CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Puas Hati Dengan Apa Yang Dapat," Amelia Henderson Tak Pernah Memilih Pasangan

29-10-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7301| Komen: 26

Description: Figura jelita ini boleh dikatakan antara pelakon wanita yang cukup bertuah kerana dapat berganding dengan barisan pelakon lelaki hebat tanah air. Sekali gus menjadikan nama Amelia Henderson terus meka ...
Figura jelita ini boleh dikatakan antara pelakon wanita yang cukup bertuah kerana dapat berganding dengan barisan pelakon lelaki hebat tanah air. Sekali gus menjadikan nama Amelia Henderson terus mekar dalam bidang diceburi.


Mula berlakon dari usia kanak-kanak bukan bermaksud Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson mendabik dada dengan segala pengalaman yang dimiliki. Sebaliknya, Amelia mengakui dia teruja untuk bekerja dengan semua orang.

Menurut Amelia yang kini terbabit dalam drama Kisah Cinta Kita bagi tayangan slot Akasia di TV3, dia tidak pernah memilih siapa hero yang perlu berlakon dengannya, termasuk pelakon lain yang terbabit.

Foto: IG


"Saya percaya pada rezeki. Untuk projek drama Kisah Cinta Kita ini saya berasa ia akan berjaya atau pun saya akan puas hati dengan apa yang kita dapat. Sebab orang yang terbabit. Tapi perkara ini bukan saya yang kawal untuk siapa berlakon dan sebagainya. Tapi kita kena percayakan semua yang terbabit dalam projek ini.

"Saya berasakan pasukan produksi kali ini sangat terbaik. Bukan dengan Aedy saja, tapi daripada semua pelakon. Tenaga dan aura di lokasi semua sangat positif. Sudah tentu ia juga bergantung kepada ketua iaitu pengarah, Riza Baharudin. Sebab dia akan memastikan semua orang di lokasi selesa dan ada persekitaran yang baik untuk bekerja. Kalau ia sudah ditetapkan dengan baik oleh ketua, ia akan diikuti oleh semua orang.

"Tak pernah tanya pun siapa pelakon lelaki dan lain-lain. Ia lebih bergantung pada masa. Sebab kita banyak kejar TX selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi banyak jadual penggambaran bertindih. Apa yang ada selepas ini pun masih menunggu tarikh," katanya.



Bagi Amelia yang popular menerusi drama Rindu Yang Terindah ditayangkan di TV3, apa yang menjadi pertimbangannya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah skrip dan watak.

"Pertimbangan saya adalah skrip dan watak. Sebab ini yang lebih saya pentingkan berbanding siapa pelakonnya. Sebab industri kita kecil saja, jadi saya nak ada peluang untuk bekerja dengan ramai orang. Barulah kita akan belajar. Saya kena rasa mungkin watak ini lain sikit dari sebelumnya, sebab saya pun tak nak dikata asyik bawa watak sama saja.

"Sebelum ini pernahlah waktu awal-awal berlakon. Tapi sekarang, apa yang saya sudah buat cukup puas hati. Saya gembira dapat teroka banyak watak dan sudah tentu seronok apabila diberi kepercayaan melakonkan watak berbeza. Dalam drama Kisah Cinta Kita ini saya lakonkan dua watak. Ia lebih menarik sebab saya boleh tunjukkan versatil dalam lakonan. Sebab dua karakter berbeza walaupun watak sama," katanya.



Biarpun baru menginjak usia 21 tahun pada 20 Oktober lalu, Amelia berkata dia seronok dapat melakonkan pelbagai watak meski ia jauh berbeza dari umur sebenarnya.

"Saya 'enjoy' dengan semua watak diberikan. Saya letakkan ini semua sebagai berlakon walaupun umur masih muda dan kena bawa watak isteri. Saya tak perhatikan sangat pun sama ada watak itu sama dengan realiti sebenar.

"Sebab saya rasa, akhirnya kalau kita dapat bawa watak yang berbeza dari kehidupan sebenar, itu lagi rasa berlakon. Kalau ambil yang lebih kurang sama dengan realiti sebenar, apa lakonannya? Saya okay saja, tapi kalau benar-benar berbeza lagilah saya suka. Bagi saya ia adalah cabaran. Cabaran inilah yang menarik. Jika tidak ia akan bosan," katanya.



Berkongsi mengenai lakonannya dalam drama terbitan A Aida Productions Sdn Bhd itu, Amelia yang pertama kali bekerjasama dengan pelakon Aedy Ashraf dan pengarah, Riza Baharudin mengakui ia satu pengalaman yang menarik.

"Sebenarnya drama ini tidak banyak cabaran, tapi ini antara set drama yang paling seronok saya terbabit. Pertama, sudah lama saya nak bekerja dengan Abang Riza, akhirnya dapat juga peluang itu. Sebelum ini ada tawaran dan hampir bekerjasama, tapi tak jadi. Tak apa, sebab akhirnya rezeki datang balik, sekarang dapat juga.

"Seronok dapat bekerjasama sebab dia pengarah yang sangat membantu dari banyak segi. Kami selalu berbincang untuk setiap babak selain terbuka untuk menerima idea daripada saya dan kami kongsi bagi menghasilkan karya yang menarik dan orang akan suka. Dengan Aedy pula, dia okay sangat. Dia pelakon yang hebat. Dia boleh berikan tenaga dan mudah untuk kita bekerja. Semua pelakon pun boleh serasi dan selesa buat kerja," katanya.

