CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cuba Cara Bernafas 4'-7'-8' , insomnia bukan masalah lagi !!

1-6-2015 01:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 6488| Komen: 8|Original author: CMFreporter1

Description: 'Cara Bernafas 4-7-8' amat mudah sekali iaitu hanya dengan menggunakan hidung tarik pernafasan selama 4 saat, menahan pernafasan selama 7 saat kemudian lepaskan pernafasan itu selama 8 saat. Proses pe ...


Ramai di antara kita pernah mengalami situasi insomnia samada ketika berada di bangku sekolah mahupun di alam kerja.

Bagi seseorang itu yang mempunyai pengalaman insomnia, walaupun hanya sesekali berlaku, kesannya boleh dikatakan amat memeritkan,

Ada pihak tertanya-tanya bagi mereka yang sering mengalami keadaan insomnia, setiap malam macam mana dapat melalui malam yang berpanjangan tanpa tidur, sememangnya seksa.

Ini kerana tidak kira cara macam mana pun kita baring atas katil samada tidur meniarap, menelentang atau menghadap ke kiri atau ke kanan, keinginan untuk tidur langsung tidak tercapai kerana mata tetap terbeliak sampai keesokan hari.


Tambahan lagi, cara 'menghitung biri-biri' sepertimana yang sering dilakukan untuk membuatkan seseorang itu cepat boleh tidur, sebenarnya cara sedemikian boleh dikatakan tidak membawa apa-apa faedah langsung.


Kalau nak dibandingkan, mendengar muzik adalah lebih berkesan untuk membuatkan seseorang itu tidur berbanding dengan cara 'menghitung biri-biri'. 



Baru-baru ini, terdapat seorang pakar kesihatan dari University Harvard yang bernama Andrew Well telah berkongsi satu teknik atau cara yang boleh membantu seseorang itu mudah untuk rasa tidur.

Yang penting seseorang itu mengikut sahaja cara tersebut dan dijamin dalam masa 60 saat akan tidur tanpa menggunakan sebarang ubat atau peralatan sampingan.

Teknik tersebut dipanggil sebagai 'Cara Bernafas 4-7-8'.

Caranya amat mudah sekali iaitu hanya dengan menggunakan hidung tarik pernafasan selama 4 saat, menahan pernafasan selama 7 saat kemudian lepaskan pernafasan itu selama 8 saat. 

Proses pernafasan itu diulang selama 3 kali, maka anda akan terasa keinginan untuk tidur. 


Pada permulaan mungkin tidak nampak kesannya, tetapi jika seseorang itu dapat melakukannya sehari dua kali secara berterusan selama 6 hingga 8 minggu, lepas itu pastinya seseorang akan senang menidurkan dirinya dalam kadar yang segera.

Teknik itu sebenarnya merupakan sejenis senaman secara pernafasan yang diamalkan pada zaman kuno di negara India. 

Menerusi cara tarik nafas dan hembus nafas bukan sahaja membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan masuk ke bahagian paru-paru dan mengalir di dalamnya malah saraf di seluruh badan juga dapat direnggangkan. 

Dengan itu boleh bantu mengurangkan tekanan dan setrusnya menyebabkan seseorang rasa tenang serta relaks sehinggakan mudah berada dalam keadaan tidur.

Bolehlah cuba 'cara pernafasan 4-7-8' tersebut untuk menangani masalah insomnia yang telah sekian lama mengganggu anda. - CARI INFORNET

 




17

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 1-6-2015 02:16 PM
yang penting....kalau x cukup tidur...mmg grumpy gilerr
Quote jetonkepoh 2-6-2015 01:09 AM
Nk tahan nafas 7 saat tu sesak plak nafas...
Quote honeylynn 11-6-2015 12:26 PM
Aku dulu study archi..bila kronik sgt takleh tido ada member aku advice amik pil tido sbb waktu siang & malam dah terbalik..huhu! Pilnya kecik je tp kena makan setengah & effect dia sekejap je dah lalok..pas makan ingat nak pi cuci muka sat..otw balik bilik tu (dekat je dgn toilet) dah kena pegang dinding & jalan kepala dah senget..sampai2 je katil terus tak sedar..pastu tobat dah nak makan pil tu..
Quote ice_sky92 11-6-2015 10:00 PM
honeylynn replied at 11-6-2015 12:26 PM
Aku dulu study archi..bila kronik sgt takleh tido ada member aku advice amik pil tido sbb waktu sian ...

Apa nama ubat tu? Brapa mg? Kuat sangat kesannya.
Quote spiderman80 11-6-2015 10:15 PM
Spidey kalau waktu tak dapat tidur tak hitung kambing biri-biri, tapi kira girlfriend-girlfriend.
Quote honeylynn 11-6-2015 11:56 PM
ice_sky92 replied at 11-6-2015 10:00 PM
Apa nama ubat tu? Brapa mg? Kuat sangat kesannya.

Amik pil tu kat klinik universiti..free je..nama ubat tu tak ingat sbb dah lama sgt tp macam kaler kuning & kecik je saiznya..
Quote pat29 12-6-2015 06:23 AM
Mcm mana hendak merawat susah nak tido
Quote farahe 9-9-2015 04:38 PM
pat29 replied at 12-6-2015 06:23 AM
Mcm mana hendak merawat susah nak tido

ce buat rawatan akupuntur ngan herba..confirm senang tidur..
sebabnye member ade jugak yang kne insomnia ni..teruk jugak la..sampai bawah mata ada 'eye bag'..
dia buat treatment dekat sini http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Insomia.html

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067722 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top