CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Redah Banjir, Mayat Tersangkut Di Pokok Sawit

17-12-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1917| Komen: 3

Description: Kuantan – Kejadian banjir di negeri ini meragut korban pertama selepas seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah air ditemukan lemas di Jalan Pulau Manis dekat Gamb ...
Kuantan – Kejadian banjir di negeri ini meragut korban pertama selepas seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah air ditemukan lemas di Jalan Pulau Manis dekat Gambang, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, M. Gunalan, 38, menunggang motosikal jenis Honda EX5 melalui jalan terbabit yang dilimpahi air dipercayai untuk pulang ke rumahnya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat air melintas dan berarus laju menghalang laluan.


Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan tersangkut di pokok sawit di Gambang, Kuantan Foto: Kosmo


“Namun mangsa bertindak meredah air berkenaan sebelum motosikal yang dinaiki terbalik dan mangsa dihanyutkan arus deras ke kawasan ladang sawit berhampiran,” katanya dalam di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan serta enam anggota Bomba Sukarela Gambang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-12-2021 05:29 PM
Masa banjir ni susah nak teka kedalam air main redah je boleh mengundang bahaya
Quote musangbodoh 17-12-2021 08:37 PM
kicap nie tgh high kot tghr plak tu...btw takziah
Quote Normabaru 18-12-2021 12:04 AM
byk jln kt spjg pembinaan hi way suke duke tu blobang2 teruk blh rosak kereta klu lalu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.143458 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top