CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tangkap Penjual Air Zam Zam!

1-6-2015 12:00 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 3336| Komen: 2

Description: Sebagai pengguna berhemah dan peka, segera laporkan kepada pihak berwajib jika anda mendapati wujud lagi individu yang tidak bertanggungjawab menjual air zam zam secara komersil!
Oleh: CMFreporter2

Berita mengenai penjualan air zam zam secara berleluasa di kios-kios, toko kesihatan dan juga farmasi seluruh negara mendapat perhatian apabila terbongkar mengenai keasliannya yang diragukan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham menerusi laman web rasminya, kpkesihatan individu yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. 00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Ini bermaksud, bukan sahaja peniaga-peniaga yang menjual air zam zam palsu bakal dikenakan hukuman, malah yang turut menjual atau mengkomersilkan air zam zam asli turut dikenakan hukuman.



"Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia," ujar Noor Hisham. 

Katanya lagi, di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua pengguna agar tampil membuat aduan sekiranya mendapati adanya penjualan air zam zam di pasaran. Pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menerusi laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau media sosial BKKM www.facebook.com/bkkmhq 

Ayuh sama-sama kita membanteras mereka yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang memperdagangkan nama dan kesucian agama Islam semata-mata demi mengaut keuntungan!  - CARI INFONET
26

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote jijioaynna 2-6-2015 11:19 PM
Ya setuju..stok air zam2 mmg wajib ada dlm rumah.xkn asyik nk g mntk kt kwn2/sedara yg bru blk umrah/haji.dorg pon serba slh nk bg ke x..klo dh smpai sekampung dtg mintak sorg sebotol..
Quote boyagombak 2-6-2015 01:44 PM
So gomen nak bagika ayaq Zam Zam free kpd sesiapa yg nk.minum wpun belum sampai seruan haji. Kalau depa x jual, bagi free sapa.nk cover kos bwk balik ayaq. So far bila beli ayaq Zam Zam dlm botol tu mmnglah rasa mcm ayaq Zam Zam yg org balik Mekah tu bagi. X dak plak rasa ayaq paip atau coca cola. Wpun pd dasarnya ayaq Zam Zam free saja Arab Saudi bagi, takkan  ayaq tu boleh mengalir sendiri sampai Mesia. Agak2la. Cuma pantau mana yg aseli mana yg pelesu. Yg aseli biarkanlah . Kitaorang pun nk m ...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035660 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top