CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Meningkat, 45 Juta Penduduk Dunia Berdepan Kebuluran

9-11-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1960| Komen: 25

Description: Rom: Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan , jumlah penduduk yang berdepan kebuluran di 43 negara meningkat kepada 45 juta orang.
Rom: Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan , jumlah penduduk yang berdepan kebuluran di 43 negara meningkat kepada 45 juta orang.


Jumlah itu meningkat dari 42 juta pada awal tahun ini selepas dianggarkan tiga juta orang lagi berdepan kebuluran di Afghanistan akibat pergolakan politik di negara tersebut.

Ketua Pengarah WFP, David Beasley berkata, beberapa faktor termasuk konflik, perubahan iklim dan Covid-19 menyebabkan jumlah penduduk dunia berdepan kebuluran semakin tinggi.


Foto: AFP

“Data terkini menunjukkan lebih 45 juta orang ‘bertungkus-lumus meneruskan kehidupan akibat kebuluran’.


“Harga minyak naik, harga makanan naik, baja tanaman mahal dan semua masalah ini sedang berlaku di Afghanistan ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Beasley menyatakan dana yang diperlukan untuk mengurangkan kebuluran dunia dianggarkan sebanyak AS$7 bilion (RM29 bilion).

Katanya, keluarga yang berdepan kebuluran terdesak membuat pilihan yang tidak sewajarnya, termasuk menjual anak, mengahwinkan anak pada usia awal atau menghentikan persekolahan mereka. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 9-11-2021 10:43 AM
Alhamdulillah kita kat Msia
Quote Artemesiaa 9-11-2021 01:11 PM
Dah bagi hit nak berlakunya krisis kekurangan makanan ke macam mana tu
Quote Adrif 9-11-2021 01:26 PM
ni mesti nak mintak Elon Musk bayar ni

haritu dia dah kata nak bagi, dengan syarat, open account tu public.
supaya semua orang boleh view ke mana duit tu disalurkan, every cents
Quote makadek 9-11-2021 01:28 PM
Sementra kt malaysia ummah terlebey kaya raya makan siakap sampai 1k
Apa nk heran.. Malesie darul membazir
Quote mejaputih 9-11-2021 01:30 PM
nak kena panggil thanos ke ni?
Quote Kitty_catz 9-11-2021 01:33 PM
ramai jew lagi ummah kepam obese

meols pi curve, pergh seko2 montot bergetarrrrrrrrr
Quote Samerosie 9-11-2021 02:41 PM
Mostly negara2 yg "kebuluran" ni berconflict.  Rakyat menderita tapi pemerintah kaya raya.  Macam Afghanistan ni dari tahun 90an asyik dlm kebuluran.  Nak buat camne bg food supply dia buat jadi commodity agaknya jual to highest bidder.
Quote jijilaaa 9-11-2021 05:11 PM
kita pun dah mula kena bersiap sedia..mana tahu kita akan jadi mcm tu jugak...simpan stok makanan kering yang tahan lama
Quote ina_na 9-11-2021 06:24 PM
makadek replied at 9-11-2021 01:28 PM
Sementra kt malaysia ummah terlebey kaya raya makan siakap sampai 1k
Apa nk heran.. Malesie darul me ...

Rakyat Malaysia kan mmg gitu..blm lg membazir bab benda lain..tgk je la..sbb riso gak negara lain dah bt stok makanan tuk negara deme..negara kita pak menteri sibuk berebut jawatan x abis2.
Quote gekkou 9-11-2021 06:43 PM
kesiannya negara2 yang bergolak dan miskin tu
Quote caprut 9-11-2021 07:34 PM
makadek replied at 9-11-2021 01:28 PM
Sementra kt malaysia ummah terlebey kaya raya makan siakap sampai 1k
Apa nk heran.. Malesie darul me ...

Ksihatan jgn swastakan
Quote makadek 9-11-2021 08:05 PM
ina_na replied at 9-11-2021 06:24 PM
Rakyat Malaysia kan mmg gitu..blm lg membazir bab benda lain..tgk je la..sbb riso gak negara lain  ...

Aku dh bela ayam byk2
Tanam sayur
Quote ina_na 10-11-2021 07:55 PM
makadek replied at 9-11-2021 08:05 PM
Aku dh bela ayam byk2
Tanam sayur

Sayur suami aku ade tanam skt2.. harap kan aku.aku tukang petik hasil je.. cuma aku dah start beli ikan Frozen kat Speedmart beli 6,7 pek.. ingat nanti nk p beli lg..minyak msk pek pun nk bl banyak2 bt stok..sini dah nk dptkan stok minyak pek.. peti ice Frozen aku tu cadang nk penuh kan slow2.. bl bc negara luar dah siapkan stok tuk rakyat dia..mmg seram tgk negara kita pak menteri x de pun nk restok makanan sibuk berebut jawatan..ni siap lps prn nanti tah pe la jdnye..dah kecoh org kata nk lock down blk
Quote stingerspace 10-11-2021 08:13 PM
makadek replied at 9-11-2021 08:05 PM
Aku dh bela ayam byk2
Tanam sayur

Im sure kalau kau mati bukan out of hunger but overeating...

Next......
Quote makadek 10-11-2021 08:24 PM
stingerspace replied at 10-11-2021 08:13 PM
Im sure kalau kau mati bukan out of hunger but overeating...

Next......

Its seem u are really into me ,
Dah mula suka kat aku ke pocit
Hmmm susahlah dkt fb org nk try
Kat wasap pn sama...
Kat sini di kejar dgn duda tuo
Lagi kepams and gundu laks tu
Sowi u r not for me
Out of my league okeh
Quote green~tea 10-11-2021 08:25 PM
epal_putih replied at 9-11-2021 10:43 AM
Alhamdulillah kita kat Msia


Our local supplies can only cater for 30% of our dosmestic demand..  mostly kita masih bergantung pada imports
Quote makadek 10-11-2021 08:26 PM
ina_na replied at 10-11-2021 07:55 PM
Sayur suami aku ade tanam skt2.. harap kan aku.aku tukang petik hasil je.. cuma aku dah start beli ...

Korea utara dh dr awal tahun mula kebuluran
Kajaan dia kejam wor
Bini2 kena turun jd petani
Syukurla kita masih ok

Malaysia ni mewah segala makan
Quote green~tea 10-11-2021 08:29 PM
ina_na replied at 10-11-2021 07:55 PM
Sayur suami aku ade tanam skt2.. harap kan aku.aku tukang petik hasil je.. cuma aku dah start beli ...

Tak lockdown balik dah kot, sbb dah start vaccine 3rd dose onwards.. we are resetting our econs dah...

While is okay kita nak prepare for the worst, tp kita jangan la lupa utk berharap things to be smooth sailing..  

The PRN melaka is actually the acid test for BN (and UMNO).. ok tu je i boleh cakap, else pm tepi.. huhuhu
Quote stingerspace 10-11-2021 08:30 PM
makadek replied at 10-11-2021 08:24 PM
Its seem u are really into me ,
Dah mula suka kat aku ke pocit
Hmmm susahlah dkt fb org nk tr ...

Baca jgn tak baca......

Kahkahkahkahkahkahkahkah

Bela ayam takpa jgn ko jadi mak ayam utk sara laki fayus sorang dirumah....

Kahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055684 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top