CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Tak Rugi Apa-Apa Pun Tanpa Sajat

26-10-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2034| Komen: 11

Description: Isu usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mendapat liputan meluas merata-rata. Mungkin kisahnya tragis atau ia penuh drama. Jika boleh dibuat filem, ...
Isu usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mendapat liputan meluas merata-rata. Mungkin kisahnya tragis atau ia penuh drama. Jika boleh dibuat filem, mungkin ia boleh dinamakan sebagai “Escape From Malaysia”.


Daripada isu berpakaian seperti wanita, mendakwa dicabul ketika disoal siasat, takut dimasukkan ke dalam penjara lelaki, dikeluarkan waran tangkap, membuat umrah sebagai wanita, melarikan diri ke Thailand, ditahan pihak berkuasa Thailand, didakwa kesalahan imigresen Thailand, mendapat perlindungan pendatang, meminta suaka daripada Australia sehingga mendapat tempat di negara kangaroo itu.

Siap ada gambar rumah banglo yang dikatakan diberikan kepadanya selain taraf penduduk tetap. Setiap hari ada sahaja kisah mengenai Nur Sajat. Media juga tidak ketinggalan tumpang populariti Sajat. Dia pula pasti gembira mendapat liputan lebih besar daripada ahli politik, artis dan pelakon.

Foto: IG

Pihak berkuasa Malaysia juga sebelum ini berusaha mengesan Sajat tetapi gagal. Mungkin Malaysia negara yang senang bolos. Lihat sahaja semua penyangak dalam kes 1MDB. Semua dapat keluar dan sehingga hari ini termasuk Jho Low hidup bebas. Siapa tahu ada perkhidmatan keluar dari Malaysia dengan mudah yang ditawarkan pihak tertentu.

Dalam perkongsian video ‘live’ di Facebook bersama Harith Iskander baru-baru ini Sajat menceritakan punca “penghijrahannya” dari Malaysia. Dia mendakwa mengalami kemurungan yang teruk dan menerima banyak tekanan.

Dia memikirkan bahawa apa yang perlu dilakukan adalah untuk menyelamatkan diri kerana bimbang berhadapan hukuman penjara dan dimasukkan ke dalam penjara lelaki.

Kalau kisah Sajat dibuat buku mungkin jualannya sebaik “Bercakap dengan Jin”. Tetapi itu mungkin dilihat sebagai bukan kewartawanan sebenar sedangkan setiap budaya dan bangsa mempunyai kepercayaan mitos masing-masing. Mana mungkin Hantu Kak Limah Balik Rumah meraih pungutan RM7.9 juta di belakang Ngangkung dan Khurafat: Perjanjian Syaitan.

Ada juga pihak masih berharap Sajat kembali. Ada pihak masih sanggup hendak beri nasihat kepadanya jika dia pulang. Ada juga yang mahu Sajat pulang supaya dapat membersihkan dirinya daripada semua tuduhan.

Sebenarnya menjadi hak mana-mana warganegara untuk meninggalkan negara asal dan berpindah ke negara lain. Ramai lagi rakyat negara ini telah berhijrah, sebahagian besar kerana faktor ekonomi. Mereka dapat cari kehidupan lebih baik berbanding di Malaysia.

Tiada apa yang boleh menghalang seseorang daripada menggugurkan kewarganegaraan masing-masing dan memilih negara lain. Dalam kes Sajat, negara barat lebih mudah memberi perlindungan atas alasan hak kemanusiaan seseorang ditindas atau kebebasan untuk mengamalkan cara hidup yang dikehendaki.

Persoalannya, adakah kehilangan Sajat satu kehilangan besar kepada negara? Bukankah ribuan profesional, doktor, pendidik, penyelidik, ahli perniagaan memilih menunjukkan kepakaran mereka di luar negara. Mereka ini lebih penting kepada negara. Sajat hanya seorang daripada 32 juta rakyat yang jika tiada sekalipun, tidak akan kurangnya negara ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 26-10-2021 11:44 AM
Kehilangan terlalu besar mungkin tidak. Tapi negara tetap kehilangan apabila a gainfully employed resident meninggalkan negara untuk bekerja di negara lain. Sama seperti doktor, penyelidik semua yang mencurahkan kepakaran di negara lain. Tapi jika dikumpulkan semuanya, maka jumlah kehilangan mungkin agak significant.
Quote Decaffeinated 26-10-2021 01:09 PM
bohonglah tak rugi

harta sekor sajat ni boleh tukar dengan at least 10 acik bawang kot. easily.

Quote kelapaparut 26-10-2021 01:11 PM
dah tu knp gigih sgt sampai 100 pegawai penguatkuasa agama buru dia sampai k luar negeri..biar je la nak mmondan ke ape, bukan rugi billion2 pd negara pun
Quote stingerchubby 26-10-2021 01:17 PM
Decaffeinated replied at 26-10-2021 01:09 PM
bohonglah tak rugi

harta sekor sajat ni boleh tukar dengan at least 10 acik bawang kot. easily.

Tak rugi konon....resources berapa banyak dah terbazir just so can bring him/her back?

Kahkahkahkahkahkah
Quote Artemesiaa 26-10-2021 01:19 PM
Selalu orang kecewa dan cepat mengalah je suka sebut ayat macam tu
Quote ChildrenOfBodom 26-10-2021 01:42 PM
Ayat penyedap hati orang yg gagal
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:27 PM
Ppppfftttttt propahhhhh
Beratus orang dikerah carik heshe pun gagal
Gagal total bak kata yendon
Quote Punat_button 26-10-2021 02:48 PM
Artemesiaa replied at 26-10-2021 01:19 PM
Selalu orang kecewa dan cepat mengalah je suka sebut ayat macam tu

artikel ditulis oleh wartawan cari


Quote nolya 26-10-2021 04:23 PM
Sajat sudah menipu dn merugikan rakan bisnisnya dan engkar perintah mahkamah.  Di samping itu Sajat juga telah mencorengkan namabaik M'sia di persada dunia terkait soal lgbtnya. Dn Sajat juga memperlekehkan hukum Islam dgn soal kepondanan dia.
Quote renko 26-10-2021 04:52 PM
Tak rugi sudah lah. Memekak apa lagi hari2 cita pondan pukimak ni lagi???? Ke koyak xdapat tangkap haritu. Masa ada peluang xnak tangkap..bodoh betul mcm unta padang pasir. Skang ni dah xde baru melolong2 itu ini..bangsat
Quote monreyes 26-10-2021 07:40 PM
citer paling bosan tahun ni..
1. Sajat
2.Alep Sukri
3. DSV n Iqbal
4. Tok Riak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048743 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top