CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Trafik Tak Buat Laporan Kemalangan Atas Dasar Simpati

29-10-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3740| Komen: 11

Description: Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di s ...
Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, seorang anggota trafik sedang menjalankan tugas di lokasi telah dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang hendak memasuki susur tersebut.



"Kedua-dua individu itu tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.

"Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap kemalangan yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan pada Khamis.


Abd Khalid berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.

"Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gomea 29-10-2021 02:45 PM
Bukan polis tu pon salah jugak ke?
Quote djzara81 29-10-2021 03:47 PM
Ooo x jauh from umah parents aku. Laluan ni mmg senang accident kalo x hati2. Dari Kesas susur nk kuar ke jln Kewajipan tu akan bertembung dgn kenderaan dr USJ.
Quote hareeeesah 29-10-2021 03:50 PM
Gomea: Bukan polis tu pon salah jugak ...


Polis trafik ni diri tengah jaga trafik kenapa pulak dia salah?
Quote Gomea 29-10-2021 04:03 PM
hareeeesah replied at 29-10-2021 03:50 PM
Polis trafik ni diri tengah jaga trafik kenapa pulak dia salah?


Sepatutnya dia duduk kat atas garis putih tu yg segi tiga tu. Lagipun ni kat susur keluar. Driver kalau nak keluar simpang akan tengok belah kanan, tak tengok belah kiri. Tengok kat video banyak kereta time tu, moto tu pon tak perasan abang polis dok kat situ
Quote SecretLuv 29-10-2021 04:22 PM
Bukan polis tu ke yang salah
Quote Firenzza 29-10-2021 09:36 PM
SecretLuv replied at 29-10-2021 04:22 PM
Bukan polis tu ke yang salah

Ooo patut la x bt report
Quote edayildiz 29-10-2021 09:39 PM
patut pun

Quote Supersirap 29-10-2021 10:44 PM
Benda boleh settle luar, semoga dipermudahkan urusan kedua-dua individu tersebut
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 11:29 PM
Dah ko pun tercongok kat situ
Iol pun tak nampak sekali prapppp terlanggar
Quote MissYouSayang 29-10-2021 11:33 PM
Bahaya titik buta ni dan mmg x dapat nak dielakkan pon.
Quote Cpkay 1-11-2021 03:06 PM
sian abang polis..tapi lagi teruk kalau mat moto tu takde lesen..berpeluh langgar trafik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050289 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top