CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rekod di China, jambatan kaca terpanjang, tertinggi, paling gayat di dunia

26-5-2015 12:01 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10920| Komen: 22

Description: Sekiranya anda takut pada ketinggian, sebuah jambatan kaca yang bakal dibuka di China bukanlah lokasi pilihan untuk anda. Laluan pejalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling ...


Sekiranya anda takut pada ketinggian, sebuah jambatan kaca yang bakal dibuka di China bukanlah lokasi pilihan untuk anda. Laluan pejalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling menggerunkan di dunia.

Tarikan terbaru di China itu terletak di Zhangjiajie Grand Canyon dan dijangka memecah rekod jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia. Jambatan yang menggayatkan itu terletak di antara dua tebing tinggi di taman negara Zhangjiajie dan akan dibuka kepada pelancong Julai depan.

Apabila dibuka kelak, pengunjung berpeluang melihat pemandangan wilayah Hunan yang menakjubkan ketika berjalan di laluan sepanjang 429 meter itu. Pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana jambatan selebar 5.79 meter itu mampu menampung hingga 800 orang pada satu masa.

Terdapat juga perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di laluan itu yang terkenal dengan keindahan bentuk muka buminya. Pemandangan taman negara Zhangjiajie dijadikan inspirasi untuk planet Pandora dalam filem Avatar.

Laluan yang direka oleh arkitek dari Israel, Haim Dotan itu dengan mudah mengatasi jambatan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat. Jambatan Grand Canyon Skywalk mempunyai laluan sepanjang 20.7 meter dan dibina pada ketinggian 218 meter.

Selepas menghabiskan perjalanan di laluan yang menggerunkan itu, pelancong boleh menguji keberanian mereka dengan mencuba terjunan bungee. Terjunan bungee dari laluan itu juga adalah yang tertinggi di dunia, sekali gus merampas gelaran dari Menara Macau yang mempunyai terjunan bungee setinggi 232 meter.

Bulan lalu, satu pelantar laluan pejalan kaki yang menggerunkan dibuka di Chongqing, barat daya China. Pelantar itu mempunyai laluan kaca sepanjang 26.67 meter yang ‘tergantung’ di atas lembah sedalam 716 meter.

Ketinggian pelantar itu memberi pengalaman seperti berjalan di udara kepada pengunjung.

14

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 26-5-2015 12:39 AM
gambar mana bang? dah nk tiru silentwinner letew.
Quote din_atos 26-5-2015 12:46 AM
Tula pasal sejak menjak ni article tanpa gambar kekdahnya.
Quote razhar 26-5-2015 12:52 AM
ada competition bukak thread baru ka????
Quote razhar 26-5-2015 12:53 AM
link /source berita tarak..mod,sila lock thread tanpa source...
Quote R2D2 26-5-2015 12:56 AM
Quote mbhcsf 26-5-2015 01:03 AM
iskkk gayat sangat aih tengok.....iskkkk
Quote sgbuloh 26-5-2015 02:39 AM
lantai kaca tu ada bayang2 tak? kalau ada bayang2, sapa yang pakai skirt nampak spende.
Quote kentel 26-5-2015 08:30 AM
sgbuloh replied at 26-5-2015 02:39 AM
lantai kaca tu ada bayang2 tak? kalau ada bayang2, sapa yang pakai skirt nampak spende.

ummah suka dtg onecity USJ...usha amoi pakai skirt jalan atas rooftop kaca dari bawah
Quote chinta89 26-5-2015 08:38 AM
iols suke thread yg ade gambarrrrrr
Quote helmeita 1-6-2015 10:33 AM
perh... sgt ngeri
Quote mak_wa95 1-6-2015 10:47 AM
cantikkkk,

tapi gayatttttttttt
Quote zameyla 1-6-2015 10:52 AM
kalau aku, jalan kat line putih tu ja....
Quote sashin 1-6-2015 11:33 AM
made in china..boleh cayer ke quality dia ni...ngeriiii
Quote lurve82 1-6-2015 11:43 AM
Edited by lurve82 at 1-6-2015 12:57 PM

Mcm kat onecity...hakak berani jejak sblh kaki jah....klu jmbtn ni mmg idak la hakak nk jln...


20140803_192754.jpg

Quote toyaq_03 1-6-2015 12:24 PM
lurve82 replied at 1-6-2015 11:43 AM
Mcm kat onecity...hakak xberani jejak pun..klu jmbtn ni mmg idak la hakak nk jln...

haritu kan ada kes cermin kaca kt one city tu retak seribu......ramai sgt yg dok layan pub kt atas tu sambil bjoget atas cermin tu..hhaaahaa
Quote reenz013 1-6-2015 12:29 PM
view cantik tp gayat
Quote Teru2Bozu 1-6-2015 12:34 PM
Mampos x kan ku naik.
Quote lurve82 1-6-2015 12:54 PM
toyaq_03 replied at 1-6-2015 12:24 PM
haritu kan ada kes cermin kaca kt one city tu retak seribu......ramai sgt yg dok layan pub kt atas ...

ntah...gigih sgt buat pub atas tu..harap ada ummah2 berkerak mabuk2 lpas tu terus terjun bangunan...
Quote Changa 1-6-2015 01:02 PM
kakak takkan ambil risiko sis.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.074571 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top