Bekas personaliti TV3 dan juga usahawan iaitu Sharifah Shawati mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.
Pemilik nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd, 51, ini berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dilkhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri. "Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman. "Kami memilih untuk tidak mewar-warkannya bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.
"Saya rasa perlu membuat penjelasan ini sekarang memandangkan dia sudah berkahwin dan saya mahu mengelak daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak," katanya secara eksklusif kepada mStar.
|
Thunderclouds: Wat face lift ketteww..anywho ...
Cece1234 replied at 1-12-2021 04:59 PM
Dah mcm tin E rupa dia..tp versi xsiap sgt..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063512 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.