CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gempa Bumi Di Bali, Nasib Baik Nourul Depp Tak Terjejas

20-10-2021 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4495| Komen: 30

Description: Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.
Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.


Ujar Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, malah memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu tentang kejadian gempa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.

Foto: IG


“Ramai yang bertanya tentang keadaan saya sekeluarga sebab kata mereka ada kejadian gempa bumi di Bali. Saya pun tak tahu cerita sehinggalah ada seorang kenalan tanya sama ada saya okey atau tidak.

“Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran gempa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.



Ekoran itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.

Difahamkan Nourul yang berhijrah ke Bali bersama keluarganya sejak 19 September lalu itu tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian gempa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.


Tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.

Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.




Dua individu terkorban selepas gempa bumi itu mengakibatkan tanah runtuh yang kemudiannya menimbus kediaman mereka di wilayah Bangli sementara seorang lagi mangsa terkorban di bandar pelabuhan Karangasem. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-10-2021 10:45 PM
Dah nak sangat duduk bali haaa sekali...
Nasib baik satu fam selamat
Quote mojarean_X 19-10-2021 11:37 PM
Semoga selamat ye kak Nurul sekeluarga di sana.
Quote Paiya 19-10-2021 11:53 PM
syukurlah....
Quote CARI-MRO 20-10-2021 09:48 AM
Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.


Ujar Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, malah memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu tentang kejadian gempa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.


Foto: IG







“Ramai yang bertanya tentang keadaan saya sekeluarga sebab kata mereka ada kejadian gempa bumi di Bali. Saya pun tak tahu cerita sehinggalah ada seorang kenalan tanya sama ada saya okey atau tidak.


“Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran gempa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVNNUkrFaO0/[/ig]



Ekoran itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.


Difahamkan Nourul yang berhijrah ke Bali bersama keluarganya sejak 19 September lalu itu tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian gempa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.


[ig]https://www.instagram.com/p/CVOv4aPjdSy/[/ig]



Tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.


Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVMUo90puhi/[/ig]



[ig]https://www.instagram.com/p/CVHiqDzF-uJ/[/ig]



Dua individu terkorban selepas gempa bumi itu mengakibatkan tanah runtuh yang kemudiannya menimbus kediaman mereka di wilayah Bangli sementara seorang lagi mangsa terkorban di bandar pelabuhan Karangasem. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote mamajawie 20-10-2021 10:50 AM
ni rumah dia skang ke?lawa siot cm resort..
Quote NekNgah 20-10-2021 11:27 AM
Tak pernah follow instagram dia ni.  Post yang ditepek di atas tu nampak menarik.  Boleh jadi inspirasi rumah idaman.

Nanti ada masa boleh stalk.  Kalau feed banyak macam ni boleh aje follow tanpa perlu baca caption yang panjang berjela tu.  Hehehe..
Quote dudaberhias 20-10-2021 11:33 AM
cantik rumah dia... tapi rumah dekat sana macamni pun memang murah... sebabtu foreigner pun gigih nak buat rumah dekat sana dan pindah sana... sasha 30k pun tak silap laki heolss ada resort ke apa tah dekat bali tu kan? ke propa sajorkkk???

btw kak norul depp pagi2 tu buat apa? pergi ke pura untuk sembahyang ke agittewww...
Quote dudaberhias 20-10-2021 11:36 AM
mamajawie replied at 20-10-2021 10:50 AM
ni rumah dia skang ke?lawa siot cm resort..

tengok memang macam resort jah... siap ada patung pudisat lagi tu dekat halaman... takkan la kak nurul muka dan cakap penang pekat nak letak patung gittew khenn kat rumah... ke sheolss dah memang hari2 ke pura...
Quote tobobon 20-10-2021 11:46 AM
Untunglah sheols skrg..jadi "muse" forum cari..dr tak pindah2 sampai gempa bumi kat bali pun berita sheols dicedok untuk memeriahkan forum ya
Quote trexxxxxi 20-10-2021 11:49 AM
Thread dah ada
Kenapa reput cari asyik recycle thread?

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5000768&extra=page%3D1&mobile=2
Quote ..maksu 20-10-2021 11:50 AM
kene biasa biasakanlah benda mcm ni... tsunami, gempa bumi, volcano.... dah jadi penduduk sana kan. kami yang kat malaysia ni mampu doa je lah
Quote dudaberhias 20-10-2021 11:52 AM
kalau terjejas pun rasanya orang dah tak heran dik...
semua orang kembali jadi normal jah...
Quote Cik_jantung 20-10-2021 12:26 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:55 PM

..........
Quote mamajawie 20-10-2021 12:47 PM
dudaberhias replied at 20-10-2021 11:36 AM
tengok memang macam resort jah... siap ada patung pudisat lagi tu dekat halaman... takkan la kak n ...

itu la pasey siap ade patung plak tu..alahai what do you expect kat ig laki dia siap tayang mnum ayaq anggur smbut anniversary ke bfday si acik parpu ni kt kl..cuma kt ig acik ni je x boh gmbaq tu kang satgi team utagha geng acik @sarah82 mai serang ig acik parpu sbab minum wine..huhuhu


Quote KamikuP 20-10-2021 02:45 PM
Rumah lawa bole jadi sumber inspirasi
Quote Raline 20-10-2021 08:20 PM
trexxxxxi replied at 20-10-2021 11:49 AM
Thread dah ada
Kenapa reput cari asyik recycle thread?

Gempa bumi di Bali, Nourul Depp sekeluarga selamat.

Untitled-1-01.png
Quote Raline 20-10-2021 08:22 PM
knapa dia x fikir panjang... nk pndah sana.... bali sgt berisiko la. sbb bnyk gunung berapi
Quote Mulotkoyak 20-10-2021 10:31 PM
Bukan ke die ni dh xnak kesah pasal hal di malaysia ke selain lana nordin tuh... Yg asyik komplen psl malaysia...
Quote SpyLeman 20-10-2021 11:34 PM
Serious la weyyyy...dulu acik parpu ni habaq punca dia cerai dgn ajai pasai ajai x mampu nak bimbing dia jln ke sorga.... Dah tu yg skrg ni sapa bimbing sapa? Dgn rantai, gelang emas bagai laki dia pakai

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069745 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top