Ditanya siapa pengarah dan pelakon yang ingin bekerjasama lagi selepas ini, Amelia menyerahkan perkara itu pada rezeki.



"Banyak sebenarnya dalam senarai, tapi setakat ini saya sangat bersyukur rezeki yang saya dapat semuanya bekerja dengan mereka yang bagus. Saya tidak ada lagi pengalaman yang kurang menarik. Saya berasa sangat bersyukur," katanya.

Dalam masa sama, Amelia turut berkongsi perancangan lima tahun ke depan ini yang mana dia mahu terbabit dalam bidang perniagaan.

"Lima tahun akan datang ini mungkin sebagai ahli perniagaan. Sebab saya baru saja buka studio fotografi dan pejabat. Saya nak cuba dan ambil peluang yang ada. Pada usia muda ini, saya tidak mahu sia-siakan masa yang ada. Selagi masih ada kesempatan. Kalau bahagian kecantikan sudah terlalu ramai, mungkin saya nak cuba dalam penyediaan makanan pula," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 29-10-2021 10:19 AM
Agak2 laa umur 21..wartawan cari ni minum timah todi ke??? Abis dia kawen hari tu umur 15 ke???
Quote brown_pupil 29-10-2021 10:24 AM
seyes arr 21?
Quote mamajawie 29-10-2021 11:19 AM
mampus umo brape dia kawen dulu???bukan ke da cerai circa 4-5 tahun lpas??gila babi punya reputs..
Quote mamajawie 29-10-2021 11:21 AM
nah..tak bodoh tak sah si MRO ni acaner bleh jadi reputs pun IDK..please jadi reputs yg bertauliah skit and know your facts ok..umo cikki ni da 26 ye..

https://en.wikipedia.org/wiki/Amelia_Thripura_Henderson
Quote lasagna 29-10-2021 11:30 AM
tak rasa lah dia 21 taon, rse lebih. dlu kemain pelat, la ni ok dah BM dia.
Quote SherryZass 29-10-2021 11:56 AM
Ko baca ke tak lepas tulis, ke copy & paste jah, asal ada gossip. dia dah 26 this year la. dah macam ciktah umur tak berubah-ubah ke?
Quote makneng 29-10-2021 07:22 PM
AKAZ85 replied at 29-10-2021 10:19 AM
Agak2 laa umur 21..wartawan cari ni minum timah todi ke??? Abis dia kawen hari tu umur 15 ke???

Itulah.. Terpikir juga dulu budak ni kawen umur dia brp? Halahhh hauk la reporter cari dalam kelas tersendiri..
Quote spankee_fili 29-10-2021 07:24 PM
Typo lettew, 1 ngan 6 kan duduk sebelah2 je kat mereka yg dalam kelas tersendiri
Omg jahatnya mulut, dah dah nak pi maghrib insafkan diri
Quote minahmanja 29-10-2021 08:28 PM
reputs cari ni copy paste citer lama ke..?
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:27 PM
Ehhh sheol masih isleee kahh?
Ateeee dulu kawen dengan megalodon berwang
Quote Fazsemput 29-10-2021 10:41 PM
I x fahm kenapa die masih berlakon.. punye cntik..n of course kaya... boleh goyng kaki je.. xpun..sambar la atok2 kaya... ataupun jadi influencer.   Tpi.yelah... .maybe she mint berlakon ..
Quote LadyCarefree 30-10-2021 12:15 AM
Huntong benggali ni.
Quote 3480 30-10-2021 01:05 AM
Lawa.. ralit tgk muka dia
Quote bankerpencen 30-10-2021 08:11 AM
Comel dia ni. Suka tengok.
Quote dudaberhias 30-10-2021 08:44 AM
janji herrlokkk dekkkk... so silakan banyak buka gosip pasal sheolsss untuk tepis retis2 buruk tak herlokkk dan hodoh yang tak layak dalam bod ni macam sajat... shukk... tauke... nenek vida dan cucu ikbal etc...
Quote Piramida 30-10-2021 09:30 AM
Bagus dia ni... Walau seksi tak nampak menggedik2 ... ni kasi exercise fit and lean lagi cun.
Quote sambaldurian 30-10-2021 03:11 PM
harap dpt la skrip best2, diganding hero good looking , baru ada feeling ak nk tgk drama. bg ak dia x acah2 gedik wlupun sexy.  harap lambat sikit la dia kawin balik, ak klu dh jd bini org , xde feeling nk tgk 'bini org' bercinta dgn hero dlm drama.
Quote TeropongThaico 30-10-2021 04:44 PM
Lawa dia. Sian dilepaskan dek si ex.

Tapi tt next time up load la gambar semenggah & classy sikit. Sesuai dgn muka sheols yg eh-ligan ni.
Ni gambar mengangkang yg disharenya. Tak kuaser ai menengoknya
Quote cruz2 30-10-2021 08:17 PM
TeropongThaico replied at 30-10-2021 04:44 PM
Lawa dia. Sian dilepaskan dek si ex.

Tapi tt next time up load la gambar semenggah & classy sikit.  ...

Mmg gambo nya byk yg mengangkang

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053440 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top