CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Reda Dan Terima Bahawa Kanak-Kanak Ditemui Itu Anak Saya,"- Ibu Nurin Jazlin

29-10-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9110| Komen: 74

Description: "Sejak dari awal, saya reda dan terima bahawa kanak-kanak ditemui itu anak saya," kata Norazian Bistaman, 49, yang juga ibu Nurin Jazlin Jazimin.
"Sejak dari awal, saya reda dan terima bahawa kanak-kanak ditemui itu anak saya," kata Norazian Bistaman, 49, yang juga ibu Nurin Jazlin Jazimin.

Norazian berkata, dia meletakkan harapan supaya pembunuh Nurin ditahan dan kes itu diselesaikan segera.

"Kami sudah kebumi dia. Harapan saya supaya kes ini cepat selesai dan pembunuh Nurin ditahan.

"Dengan penahanan pembunuh itu, saya harap pelakunya diberikan hukuman setimpal," katanya ketika dihubungi, kelmarin.


Gambar 2011, Foto: Arkib NSTP

Mengulas mengenai penafian bapa Nurin yang juga bekas suami, Jazimin Abdul Jalil bahawa kanak-kanak yang ditemui itu bukan anak mereka, dia berkata, mana-mana pihak yang membuat kenyataan berkenaan diminta mencari Nurin atau mendapatkannya semula.

"Pada saya, sesiapa sahaja termasuk bapanya yang menyatakan bahawa Nurin masih hidup, saya minta pihak berkenaan cari dan dapatkannya untuk serahkan semula kepada kami.

"Bagi saya, tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini. Sepatutnya kita berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha dalam kes ini," katanya.

Menurutnya, dia menerima takdir Allah bahawa kanak-kanak ditemui mati itu adalah Nurin.

"Allah pilih anak saya untuk menegur kita semua dengan apa yang berlaku terhadapnya (dibunuh).

"Apa yang menimpa Nurin adalah perkara yang perlu kita ingat supaya lebih berhati-hati," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Nurin Jazlin yang berusia lapan tahun ketika itu hilang semasa keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini jam 8 malam, 20 Ogos 2007.

Dia yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Mayat itu ditemui pemilik kedai sebelum diadukan pada polis.

Polis berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan polis mengecam wajah suspek. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 29-10-2021 09:46 AM
Hm lain nadanya, mereka dah tak sebumbung ke?
Quote Cassieopeia 29-10-2021 09:53 AM
Atata replied at 29-10-2021 09:46 AM
Hm lain nadanya, mereka dah tak sebumbung ke?

de tulis bekas suami tu dh bercerai kot. bapa arwah mmg xleh terima dan nafi mayat tu anak diakan
Quote LadyCarefree 29-10-2021 10:27 AM
Oh dah bercerai. Kesian anak². Tp dulu ada gak desas desus apaknya disaspek.
Quote djzara81 29-10-2021 10:59 AM
Seingat aku lah mase kes ni tgh hot, bapak Nurin tak dpt terima mayat bdk dlm beg tu mayat Nurin sbb tanda2 kt badan tak sama mcm Nurin. But pihak forensik dah explain, mayat decompose & rupa fizikal berubah. Aku nak explain bab2 ni tak mahir sgt. So mayb the father was in denial. Semoga pembunuh tu mendapat balasan setimpal diakhirat nanti.

Quote RinIna 29-10-2021 11:09 AM
LadyCarefree: Oh dah bercerai. Kesian anak². Tp dulu ada gak desas desus apaknya disaspek.

Ohh.. bercerai ke.. x tau plak.. Betul.. aku pun ada terdengar pasal ni..
Quote ainonymous 29-10-2021 11:16 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2021 10:27 AM
Oh dah bercerai. Kesian anak². Tp dulu ada gak desas desus apaknya disaspek.

kenapa agaknya ek dulu apak dia disaspek?
Quote mamajawie 29-10-2021 11:23 AM
Allahuakbar..mak pak arwah bercerai rupanya..adoyai double sedih..
Quote mamajawie 29-10-2021 11:23 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2021 10:27 AM
Oh dah bercerai. Kesian anak². Tp dulu ada gak desas desus apaknya disaspek.

siyes la apsal lak apak dia bleh jadi salah sorang saspek lak ni?

