CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 22 Tahun, Harga Mi Rebus Kak Dah Masih Kekal RM2

29-10-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6505| Komen: 102

Description: Gurun: Asalnya dia mengambil keputusan menjual mi rebus pada harga RM2 kerana tidak mahu membebani pelanggan yang kebanyakannya ketika itu terdiri daripada pelajar sekolah.
Gurun: Asalnya dia mengambil keputusan menjual mi rebus pada harga RM2 kerana tidak mahu membebani pelanggan yang kebanyakannya ketika itu terdiri daripada pelajar sekolah.


Selepas 22 tahun, harga mi rebus yang dijual di Gerai Kak Dah milik Hamidah Abdul Halim, 58, di sini masih lagi kekal sama, malah bahan dan kuah hasil air tangan ibu kepada tujuh anak itu juga diakui pelanggannya masih tidak berubah.

Hanya berubah lokasi gerai yang dahulunya berhampiran Arked Mara Gurun selepas mula berniaga pada 1999, kini sudah berpindah di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Badak di sini, sejak sembilan tahun lalu.


Foto: Harian Metro


Walaupun sudah berpindah, gerai itu masih menjadi tumpuan apabila ramai pelanggannya tetap mencari kerana mahu menikmati mi rebus yang dijual wanita terbabit berikutan rasanya yang tidak berubah.

Menurut Hamidah, dia masih mengekalkan harga mi rebus dan tidak sesekali mengurangkan kandungan yang ada dalam hidangan yang dijual kepada pelanggan sejak dahulu lagi.

Katanya, hasil perniagaan kecil-kecilan itu juga dia dapat membesarkan tujuh anak dan dua daripada mereka sedang menuntut di universiti.

"Anak-anak pernah menyuruh menaikkan harga mi rebus ini kerana mendakwa ia tidak sesuai dengan keadaan sekarang, namun saya enggan dan memberitahu mereka perniagaan ini dilakukan sambil bersedekah.

"Saya juga menerangkan kepada mereka supaya menganggap apa yang dilakukan ini sebagai kenduri untuk pelanggan kerana selain majlis perkahwinan memang tak pernah ada kenduri lain dibuat di rumah kami ini berikutan kekangan masa dan kewangan," katanya.

Ketika ditanya sama ada masih memperoleh untung, Hamidah berkata, dia bersyukur kerana setakat ini tidak pernah mengalami kerugian walaupun harga bahan mentah semakin naik.


Foto: Harian Metro

"Sejak berniaga, saya hanya membeli barang keperluan di kedai sama dan memang penjual sekitar pekan ini kenal dengan saya, sekali gus memudahkan urusan harian termasuk mendapatkan harga rendah.

"Lagipun, saya tidak tergamak menaikkan harga kerana selagi masih mendapat untung, walaupun sedikit saya akan cuba kekalkan harga mi rebus yang sama," katanya.

Berkongsi kisah hidupnya, ibu kepada empat anak lelaki dan tiga perempuan berusia antara 22 hingga 33 tahun itu berkata, dia mula berniaga selepas suami, Alzikri Ahmad, 59, hilang punca pendapatan kerana perniagaan diusahakan keluarga mentua mengalami masalah pada 1999.

"Ketika itu juga saya baru melahirkan anak bongsu dan dengan semangat yang ada untuk membantu suami, saya membuka kedai menjual makanan serta minuman di Gurun.

"Dengan bantuan suami dan anak-anak, kedai diusahakan itu menjadi sumber pendapatan utama untuk menyara kami sekeluarga dan saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan tuhan walaupun hidup tidak mewah seperti orang lain," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga diuji sekali lagi apabila suaminya diserang angin ahmar tujuh tahun kemudian dan kerana memikirkan keadaan anak-anak yang masih kecil, dia terpaksa menjual kedai terbabit sebelum berpindah dengan membuka gerai di hadapan rumah.

"Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak sukar namun saya bersyukur kerana pelanggan yang biasa membeli dan makan di gerai dahulu masih mencari walaupun sudah berpindah.

"Walaupun sudah 22 tahun, ada pelanggan yang dulunya seorang pelajar tetap datang ke gerai saya hingga kini kerana mendakwa selain rasa dan harga jualan kekal ia juga menggamit kenangan mereka ketika bersekolah," katanya.

