak melangkaui undang2 dengan cara nak pedajal dan menganiaya rider tersebut
Terjerit-jerit macam ungka dalam zoo

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072510 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top