CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Britain Ugut Nak Boikot Piala Dunia ??

2-6-2015 04:37 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 3841| Komen: 0

Description: Britain menegaskan Eropah patut menimbang memboikot Piala Dunia jika Sepp Blatter tidak meletak jawatan sebagai pemimpin badan induk bola sepak dunia itu berikutan skandal rasuah..


Britain menegaskan Eropah patut menimbang memboikot Piala Dunia jika Sepp Blatter tidak meletak jawatan sebagai pemimpin badan induk bola sepak dunia itu berikutan skandal rasuah, manakala pihak berkuasa Switzerland menafikan mereka akan menyoal presiden FIFA yang baru dipilih semula itu.

Pemimpin FIFA kelahiran Switzerland merungut beliau tidak menerima penghormatan sepatutnya akhir-akhir ini, mendedahkan bagaimana beliau menolak nasihat pengkritiknya, pemimpin badan induk bola sepak Eropah, untuk melepaskan jawatan pada kongres FIFA minggu lalu.

John Whittingdale, menteri kerajaan Britain yang bertanggungjawab menangani sukan, mengulangi pendirian meminta Blatter meletakkan jawatan kelmarin, menyatakan semua aspek harus diambil kira untuk memaksanya melepaskan jawatan, termasuk memboikot Piala Dunia, sesuatu yang mungkin boleh memecah belahkan sukan itu.

Blatter, 79, menang undian bagi menerajui FIFA untuk penggal kelima Jumaat lalu sekalipun Jabatan Kehakiman AS mendakwa sembilan pegawai bola sepak terbabit rasuah ketika pihak berkuasa Switzerland menjalankan siasatan mereka.


Beliau menolak impak skandal itu terhadap satu daripada badan sukan paling berkuasa di dunia, yang meraih pendapatan berbilion dolar hasil hak pemasaran TV dan penajaan.
Blatter tidak didakwa sebarang salah laku dan menyatakan tindakan Amerika Syarikat mengenai pertuduhan itu cuba menjejaskan proses pemilihannya semula. 

Sumber : Reuters 










9

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035559 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top