CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ancaman Varian Omicron, Azzam Shah Takut Rancangan Nikah Terbantut

1-12-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2231| Komen: 15

Description: Dengan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron, penyanyi Azzam Sham, 24, berharap ia tidak akan membantutkan rancangan pernikahannya dengan tunang juga penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, awal tahun depan.
Dengan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron, penyanyi Azzam Sham, 24, berharap ia tidak akan membantutkan rancangan pernikahannya dengan tunang juga penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, awal tahun depan.


Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham mengakui timbul juga kerisauan apabila terfikirkan kemungkinan itu apalagi persiapan menuju hari bahagia kini rancak dilakukan.


Foto: IG

"Alhamdulillah, persiapan kini sudah mencecah 80 peratus. Namun, saya belum dapat berkongsi butiran tarikh majlis nikah itu demi menjaga sensitiviti kedua belah pihak keluarga, tapi yang pasti awal tahun depan.

"Jujur, memang risau juga apabila timbul pula dugaan baharu itu  (varian Omicron). Sebolehnya saya berharap mahu elakkan sebarang halangan yang akan jejaskan majlis kami nanti.

"Bagaimanapun, itulah kita hanya mampu merancang. Saya cuma minta doa semua agar segala urusan kami dipermudahkan," katanya sewaktu ditemui menerusi sidang media virtual pelancaran lagu baharunya berjudul Baby Bambam, baru-baru ini.





Terdahulu, Azzam dan Sheryl melangsungkan pertunangan mereka pada 30 September lalu. Majlis itu awalnya dirancang berlangsung pada Mei, namun ditunda kerana kekangan Covid-19.

Dalam pada itu, difahamkan pasangan ini juga dalam perancangan untuk melancarkan lagu duet terbaharu mereka. Namun begitu, Azzam berkata dia kini mahu fokus kepada promosi lagu solo, Baby Bambam itu dulu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 1-12-2021 05:26 PM
Aku confuse bkn dia dh kahwin ke?
Quote tikusmontok 1-12-2021 05:54 PM
Isu semasa ke vodo?
Quote lattehazelnut 1-12-2021 07:05 PM
so masalah negara ke ni ko xleh nikah tahun depan?
Quote kakikuDibibirmu 1-12-2021 07:27 PM
Whoareyussssss?????!!!!!!!!;!!
Quote hyie 1-12-2021 07:32 PM
kekdahnya reputz cari tersilap bod post kat sini yachhh yihhhhhh sangat perangai
Quote slyfynx 1-12-2021 08:02 PM
Jadahnye mende ni jadi isu semasa
Quote CikYaYaYa 1-12-2021 11:38 PM
Whorayusss. Dah napaaa story mcm nie duk katt bod Isu semasa.  xtengok dlu ke ssblm post whaiii reputzzz carii oii
Quote matchstick 2-12-2021 12:25 AM
Kedesaan sgt rupa paras 2 org ni..if jumpa kt mall pun aku tak tau dua2 ni retis
Quote domestobot 2-12-2021 08:50 AM
gosip retis pindah board lain ye. ini bukan isu negara. ini cuma isu penangguhan jimak halal akibat varian Omicron.
Quote supernaturalee 2-12-2021 08:55 AM
Dalam pada itu, difahamkan pasangan ini juga dalam perancangan untuk melancarkan lagu duet terbaharu mereka. Namun begitu, Azzam berkata dia kini mahu fokus kepada promosi lagu solo, Baby Bambam itu dulu. -CARI



tajuk lagu baby bambam????
what r u? 5??

Quote Nnasda53 2-12-2021 10:26 AM
Siapa la dia ni???
Quote babyLON. 2-12-2021 10:34 AM
baiklah....
Quote Kurex 2-12-2021 04:45 PM
yelah....... kawen je la ikut suka perancangan kau dik asalkan ikut sop. tak memberi impak pun... sebelum kawen sendu dah kawen tetap sendu. sama jah.. takde pompuan merintih pun..
Quote eely_shana 12-12-2021 07:37 PM
Smga cpat kawen
Quote LadyCarefree 12-12-2021 09:12 PM
supernaturalee replied at 2-12-2021 07:55 AM
tajuk lagu baby bambam????
what r u? 5??

Serildesa dia kan tembam mukanya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051867 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top