CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Arwah Vanessa Angel Trauma- Asyik Minta Didukung, Lupa Cara Untuk Berjalan

23-11-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2942| Komen: 15

Description: Hampir sebulan pelakon Vanessa Angel meninggal dunia, adik ipar arwah iaitu Fuji berkongsi keadaan terkini anak saudaranya Gala Sky Andriansyah yang mengalami trauma sehingga lupa cara untuk berjalan.
Hampir sebulan pelakon Vanessa Angel meninggal dunia, adik ipar arwah iaitu Fuji berkongsi keadaan terkini anak saudaranya Gala Sky Andriansyah yang mengalami trauma sehingga lupa cara untuk berjalan.


Ujarnya sebelum tragedi yang meragut nyawa ibu bapanya, Gala yang berusia setahun itu sudah boleh berjalan namun insiden tersebut menjejaskan pergerakannya.

Bukan itu saja Gala juga tidak mahu bermain atau didukung oleh ahli keluarga lain selain dirinya.

Foto:IG

"Gala mengalami trauma sehingga tidak mahu dipegang oleh orang lain, sama Fadly (abang) pun tidak mahu kecuali aku.

"Dia mahu didukung saja. Awalnya aku letak di atas lantai tapi dia tidak mahu berjalan dan hanya merangkak. Aku terpaksa pegang baju dia supaya tidak jatuh sedangkan Gala Sky sudah boleh berjalan sebelum ini," katanya.

Bercerita lanjut, Fuji berkata dia menerima dengan hati terbuka apabila perlu memikul tanggungjawab mengasuh anak saudaranya pada usia 19 tahun.



"Lebih tepat aku dipaksa untuk dewasa, mahu atau tidak mahu aku terpaksa terima. Demi Gala aku ikhlas.

Sehingga kini, melihat kepada perkongsian Fuji di Instagram miliknya Gala semakin beransur pulih dan ceria.

Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada 4 November lalu.  -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 23-11-2021 01:24 PM
Cepatnya masa..dh sebulan..rasa macam baru lagi baca psl kemalangan tu..
Quote rosa_canina 23-11-2021 02:01 PM
kesian dia.. mesti rindu dgn arwah mak dia
Quote mamajawie 23-11-2021 02:46 PM
yela budak kecik lagi..Allahuakbar ksian sgat2
Quote ina_na 23-11-2021 04:17 PM
Mesti trauma kan..tp sebab baby x reti ckp lg...kesian gak kat mak saudara dia..tp ok lg family Bibi jaga..nampak sgt skrg ni family Vanessa nk ke reta je..sampai hak Gala pun tuntut tuk bg ke mak saudara dia .panas gak Ati bc mcm ni
Quote Suchi 23-11-2021 08:15 PM
Siannyaa, pemandu dia kena dakwa dah kan dia yg cuai main tepon kot tak silap.
Tak pasal2 yatim piatu Gala.
Quote Suchi 23-11-2021 08:15 PM
ina_na replied at 23-11-2021 04:17 PM
Mesti trauma kan..tp sebab baby x reti ckp lg...kesian gak kat mak saudara dia..tp ok lg family Bibi ...

Oh pemeli suami dia yg jaga yaa aritu mcm keluarga vaneesa tu yg nk sgt jaga.
Quote orkidorkido 23-11-2021 08:23 PM
Kesiannya anak dia
Quote imthegirl 23-11-2021 08:37 PM
Lebam lebam lagi mata dia
Quote ivy23 23-11-2021 10:20 PM
Kesiannya anak dia...masih trauma..[em:9:]
Quote ina_na 23-11-2021 11:38 PM
Edited by ina_na at 23-11-2021 11:55 PM
Suchi replied at 23-11-2021 08:15 PM
Oh pemeli suami dia yg jaga yaa aritu mcm keluarga vaneesa tu yg nk sgt jaga.


Nampak kan hibah mmg patut kn bt aw2.. nampak sgt bapak dia nk duit je..tgk la dr mak arwah Vanessa meninggal.. vanessa start berlakon..duit dia bapak dia pegang semua..sampai kan ic dia pun org lain yg btkan.. spesis mcm ni yg sll kita nampak... patut aku pelik knp agak liar Vanessa ni ms dl . rupanya mcm ni . Nampak bapak Bibi tu ok banyak..duit cucu dia nk bt 1 tabung..kalo nk keluarkan tuk sekolah dia kn dua2 atok sign kan.. baju2 yg kat rumah arwah pun x bg sentuh dl sbb nak asingkan mn yg blm di habiskan urusan.. lebih sistematik la..ni x anak mati je reta yg di kejar..pendidikan anak tu x de pulak di bgkan..aku bc komen2 netizen Indonesia duk kecam bapak Vanessa dah teruk benau kan..ade ke nk bg ke Mayang .pdhal arwah ade anak lelaki tu..nampak x kat situ
Quote mizruncing 24-11-2021 10:01 AM
kesiannyaaaa. mmg sedih tgk
Quote meteorspeed 28-11-2021 05:24 PM
ina_na replied at 23-11-2021 11:38 PM
Nampak kan hibah mmg patut kn bt aw2.. nampak sgt bapak dia nk duit je..tgk la dr mak arwah Vaness ...

Kesimpulan sapa, yang dapat hak penjagaan.. Aku meme tgk bapak vanessa tue gila harta
Quote ina_na 28-11-2021 08:04 PM
meteorspeed replied at 28-11-2021 05:24 PM
Kesimpulan sapa, yang dapat hak penjagaan.. Aku meme tgk bapak vanessa tue gila harta

Sgt gila harta..menyampah pulak aku tgk..tp mungkin kat sana x de sistem mcm kat Malaysia ni kot..pdhal duit insurans dah dpt 500juta rupiah.. nak pulak rumah yg Vanessa duduk dl..pdhal depo rumah tu pinjam duit bapak mertua..gada2 nk bela Gala..tu mesti nk kerah keje mcm mak dia..pd aku la kalo Gala tu family Bibi jaga mungkin boleh ke manusia..kalo ke bapak Vanessa mmg abis la.. pisang berbuah 2kali la..jenis ni x tkt mkn harta anak yatim..kifarah lak Kene lambat..lg la perangai teruk dia tu bt kita menyampah..benci aku org yg makan reta anak yatim ni..
Quote Artemesiaa 29-11-2021 03:54 PM
Masih kecil masih tak faham apa2 tambah dalam trauma makan
Quote cmf_PariS 30-11-2021 01:16 PM
kesiannya baca aduhaiiiiiii

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067920 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top