CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Dendam, Nak Racun Rakan Tapi Isteri Rakan Jadi Mangsa

5-11-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1618| Komen: 7

Description: Seorang ibu yang mempunyai tiga anak maut selepas terminum air mineral dicampur racun ikan dalam satu kejadian di Juwiring, Klaten, Jawa Tengah.
Seorang ibu yang mempunyai tiga anak maut selepas terminum air mineral dicampur racun ikan dalam satu kejadian di Juwiring, Klaten, Jawa Tengah.


Wanita dikenali sebagai Hani Dwi Susanti, 31, itu dilaporkan meninggal dunia serta-merta selepas terminum racun tersebut, baru-baru ini.

Menurut polis, racun itu sebenarnya ditujukan kepada suaminya, Sigit Nughoro, 39, yang didakwa sering menaiki motosikal dengan isteri suspek.


Kredit foto: Kompas

Jurucakap polis, Eko Prasetyo berkata, suspek yang dikenali sebagai Sarbini sudah lama ‘sakit hati’ dengan Sigit yang didakwanya sering menghampiri isterinya.


“Suspek juga memberitahu dia pernah diugut bunuh oleh Sigit, menyebabkan dia menyimpan dendam terhadap lelaki tersebut.

“Suspek menceritakan, selepas dia membeli racun ikan, dia menyelinap masuk ke rumah Sigit dan mencampurkan racun itu ke dalam tiga botol air mineral serta meletakkannya di peti sejuk dan bekas susu tepung.

“Sehari selepas itu, mangsa dan suaminya minum air mineral yang sudah dicampur racun, menyaksikan dia meninggal dunia serta-merta, manakala Sigit mengalami kekejangan,” kata Eko.

Sehubungan itu, polis melakukan siasatan dan menahan Sarbini sebelum dia mengaku bertanggungjawab meletakkan racun dengan niat untuk membunuh Sigit.

Jika disabit kesalahan, Sarbini boleh dipenjara seumur hidup atau 20 tahun.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 5-11-2021 01:28 PM
indon ye..keciannn
Quote Mooverine 5-11-2021 01:35 PM
teringat kes satay beracun..
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 02:58 PM
Dont care about yendon
Ummah deme boleh maki
Quote tikusmontok 5-11-2021 04:33 PM
Asal nama kelate jer mesti perangai tak semenggah
Quote Jitu 5-11-2021 04:44 PM
yindon lg
blh dah tukar forum ni jd Carindon
Quote cucuq 5-11-2021 05:46 PM
Tepuk sbelah tgan takkan brbunyiii
Quote sepiITUindah 5-11-2021 08:30 PM
lepas ni sigit ngan bini tertuduh bebas naik motor bersama
tanpa halangan pasangan memasing

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048212 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top