CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Fazura & Piolo Pascual Semakin Akrab?

14-4-2015 09:59 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 41976| Komen: 150

Description: Digandingkan bersama ketika menyampaikan anugerah di Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) ke dua yang berlangsung hujung minggu lalu di Kuching, Sarawak, Fazura dan aktor hot dari Fili ...

Digandingkan bersama ketika menyampaikan anugerah di Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) ke dua yang berlangsung hujung minggu lalu di Kuching, Sarawak, Fazura dan aktor hot dari Filipina, Piolo Pascual mencuri perhatian dek telatah mereka ketika menyampaikan dua anugerah yang dipertandingkan.

Bermula dengan kesalahan Piolo yang menyebut nama Fazura sebagai Faruza, namun aktor tersebut sempat memperbetulkan kesalahannya dengan memuji aktres itu. Menurutnya, selepas tiba di Kuching, dia ternampak komersial ubat gigi yang menampilkan Fazura sambil memuji kecantikan aktres tersebut.


Selepas itu, hos AIFFA pada malam itu, Tony Eusoff juga telah mengusik dan mengatakan bahawa gandingan Fazura dan Piolo tampak serasi bersama. Perkara ini berlarutan daripada hadirin yang hadir sehingga peminat yang melihat foto mereka di dalam Instagram.


Namun, melalui sumber-sumber yang didengar, pasangan yang baru bertemu ini seperti tidak berenggang dan menghabiskan waktu sebelum pulang bersama selepas acara anugerah berakhir.

Melalui foto yang beredar di Instagram, para peminat nampaknya gembira melihat gandingan mereka berdua ini dan tak kurang juga ramai yang inginkan pasangan ini menjalinkan hubungan bersama. Masing-masing pun sememangnya masih solo dan tidak dikaitkan dengan mana-mana individu.

Kepada mereka yang mungkin tidak mengenali siapa Piolo Pascual, dia merupakan aktor, pemuzik, model dan produser. Dia yang kini berusia 38 tahun memiliki seorang anak, Inigo Dominic Lázaro Pascual, yang kini berusia 18 tahun.

Aktor ini menjadi kegilaan dek ketampanan wajahnya yang mencuri ribuaan hati wanita yang meminati Piolo. Kehadiran aktor ini turut ditemani selebriti senegaranya yang terkenal menerusi rancangan realiti It Takes Gut To Be A Gutierrez yang terdiri daripada Sarah Lahbati, Raymond dan Richard Gutierrez.

Sebagai salah seorang bintang di saluran E! Asia, Fazura dikatakan menghabiskan masa usai majlis penganugerahan berakhir dengan barisan bintang realiti Filipina itu dan ia turut ditemani Piolo sekali.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miu84 13-4-2015 11:47 PM
omaigawd umo 20 tahun da dapat anak si jantan ni
Quote enchikfitz 13-4-2015 11:48 PM
miu84 replied at 13-4-2015 11:47 PM
omaigawd umo 20 tahun da dapat anak si jantan ni

Kan..sekali imbas mcm abang adik.
Quote hzln 14-4-2015 12:31 AM
miu84 replied at 13-4-2015 11:47 PM
omaigawd umo 20 tahun da dapat anak si jantan ni

rusdi ramli rasanya lagi muda kut jadi bapak
Quote dani-rox 14-4-2015 12:36 AM
kachaknya Piolo... get it pajurah
kalau ai tak kesah okeh dpt anak tiri dah besar panjang sebegitu *tiba-tiba

Quote mystica 14-4-2015 12:40 AM
hensem. sgt padan.
Quote atekome 14-4-2015 12:48 AM
KLo msk islam tk pyh nk sunat sbb pinoy mmg dah sunat
Quote shanshero 14-4-2015 12:58 AM
Anak dia buruk je
Quote setokinpurple 14-4-2015 01:11 AM
Hensemm.. Sama cantik sama padan. On jelaa
Quote enchikfitz 14-4-2015 01:13 AM
hzln replied at 14-4-2015 12:31 AM
rusdi ramli rasanya lagi muda kut jadi bapak

Rusdi Ramli tak hot. Sekian
Quote munchkin 14-4-2015 01:24 AM
cantik faruza
Quote doubleA 14-4-2015 01:35 AM
Sian pajura gosip banyak,harap2 lekat la sorang dlm banyak2 tu.
Quote elmen 14-4-2015 01:36 AM
wowwwwww... bring it on fazura.. u can do it..
Quote nazrul90 14-4-2015 01:38 AM
go with it mek zura. cantik pasangan nya si kacak.
Quote cahayahati 14-4-2015 02:39 AM
Nmpak mcm sepadan....mana tau piolo ni jodoh fazura...
Quote CikguZara 14-4-2015 05:24 AM
kalu paruza takmo, ai mau
Quote putehkundor 14-4-2015 06:58 AM
daddy lebih handsome dari anaknya....
first time dengar nama heshe.....mak teh x layan sangat drama2 pinoy ni.

teringin nak tengok faz berlakon drama/film pinoy...
muka dia pun nampak cam org filipina sikit
Quote eastbourne13 14-4-2015 07:55 AM
wow..hensemnya..
Quote fuzzyfuzzy 14-4-2015 08:01 AM
paolo ni bapak handsome..pernah layan movie dia..mmg handsome bangat....
huntongla fake dpt mesra2 dgn paolo ni...I izzzz jelezzzz
Quote diana007 14-4-2015 08:03 AM
TT, pls update this too http://psr.ph/index.php/piolo-pa ... actress-nur-fazura/

Even Philippine show biz pun think it is newsworthy.

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.081146 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top