CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lain Yang Nak, Lain Yang Dapat- "Apakah Negeri Kelantan Ini Pelik, Rakyatnya Pelik, Atau Pemimpinnya Pelik?"

5-11-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2841| Komen: 19

Description: Langkah kerajaan Pas Kelantan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 mulai Isnin lalu dianggap ‘pelik’ kerana terdapat peruntukan baharu yang bertindih dengan undang-undang Persekutu ...
Langkah kerajaan Pas Kelantan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 mulai Isnin lalu dianggap ‘pelik’ kerana terdapat peruntukan baharu yang bertindih dengan undang-undang Persekutuan sedia ada.


Sehubungan itu, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff membangkitkan persoalan adakah kandungan enakmen tersebut sudah disemak dan diteliti dahulu supaya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Iki Putra Mubarak yang berdepan tuduhan seks luar tabii di Selangor kata beliau, Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap kesalahan yang sudah ada di bawah undang-undang Persekutuan.


Agus, Foto: Utusan


“Reaksi pertama saya ialah apakah negeri Kelantan ini pelik, rakyatnya pelik, atau pemimpinnya pelik? Apakah Pas memikirkan inilah caranya untuk menyelamatkan negeri yang ramai rakyatnya susah sekarang?

“Jika Pas mengutamakan pelaksanaan jenayah Islam, kenapa tidak diperjuangkan RUU 355 sementara berkuasa di Pusat? RUU 355 ini lebih meluas dan melibatkan jenayah lebih kerap, berbanding kesalahan bersetubuh dengan mayat atau dengan bukan manusia.

“Sudah ditelitikah kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu sama ada bertentangan atau tidak dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perbuatan unnatural sex?” soal beliau menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 berkata, pindaan enakmen yang sudah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu dikuatkuasakan di seluruh negeri ini bermula Isnin.

Sebanyak 24 peruntukan baharu terkandung dalam enakmen terbabit, antaranya berkait dengan perbuatan bersetubuh dengan mayat dan bukan manusia, melakukan sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam serta memutarbelitkan ajaran Islam.


Gambar Hiasan

Mengulas lanjut, pensyarah di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, jika kes unnatural sex teruk di Kelantan, kenapa setelah 31 tahun Pas memerintah baru tahun ini kesalahan itu dimasukkan?

“Dalam memerintah Kelantan, Pas perlu tahu memilih keutamaan. Rakyat hendakkan air paip bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemudahan infrastruktur yang baik. Ini tidak, lain yang rakyat hendak, lain pula yang diberikan.

“Misalnya, rakyat dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda RM1000 jika tidak menutup aurat. Bagaimana jika pakai seluar pendek, bagaimana jika pakai kain nampak lutut? Apakah itu dikenakan denda juga?

“Enakmen ini juga menyatakan menjadi satu kesalahan memutarbelitkan ajaran Islam. Apakah maksud memutarbelitkan ajaran Islam itu ?” katanya.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 5-11-2021 01:28 PM
Memang pelik.
.rakyat dia kata drp liwat org lebih afdal liwat ayam atau kucing...tak ke pelik
Quote musangbodoh 5-11-2021 02:10 PM
tikusmontok replied at 5-11-2021 01:28 PM
Memang pelik.
.rakyat dia kata drp liwat org lebih afdal liwat ayam atau kucing...tak ke pelik  ...

kt mn ko petik tu bro..nk tau gak
Quote abangbikerz 5-11-2021 02:13 PM
lobai mana ada koje, maka buatlah undang2 bodo bg nampak ada koje
Quote CiliPadiSedap 5-11-2021 02:27 PM
lebai tin milo akan bersuara ruu355 bila dap perintah .haha. bila jd pusat yang politician sibuk laungkan isu bomba adib terus senyap masuk gua.

rashiman pun dah jilat ludah dia semula
Quote tikusmontok 5-11-2021 02:37 PM
musangbodoh replied at 5-11-2021 02:10 PM
kt mn ko petik tu bro..nk tau gak

Tak ingat thread mana, tp stat sorang rakyat sskjp...dia marah sgt org kata bodo
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 02:51 PM
Di USA ada Florida
Di malaya ada Kelate
Quote Firenzza 5-11-2021 03:57 PM
Janji lobai dpt naik merc, kawin 2-3 bini rkyt dia susah peduli hapa
Quote doubleharmonic 5-11-2021 04:29 PM
bidah dengan bebal tu pon dah cukop jadi contoh kepelikang sskjp
Quote cmf_premierleag 5-11-2021 04:36 PM
PAS yg tadbir kelantan ni mmg pelik la dr dulj lg
org demand nak air bersih, dibantainya enjoy membangun bersama mercedes
lain yg org mintak, lain yg depa bagi
Quote sambaldurian 5-11-2021 06:10 PM
payah le nk ckp, dh masing2 rs terpaling. karang klu ckp lebih2 ckp kita pulak kena claim liberal, sesat. ikut dorg. alang2 dh Islamik tu, perangai perantau pun kena la Islamik time kelik kg. tepi jln kuala lipis bkn tong sampah besar deh.
Quote becir 5-11-2021 07:12 PM
Well takkan Pas leh menang every Pru kalau bukan sebab rakyat sskjp yg mengundi, even yg dok luar alamat sana gigih lagi balik mengundi Pas. Nasibla korang..
Quote hmmlantakko 5-11-2021 11:39 PM
Fyi projek naiktaraf air Kelantan sedang jn progress. Takkan nak siap dlm masa sebulan je. Kelantan dah kama dianaktirikan oleh umngok. Negeri lain ok je dr Kelantan yg berpuluh thn dianak tiri sejak atok pegang kuasa dulu. Sekrg baru nak upgrade. Kena tgk bidg kuasa air bawah kuasa sapa. Btw Royalti Kelantan mana?
Quote MsOren 6-11-2021 12:06 AM
Lobai2 ni jd kjaan punya lama, benda basic mcm sampah pun tak blh nak urusss, air pun masih air kotor pekatttt...yuckss...tak buat apa tp asyik salahkan org lainn, bangsatttt punya geng lobaiii makan gaji buta
Quote MsOren 6-11-2021 12:09 AM
Kjaan lobaii pas kelantan boleh lah jalinkan hubungan mesra dgn kjaan taliban afghanistann hari tu sibuk sgt nak suruh perseketuan jalinkan hubunga dgn kjaan talibak big brotherr dorg.
Quote kotakominami 6-11-2021 12:12 AM
Yang saya tahu nama pompuan kelantan pelik2 bukan semua. Tp saye puji org kelantan ni berani dia semacam. Pegi mane2 pon berjaya even kat oversi pon ramai...
Quote MsOren 6-11-2021 12:15 AM
Jate kelate suka pukul pompuannn...mcm tak sekolahhh
Quote ultra78 6-11-2021 01:23 AM
Buat enakmen toyol la.
Quote MsOren 6-11-2021 01:24 AM
So pergi lah buat rombongan comolottt dgn kjaan taliban afghanistann
Quote CikYaYaYa 6-11-2021 01:31 AM
Kelate xpernah xpelekk. Tapi tu lerr pelek mcm mana pon PAS tetap menang jee manjang..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.278941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top