CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-Tiba Empat Anak Lumpuh Seluruh Badan

9-11-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4491| Komen: 41

Description: Chukai: Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.
Chukai: Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.


Dengan kudratnya tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.

Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.

Foto: Bernama

Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.


"Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.


"Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.


Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.

Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.

"Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.

"Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu," katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.

Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.

Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.

"Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.

"Mak cik sudah biasa 'memekakkan' telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini," katanya sambil menahan sebak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kera2020 9-11-2021 01:44 PM
Kesiannya.. harap ada yang tolong bantu
Quote mejaputih 9-11-2021 01:45 PM
genetic ke camne? siannya...
Quote zamnie 9-11-2021 01:46 PM
Ya Allah beratnya dugaan makcik ni, moga Allah permudahkan urusan
Quote kelapaparut 9-11-2021 01:50 PM
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg pendidikan xtinggi mane tohmah2 org oku.
Quote Belibis 9-11-2021 01:58 PM
kelapaparut: siapa yg tohmah tu kimarkk nye ...

Apa contoh paling relevan kalau anak cacat?? Tak paham betul jenis tohmah2 ni..[em:6:]
Quote makadek 9-11-2021 02:02 PM
Kesianyaa ya Allah semoga di permudahkan
Genetik la ni
Quote anggeriklatifah 9-11-2021 02:11 PM
ade kaitan kena santau ke sihir ke


kesiannyaa


yg suka menyautau ni kan..cuba kau santau menteri2 tak guna tu
Quote Nenolen 9-11-2021 02:32 PM
Arwah suami makcik tu pun sakit mcm tu...so mmg genetik...kesian makcik...moga urusan dipermudahkan...amin.
Quote chazey 9-11-2021 02:35 PM
kelapaparut replied at 9-11-2021 01:50 PM
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg ...

Ntah2 betul je tohmahan orang kampung. Biasa kalau kena gini Melayu selalu cakap kifarah la hapa la.
Quote brown_pupil 9-11-2021 02:44 PM
Macam MND.. faktor keturunan pun maybe.

tengok nasib, ada symptom slow, ada yg cepat..
Quote Suchi 9-11-2021 02:55 PM
Kenapa org kg tohmah plak? Kan dorang tu sakit masa dh dewasa.
Maybe sakit genetik kot sbb arwah ayah dorang pun kena penyakit yg sama kan bila usia dh dewasa.
Bayangkan selama ni hidup normal je tiba2 bangun pagi tak leh jalan.
Quote opie5662 9-11-2021 03:09 PM
Ni kalau rita garit baca.. Mesti ckp effect vaksin...[em:7:]
Quote misc 9-11-2021 04:35 PM
Seramnya kalau tiber jadi camni. Bertabahlah makcik sekeluarga. Berat sungguh ujian.
Quote jijilaaa 9-11-2021 04:38 PM
moga allah pemudahkan seluruh keluarga makcik...tak terbayan kalau diuji begitu...
Quote Minami2013 9-11-2021 04:46 PM
kelapaparut replied at 9-11-2021 05:50 AM
siapa yg tohmah tu kimarkk nye masyarakat kampong die, kalu kat bandar2 org simpati, ni mesti org kg ...

Kalau sejenis berfikiran mcm prof muhaya tu, mmg ler akan kata ada dosa besar dulu2 keluarga ni. Ini di kira balasan, kifarah. Tapi kalau kita jenis fikir ini ujian Allah utk naikkan martabat dan keimanan seseorang tu, kita bersimpati je la tanpa fikir dosa ape keluarga ni buat.

Besar dugaan sampai 4 anak sakit. Nasib suami kpd anak perempuan dia tu sanggup jaga.
Quote naina 9-11-2021 05:03 PM
chazey replied at 9-11-2021 02:35 PM
Ntah2 betul je tohmahan orang kampung. Biasa kalau kena gini Melayu selalu cakap kifarah la hapa l ...

Maka dengan ini aku pun insofff. Anak kita hari ini sihat ceria gembira. Belom tentu yach esok2 kekal sihat. Sebb aku pernah jumpa family cmni..ramai. Anak2 sihat. Tibe2 eksiden. Terus hilang nikmat gembira tu..Tapi takdelah kata makcik ni kifaroh ke apa. Ujian dia.
Sebb tu orang tak nak vaksin jangan dicemuh2. Aefi tu wujud. Tak kena keluarga dan anak sendiri bolehla kata macam2. Berlagak kata sihat takda apa2. Dahla kerajaan buat Bodo je.
Quote naina 9-11-2021 05:05 PM
Semoga dipermudahkan urusan makcik ni dan keluarga. Semoga murah rezeki. Jaga sorang tua uzur bed ridden pun dah rasa berat. Ni kan pula 4 anak..
Quote imanjannah 9-11-2021 05:29 PM
Allah.. kesiannya..
Quote chazey 9-11-2021 05:34 PM
naina replied at 9-11-2021 05:03 PM
Maka dengan ini aku pun insofff. Anak kita hari ini sihat ceria gembira. Belom tentu yach esok2 ke ...

Sempat juga selit pasal vaksin kan.

Harapnya dijauhkan la dari ujian anak. Aku selalu nampak, kalau pasangan tu bahagia, biasanya diuji dengan anak (penyakit/kematian). Kalau diuji dengan pasangan pula, biasanya anak ok. Kalau tak diuji dengan anak atau pasangan, diuji pula dengan duit. Maciam2.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057546 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top