CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Obes, Sepanyol Haramkan Iklan Manisan Sasar Kanak-kanak

29-10-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1846| Komen: 3

Description: Sepanyol akan mengharamkan iklan makanan dan minuman dengan kandungan tinggi gula yang menyasarkan kanak-kanak, lapor AFP.Ia merangkumi pengiklanan coklat, pastri, ais krim, minuman ringan dan minuman ...
Sepanyol akan mengharamkan iklan makanan dan minuman dengan kandungan tinggi gula yang menyasarkan kanak-kanak, lapor AFP.

Ia merangkumi pengiklanan coklat, pastri, ais krim, minuman ringan dan minuman bergula, semuanya ditakrifkan sebagai produk berbahaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Kredit foto: Reuters

Menteri Hal Ehwal Pengguna, Alberto Garzon, memberitahu pemberita bahawa pengharaman itu akan bermula pada tahun depan.

"Ia menyasarkan iklan di televisyen, radio, saluran dalam talian online dan aplikasi mudah alih yang mengeluarkan kandungan untuk pengguna bawah 16 tahun.


"Kanak-kanak bawah umur adalah pengguna yang terdedah, menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi mereka daripada pengiklanan," katanya.

Kementerian itu berkata, Sepanyol akan mengikut langkah negara Eropah lain seperti Britain, Norway dan Portugal dalam menguatkuasakan larangan berkenaan.

Data negara itu menunjukkan, sekitar satu daripada tiga kanak-kanak di Sepanyol berdepan lebihan berat badan, meningkat tiga peratus berbanding 1984.


Gambar hiasan

"Pengiklanan adalah punca data ini" kata kementerian perhubungan pengguna menerusi Twitter.

WHO melaporkan, obesiti atau berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 19 tahun di seluruh dunia meningkat mendadak dari empat peratus pada 1975 kepada lebih 18 peratus. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-10-2021 12:38 PM
malaysia bila  nak ikut?
Quote Artemesiaa 29-10-2021 01:14 PM
Kat Malaysia ni susah sikit sebab mak pak nya pun suka makan minum benda2 manis
Quote Shazid 6-1-2022 07:34 AM
Bagusnya....iols suka kempen2 mcm ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049561 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top