Selain mi rebus yang menjadi pilihan pelanggan tetapnya, Hamidah juga turut mengekalkan harga untuk laksa dan mi kari yang dijual dengan RM2 selain menambah menu masakan bergoreng yang dijual pada harga RM3.50 sahaja. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 29-10-2021 09:45 AM
murahnyeee..msti sdp
Quote stingersteady 29-10-2021 09:49 AM
kelip2_07 replied at 29-10-2021 09:45 AM
murahnyeee..msti sdp

Tak sampai hati aku nak makan harga tergolek dog sebegini.....i would have given her RM10 anytime for her good heart.....

Kalau tips valet at fourseasons aku boleh tutup mata jolok RM20 tak termasuk fees valet iteww sendiri.....kakak with good heart seperti ini....apala sangat RM10.....

Stinger yg pemurah....
Quote kelip2_07 29-10-2021 09:59 AM
stingersteady replied at 29-10-2021 09:49 AM
Tak sampai hati aku nak makan harga tergolek dog sebegini.....i would have given her RM10 anytime  ...

yee..xslh bg dia lbh..kita pn tau hrga skg serba mhl
Quote rospinki 29-10-2021 10:01 AM
kadang ada jugak buat ni amik order jenjiran..aku kan suka masak tapi biar hobi tu jadi income.
rega masih sekitar rm4.50 ada daging togey gemok2.
Quote LadyCarefree 29-10-2021 10:11 AM
iols sejenis sangsi kalau makanan terlalu murah. Hehe
Quote sarah82 29-10-2021 10:17 AM
Nak pi cariiiii.. [em:4:][em:4:]g
Quote akusukaq 29-10-2021 10:26 AM
Edited by akusukaq at 29-10-2021 10:28 AM

Mee rebus Ramlee kat rumah aku dulu memang harga tinggi tp ada kualiti.sekarang dah harga yahudi kuah pun cair, bhn bhn dah kurang.mee pun sejemput je...sah cekeh darah
Quote Skuau 29-10-2021 10:33 AM
terlalu murah tu kak..psr mlm tmpt aku..RM5.
Quote nononcrux 29-10-2021 10:36 AM
Sedap nampaknya.. tiber nak mee rebus hmm
Quote stingersteady 29-10-2021 10:40 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2021 10:11 AM
iols sejenis sangsi kalau makanan terlalu murah. Hehe

Ko ni jiwa banyak berkumpul setan iblis pastinya kerna menurut anak jiran aku yg 3 tahun iteww...setan iblis begitu rapat dgn makhluk yg penuh dgn kesangsian dihati dan jiwa mereka...
Quote krustykrab 29-10-2021 10:45 AM
Skuau replied at 29-10-2021 10:33 AM
terlalu murah tu kak..psr mlm tmpt aku..RM5.

Ada yg dh naik sampai 6.50 skrg...tp rasa hampeh...
Quote stingersteady 29-10-2021 10:46 AM
rospinki replied at 29-10-2021 10:01 AM
kadang ada jugak buat ni amik order jenjiran..aku kan suka masak tapi biar hobi tu jadi income.
rega ...

Nak menyelit promo jugak kewww?

Daging pebenda kalau kuah mee rebos iteww selain urat urat tetelan bergigi iteww? Jgn cheat my feelings hokay?
Togey musti lebih banyak dari meenya kheynz?dan lagi satu ...togey ada dipetik bontotnya dahulu tak atau dari pasar terus dicelur dgn bontot2nya?

Anyway aku memang tak makan togey.....sebab nampak macam ulat....
Quote gaara_X 29-10-2021 10:46 AM
Moga makin bertambah laa rezeki akak ni...aamiin
Quote JDT 29-10-2021 10:56 AM
Semuga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Puan ni sekeluarga.
Quote saviour_09 29-10-2021 10:56 AM
aduuhhh terus lapo

moga murah rejeki acik ni
Quote Solokkk 29-10-2021 11:03 AM
Moga sentiasa murah rezki
Quote stingersteady 29-10-2021 11:05 AM
sarah82 replied at 29-10-2021 10:17 AM
Nak pi cariiiii.. [em:4:][em:4:]g

Opah ko  iteww tengah stroke jgn ditinggal tinggalkhen..
Nanti keok lagi sorang under penjagaan kau...

Dushhhhhhhhh
Quote She-Ra 29-10-2021 11:07 AM
uihh murah naw naw niiii
mesti ramai pelanggan dr pelbagai umoq termasuk la bebudak sekolah.. rm2 sap sap soi la bg bdk2 sekolah zaman skang
Quote stingersteady 29-10-2021 11:14 AM
saviour_09 replied at 29-10-2021 10:56 AM
aduuhhh terus lapo

moga murah rejeki acik ni

Dah pernah try mee rebos tambah sedikit dgn kuah kacang?

Terangkat wa cakap sama lu....

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071054 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top