CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Suzuki Rock The Road 3.0 uji ketahanan Jimny

19-5-2015 11:01 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1884| Komen: 0

Description: Baru-baru ini Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah melancarkan penjelajahan, Suzuki Rock the Road 3.0, yang melibatkan model Jimny dari Kuala Lumpur menuju ke Tanjung Malim, Perak. Dengan me ...


Baru-baru ini Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah melancarkan penjelajahan, Suzuki Rock the Road 3.0, yang melibatkan model Jimny dari Kuala Lumpur menuju ke Tanjung Malim, Perak. Dengan melalui pelbagai cabaran laluan termasuk off-road, sekali gus dapat menguji ketahanan dan kemantapan model Jimny ini.


Merentasi pelbagai corak laluan off-road, peserta yang menyertai Suzuki Rock the Road 3.0 ini berkhemah selama tiga hari dua malam di Teratak Bernam Riverview, Lubuk Kawah, daerah berkenaan.


Program anjuran bersama dengan Eco Rainforest Adventure Team (eRAT) 4×4 Club melibatkan ahli daripada Kelab Jimny Samurai Malaysia (KJSM) bersama keluarga mereka yang melibatkan hampir 100 unit model lama dan baharu Jimny.


Menurut Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan SMA, “Jimny merupakan antara model paling ikonik Suzuki yang sesuai digunakan untuk aktiviti gaya hidup masa kini. Model kompak penuh lagenda ini antara yang digemari sejak lebih empat dekad yang lalu. Di mana Jimny memenuhi kehendak semasa termasuk mendominasi aktiviti off-road“.


Sambungnya lagi, “Suzuki Rock the Rock merupakan inisiatif di mana sebelum ini ia pernah dianjurkan untuk pemilik model Swift. Ia sebagai menambahkan lagi pengalaman yang lebih bermakna buat pemilik model Suzuki. Malah ia juga sebagai salah satu penghargaan daripada pihak SMA terhadap para pelanggan yang menyokong jenama kami”.



infokereta.com


Bagus
10

Marah
6

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044100 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top