Quote babelina 29-10-2021 11:37 AM
manager aku seorg lelaki India.. dia ckp org melayu paling kuat bila bab menerima berita kematian ataw musibah..sbb kita ada satu believe tu.. dia sgt admire bab tu..aku ckp.. kita lebih kpd redha.. dari redha tu la dtg ketenangan sbb segala nya kita serah dan terima kerana Allah.. moga bapa Nurin redha juga supaya dpt tenang jiwa raga nya.. tp tu la.. berat mata memandang..berat lg bahu yg memikulnya..
Quote Thunderclouds 29-10-2021 11:41 AM
ainonymous replied at 29-10-2021 11:16 AM
kenapa agaknya ek dulu apak dia disaspek?

Kalo rajin tgk cita investigation / dokumentari pasal investigation yg libatkn jenayah kanak2 yg jd prime suspect mmg family members sendri. Statistically 75% of murders, mangsa kenal si pelaku. Dlm percentage yg sama dlm 30% adalah ahli keluarga mangsa sendri.


Quote 3chanceno 29-10-2021 12:19 PM
Cassieopeia replied at 29-10-2021 09:53 AM
de tulis bekas suami tu dh bercerai kot. bapa arwah mmg xleh terima dan nafi mayat tu anak diakan
...

Dah bercerai tu betul..

Kesian ibubapa yang menghadapi isu ini..iya lah anak orang kan bila hilang gitu sukar nak terima..apa lagi dah meninggal.

Semuga famili ini tabah melalui ujian ini.
Quote Kitty_catz 29-10-2021 12:23 PM
kan .. meols suke and sokong aje mak arwah, kalau betul kata hidup, pi la cari.. tp yg dicari hanya lah publicity murahan gichewwww

apaknya itew seswatu sangat, mcm ada udang disebalik mee goreng

dah la letak banner besar2 kat depan kedai.. nak jadi pelaris kut... yihhh!
Quote Aliaskotonggo 29-10-2021 12:44 PM
mamajawie replied at 29-10-2021 11:23 AM
siyes la apsal lak apak dia bleh jadi salah sorang saspek lak ni?

takde bukti, saja je borak2 kedai kopi tuduh sana tuduh sini, pinjam along, along bunuh ... bla bla....

Quote mamajawie 29-10-2021 12:59 PM
babelina replied at 29-10-2021 11:37 AM
manager aku seorg lelaki India.. dia ckp org melayu paling kuat bila bab menerima berita kematian at ...

sbab kita da diajar dalam Islam x boleh nak meratap kematian orang..dats why kita kuat semngat n blajar untuk redha

Quote naina 29-10-2021 01:27 PM
Kitty_catz replied at 29-10-2021 12:23 PM
kan .. meols suke and sokong aje mak arwah, kalau betul kata hidup, pi la cari.. tp yg dicari hanya  ...

Yer..kenapakah letak gambar arwah kat banner kedai
Macam orang yindia cina plak letak gambar2 mendiang UTK sembahyang Dorang
Lepastu bapak arwah nak Suh buat dna test dan kes disiasat semula atas tanggungjawab kerajaan ke cmne

Mak dia lebih positif dan redha..walau pun pahit. Semoga syurga menanti mu mak disana anak mu menunggu
Quote MissVixen 29-10-2021 02:29 PM
Patut la bercerai. Pemikiran pun dah lain. Amak dia lebih tabah, sabar dan rasional. Takde pun cari publisiti letak banner macam si bapak walaupun dia yang meneran lepas 9 bulan.
Quote awanysss 29-10-2021 02:31 PM
i team mak dia.
apaknya mcm nak publisiti..

btw kat statement atas tu, nurin ke yg ada darah tinggi and buah pinggang tu? tak pernah dengar pulak pasal ni..
Quote hotmak 29-10-2021 02:33 PM
lah bukan dulu kata bapak dia dah terima kenyataan ke, ikut sedih mak dia mesti lg susah nak terima kot, emak kan, tapi nak buat mcmana terpaksa redha, moga Allah tempatkan arwah dgn maknya di syurga kelak

pak nya dah nikah lain kan, nampak berumur juga isteri barunya
Quote asfaz 29-10-2021 02:46 PM
RinIna replied at 29-10-2021 11:09 AM
Ohh.. bercerai ke.. x tau plak.. Betul.. aku pun ada terdengar pasal ni..

Dah cerai and tak silap bapak arwah ni dah kawin lain. Pernah tgk fb dia dlu.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top