CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Lali Dengan Banjir- Selamba Masak Walau Air Di Paras Pinggang, Anak Letak Dalam Besen Je

1-12-2021 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2758| Komen: 19

Description: Tumpat: Menjalankan rutin harian dalam keadaan air di paras pinggang sudah menjadi kebiasaan bagi kira-kira 10 keluarga di Kampung Naga Ibu, Pengkalan Kubor di sini.
Tumpat: Menjalankan rutin harian dalam keadaan air di paras pinggang sudah menjadi kebiasaan bagi kira-kira 10 keluarga di Kampung Naga Ibu, Pengkalan Kubor di sini.


Ia berikutan lokasi kediaman mereka hanya berjarak tidak kurang 10 meter (m) sahaja dari Sungai Golok dan setiap tahun menerima limpahan air ketika banjir.

Bagi Nariza Ariffin, 45, situasi banjir seakan-akan sudah lali bagi mereka dan ketika orang lain sibuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mereka sekeluarga tetap bertahan di dalam rumah walau pun dipenuhi air.


Foto: Harian Metro

Katanya, biasanya air melimpah sehingga ke paras 1.5 meter (m) di luar rumahnya manakala di bahagian dalam mencecah 0.6m dan mereka enam beranak tidak gusar dengan keadaan itu walaupun mengambil masa hingga seminggu untuk surut.


"Kami sudah biasa dengan keadaan sebegini dan setiap tahun banjir tetap berlaku sama ada besar atau kecil yang akan mengakibatkan air memenuhi sehingga ke dalam rumah.

"Segala urusan dilakukan dalam keadaan mengharung air di dalam rumah termasuk memasak dan boleh dikatakan kami tidak tidur pada waktu malam kerana berjaga-jaga jika keadaan di luar kawalan.

"Namun kadangkala ada juga terlelap dan kami berhimpit di atas kerusi manakala anak bongsu yang berusia dua tahun diletakkan di dalam besen agar terapung kerana air memenuhi segenap ruang dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nariza berkata, berikutan sentiasa menerima banjir setiap tahun, rumah pusaka yang berusia lebih separuh abad itu sudah banyak mengalami kerosakan antaranya lantai reput dan simen merekah.

Menurutnya, banyak juga perkakas rumah yang rosak setiap tahun walaupun sudah disimpan dan diletakkan di tempat tinggi.

"Kami bukan sengaja enggan berpindah tapi mengenangkan keadaan yang tidak selesa di tempat pemindahan selain risau rumah dipecah masuk sepanjang peninggalan menyebabkan kami terus bertahan.

"Kami juga sudah menyediakan bekalan makanan mencukupi untuk musim banjir akan datang dan diharapkan banjir kali ini tidak berpanjangan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-12-2021 10:14 AM
lagu ni...kena buat rumah rakit la...
Quote becir 1-12-2021 10:36 AM
Tak takut ular ke wei..
Quote Simunggu 1-12-2021 10:46 AM
kalau dah tau banjir buat rumah tinggi ada tiang lah
Quote UMMI_MAI 1-12-2021 10:49 AM
usaha la buat rumah tiang tinggi ...aduhaiii...boleh pulka membiasakan diri memasak dalam air camtu... fikirla solution kalo tak nak pindah.... apo la ni malas berpikir... sian anak2
Quote Thunderclouds 1-12-2021 11:21 AM
Instead of carik solutions,hg adapt pulak hidup lam air. Xkesian ka kt ank2?
Quote Normabaru 1-12-2021 11:44 AM
tu psl klate byk pgotor..no offence tp mmg byk je cmni..
Quote monreyes 1-12-2021 11:54 AM
kalau blh transform jadi ikan teruih pun sanggup agaknya
Quote angelofish 1-12-2021 12:52 PM
bajau laut tengah laut pon reti buat rumah bertiang
Quote tikusmontok 1-12-2021 12:58 PM
Dah memerut kat tepi sg golok tu, ko berendam pulak sambil masak
Quote KamikuP 1-12-2021 02:22 PM
tak kene kejutan elektrik kah?
Quote naina 1-12-2021 02:28 PM
Masalah duit la jadi Dorang tak mampu nak renovate rumah
Mana YB tempat tu
Bantulah weiiii
Negeri korang tiap2 tahun banjir
MB dan yb2 takda ke buah fikiran bagus untuk elak banjir. Asik membalak je kerjanya.
Quote sarahmirza 1-12-2021 02:34 PM
Simunggu replied at 1-12-2021 10:46 AM
kalau dah tau banjir buat rumah tinggi ada tiang lah

Kalau 10m je dari sungai maknanya tapak rumah tu dalam rezab sungai....  Setinggan.
Quote jazaa100 1-12-2021 02:37 PM
tikusmontok replied at 1-12-2021 12:58 PM
Dah memerut kat tepi sg golok tu, ko berendam pulak sambil masak

Eeeuuuuwww Sgt.....

Iya Kan...Kau ckp MCM Tu, baru teringat...


Quote ketambangkang 1-12-2021 03:13 PM
"mereka enam beranak tidak gusar dengan keadaan itu walaupun mengambil masa hingga seminggu untuk surut."

seminggu hidup mcm tu..solat, kencing, berak sema mcamana?
Quote CikYaYaYa 1-12-2021 10:39 PM
Biasanya kat Kelate ramai org susah. So mgkin family nie xmampu nak renovate rumah jadik tinggi sume tu. Yg YB pulak duk sibok nk tukooo mercc. Kebajikan rakyat haramm xamik tau.
Quote chilly 2-12-2021 12:58 AM
Masak guna air ape? Cebok air banjir ke?
Quote sekngucing 2-12-2021 01:04 AM
UMMI_MAI replied at 1-12-2021 10:49 AM
usaha la buat rumah tiang tinggi ...aduhaiii...boleh pulka membiasakan diri memasak dalam air camtu. ...

Rumah2 tepi sungai golok semua tinggi2

Adakah acik ni org siam?
Quote CiliPadiSedap 2-12-2021 07:45 AM
keindahan serambi mekah , buy mercedes first
Quote KIM.K 2-12-2021 08:44 AM
Zaman dulu org buat rumah tiang tinggi nak sustain time banjir

Sama gak Sabah Sarawak org masih bina rumah tinggi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078997 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top