CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Otak Mana?"- Netizen Kecam Anggota Beruniform Sengaja Dedah Wajah Pesalah Demi Content TikTok

3-12-2021 03:13 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 8445| Komen: 78|Original author: ameenarara

Description: Seorang anggota beruniform dikecam oleh netizen melalui akaun Twitter My CrimeWatch apabila dengan sengaja mendedahkan wajah pesalah yang diiring dari penjara untuk tujuan kandungan Tiktok peribadinya ...
Seorang anggota beruniform dikecam oleh netizen melalui akaun Twitter My CrimeWatch apabila dengan sengaja mendedahkan wajah pesalah yang diiring dari penjara untuk tujuan kandungan Tiktok peribadinya.


Foto: Twitter

Video yang tular itu telah ditegur oleh pemilik akaun Twitter tersebut kerana ia telah menyalahi etika bekerja anggota beruniform yang sedang menjalankan tugas.


Pesalah atau disebut sebagai Orang Kena Tuduh dibawa keluar dari penjara pada waktu itu bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

Wajah pesalah itu ditunjuk dari bahagian tepi ketika berada di dalam kenderaan polis tersebut yang sedang mengiringinya ke mahkamah.

Ekoran dari perbuatan tersebut, netizen mahu membuat aduan ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan disiplin kepada anggota beruniform itu.

Foto: Twitter

Rata-rata komen menunjukkan rasa tidak puas hati dan memarahi perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana dengan sengaja membuka aib.

Foto: Twitter

Demi 'view dan like', perkara yang menyalahi undang-undang pun tetap mahu dijadikan konten. Apa agaknya nasib anggota beruniform tersebut? Nak sangat popular kan! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 3-12-2021 03:24 PM
x bodoh tak sah..
Quote taji2906 3-12-2021 03:29 PM
keje kastam ke ni? ke imigresen?
Quote mizruncing 3-12-2021 03:33 PM
dorang yg badan beruniform ni mmg tak learn from mistake kan
Quote Artemesiaa 3-12-2021 03:40 PM
Jangan buat hal sekarang netizen makin alert bab perundangan
Quote Babai 3-12-2021 03:41 PM
Buang kerja je mangkok hayun kaki tiktok tu.
Quote Manjahati 3-12-2021 03:45 PM
Napalah nk borong semua..taulah free
Quote misuke 3-12-2021 03:54 PM
Semoga sis pulak kena saman dibawak ke court pulak
Quote annehuda 3-12-2021 03:54 PM
cuba cek badan dia ada parut tak
Quote Skuau 3-12-2021 03:56 PM
otak vs akal
Quote Orix 3-12-2021 04:13 PM
entahla, badan2 beruniform dprd 10 org polis, peg kastam, etc ni semua iols boleh kata hanya 3-4 org jah yg iols jumpa betul2 berintegriti n mmg follow SOP kerja.... yg lain semua jenis huhahuha asalkan dtg kerja jah kekdahnya........

iols jugak ada kenal ketua balai ye, ketua balai, tak bayar upah gaji org renovate rumah dia... mentang2 la dia ketua balai, org yg reno tu pun indon mari, sesuka dia jah amek kesempatan... cemana boleh naik jd ketua balai pn xtau lah perangai sebegitu....
Quote Orenn1 3-12-2021 04:13 PM
Bangsattt betulll pompuann ni, esok klu family dia pulakk jd okt org buat tiktok baru dia nak ada perasaan. Walau apa pun kesalahan auntie sebelah nmpk kesian pulak tgk raut muka dia dr tepi takbah2 dipergunakan mcm tu
Quote pu3_rania 3-12-2021 04:18 PM
Jahanam punya polis perempuan
Giler kemaruk nak bertiktok sampai nak aib kan orang lain
Sepatutnya di ambil tindakan tegas terhadap polis perempuan ni
Quote jfq 3-12-2021 04:36 PM
Tak faham aku org yg sikit2 nal bertiktok content bagai
Quote babelina 3-12-2021 04:57 PM
aku mmg geli tgk cikgu cikgi ke.. minah2 abg2 polis buat tik tok.. adoiiiiiiiii rasa x bole respek ..xtaw la nk ckp cmna..
Quote TeropongThaico 3-12-2021 05:14 PM
Apa le semua nak upload. Kerja buat cara kerja Nak gedik2 tgk tempat la
Quote Acikgomen 3-12-2021 05:15 PM
Maafin aja acik2 gomen bakal penghuni sorga
Quote pyropura 3-12-2021 05:19 PM
Anak polis tak menjadi, semoga menjadi kenyataan
Quote akuchenta 3-12-2021 05:22 PM
Bila semua benda dia nak jadi yg terpaling...

Ni pulak terpaling bodoh.. Suka2 je leak muka OKT!
Quote syaz_lina 3-12-2021 05:46 PM
Acik pulisi ni..tergedik2 nk tiktok juga.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.127136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top