CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bahaya Denggi Dan Tanda-Tanda Jangkitan

28-5-2015 04:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 5153| Komen: 2

Description: Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi igauan ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada.....

Oleh : Dean BZ


APA ITU DEMAM DENGGI?


Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi igauan ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitan.  Kebiasaannya ia menggigit diwaktu senja. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

1. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

2. Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi( germs flavirines ) yg disebabkan oleh nyamuk aedes betina. Virus denggi akan terpendam didalam badan pesakit selama 3-4 hari ( purata 4 hingga 6 hari ) sebelum menunjukkan tanda tanda pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan hubungan tanda dan gejala tidak khusus.


7 Tanda-Tanda Demam Denggi :
- Cirit birit
- Demam dan gatal gatal
- Sakit bahagian belakang biji mata
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit otot dan sendi yang teruk
- Sakit perut
- Sakit pingang yang teruk ( demam tulang pecah )


Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


Selain tu, boleh cuba minum air 100plus atau sup ketam. Semoga perkongsian ini membantu kita sedikit sebanyak mengetahui apakah itu demam denggi. - CARI Infonet.



Sumber Foto : Carian Google

20

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
25

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mayaBB 28-5-2015 07:06 PM
jga-jaga.. kawan maya baru kena.. nais info
Quote sikatkutu 28-5-2015 04:51 PM
serik wooo kena denggi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072220 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top