CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takut Berada Di Tahap Sekarang,"- Iman Troye Raih Pendapatan RM1 Juta

29-10-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6148| Komen: 54

Description: Iman Troye berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan 'talent management revenue' termasuk persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.
Iman Troye berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan 'talent management revenue' termasuk persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.


Iman, 19, atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, dia bagaimanapun menolak tanggapan orang ramai mengatakan sudah bergelar jutawan atas apa yang dicapai itu.


Foto: IG

"Kalau orang anggap saya jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu, bagi saya tidak. Apa yang saya nak utamakan dalam industri ini bukan pendapatan. Tapi, saya nak lebih fokus dan kukuhkan nama dalam industri.

"Kalau diikutkan saya masih merangkak lagi. Sebolehnya, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini. Malah, banyak lagi yang saya kena terokai. Sejujurnya, saya takut apabila berada pada tahap sekarang, sebab tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap saya. 


"Betul saya ada banyak buat silap. Memang manusia buat silap. Tapi, saya buat terbaik untuk belajar daripada kesilapan dan menjadikan ia lebih baik," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar dan Lagu Nang, semalam.




Dalam masa sama, Iman juga melahirkan rasa teruja apabila single baharunya, Nang berjaya mencapai lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober lalu.

Selain itu, video muzik lagu itu turut berada di kedudukan kelima carta 'trending' YouTube dan Top 10 di aplikasi muzik Spotify.



Single yang menggabungkan genre pop dan klasik itu adalah hasil ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee. Single ini juga terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-10-2021 01:24 AM
Zaman sekarang ni pelik2..
Quote miszclassique 29-10-2021 01:40 AM
Tolong belajar nyanyi dengan sebutan yg jelas dulu plis
Quote bulalof 29-10-2021 08:51 AM
rezeki manusia tak sama.
Quote Loh_83 29-10-2021 09:01 AM
suka tengok dia ... tapi bukanlah minat sgt2, cuma suka je tengok. Ceria
Quote bedahmenjuyah 29-10-2021 09:03 AM
Selalu nampak nama ni naik kat forum. Tak pernah dgr lagu dia. Maybe ai dah kertu.
Quote NFBZCantik 29-10-2021 09:04 AM
tahniah.......
Quote CARI-MRO 29-10-2021 09:18 AM
Iman Troye berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan 'talent management revenue' termasuk persembahan dalam lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.


Iman, 19, atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, dia bagaimanapun menolak tanggapan orang ramai mengatakan sudah bergelar jutawan atas apa yang dicapai itu.




Foto: IG




"Kalau orang anggap saya jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu, bagi saya tidak. Apa yang saya nak utamakan dalam industri ini bukan pendapatan. Tapi, saya nak lebih fokus dan kukuhkan nama dalam industri.


"Kalau diikutkan saya masih merangkak lagi. Sebolehnya, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini. Malah, banyak lagi yang saya kena terokai. Sejujurnya, saya takut apabila berada pada tahap sekarang, sebab tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap saya.


"Betul saya ada banyak buat silap. Memang manusia buat silap. Tapi, saya buat terbaik untuk belajar daripada kesilapan dan menjadikan ia lebih baik," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar dan Lagu Nang, semalam.






[ig]https://www.instagram.com/p/CVkr2ymvtKV/[/ig]



Dalam masa sama, Iman juga melahirkan rasa teruja apabila single baharunya, Nang berjaya mencapai lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober lalu.


Selain itu, video muzik lagu itu turut berada di kedudukan kelima carta 'trending' YouTube dan Top 10 di aplikasi muzik Spotify.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVSusCVlCyD/[/ig]



Single yang menggabungkan genre pop dan klasik itu adalah hasil ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee. Single ini juga terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote KamikuP 29-10-2021 09:22 AM
Tahniah dik. Walaupon
Quote bintangct 29-10-2021 10:15 AM
ok la dia ni Anak muda ada wawasan.. ini yg kita mahu hahahhah
tahniah dik
Quote AKAZ85 29-10-2021 10:23 AM
Yela.. Next!
Quote epal_putih 29-10-2021 10:41 AM
Tak kenal sgt.. semangat tu bagus
Quote nicolebaby 29-10-2021 10:43 AM
Rejeki dier..
Quote miss_perfect 29-10-2021 10:48 AM
Nama dia ni nak sebut cemana eh? Troy? Tro-yer? Troyé?
Quote Raline 29-10-2021 11:24 AM
Dah ada
Quote Raline 29-10-2021 11:25 AM
muda2 dah kaya sementara itu artis veteran semua tgh miskin..... DONIA DONIA....DONIA
Quote makton 29-10-2021 11:29 AM
umur 19 tp muka kertu         
Quote makton 29-10-2021 11:30 AM
miss_perfect replied at 29-10-2021 10:48 AM
Nama dia ni nak sebut cemana eh? Troy? Tro-yer? Troyé?

aritu aku baca katanya sebutan troye tu "troy"
Quote slyfynx 29-10-2021 11:41 AM
Macam Troye Sivan, (Troy)
Die ni bukak la bape byk thread pun, cite la pendapat berjuta pun, tetap yawn
Quote codenamedream 29-10-2021 12:09 PM
Tahniah dik. Moga pandai menyimpan.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top