View: 23408|Reply: 15
|
‘Buat Bazir Kertas Je’ – Netizen Dakwa Puisi Daiyan Trisha Tak Asli, Penerbit Buku Bersuara
[Copy link]
|
|
Buku puisi bertajuk Tulisan yang merupakan hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mendapat kritikan dan kecaman di media sosial.
Menerusi ciapan di platform X, seorang individu meluahkan rasa kecewa berikutan buku tersebut didakwa tiada keaslian dalam penulisan.
Puisi yang ditulis oleh selebriti berusia 31 tahun itu juga didakwa tidak sewajarnya dijual berikutan terdapat penulisan yang terlalu ringkas.
"Saya rasa dia patut terus menjadi seorang yang bekerja dengan jenama fesyen dan jual muka je kerana sejujurnya tak ada salahnya."
"Apa yang salah adalah pokok-pokok yang terpaksa dikorbankan untuk ‘puisi-puisi’ yang teruk ini."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan dan mereka berpendapat bahawa buku tersebut tidak berbaloi untuk dibeli.
"Buat bazir kertas je dengan penulisan yang tak berbakat ini."
"Target audiences dia mesti untuk budak-budak sekolah yang tengah putus cinta."
"Berhenti terbitkan buku yang isinya hanya puisi dua ke empat baris. Berhenti jual kesedihan di balik tulisan."
"Cari quotes dekat Pinterest bersepah, jimat kertas dan duit."
"Benda macam ini lebih baik tweet je daripada buat buku."
Dalam pada itu, hantaran berkenaan juga telah mendapat perhatian pihak penerbit buku tersebut iaitu Nukilan Biruni.
Pihak penerbitan meminta individu itu memadam ciapan tersebut kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta dan tindakan undang-undang akan diambil jika individu tersebut tidak melakukannya.
Sumber: Platform X/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Fefeling retis serba boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 10-5-2024 12:02 AM
Thread dah wujud lerrrr
dah wujud thread sejam lepas pun..kalau pembuka thread Cari bla bla bla..mod takkan ambil sebarang tindakan...
depa wartawan cari > mod cari ..gituuuu |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:04 AM
Bazir thread je carimro.
kan
bazir masa rkyt msia dgn brita2 retis yg x bpaedah
bazir data lg |
|
|
|
|
|
|
|
sape suruh beli hahaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-5-2024 01:04 AM
Bazir thread je carimro.
kan
bazir masa rkyt msia dgn brita2 retis yg x bpaedah
bazir data lg |
|
|
|
|
|
|
|
Art is very subjective
Tp bila aku baca sekeping dua keping(yang orang duk ambil gambar post dlm social media)
I think the book/notepad is more to quotes by daiyan trisha..not poem
Up to masing2 nak beli ke tak
Sekadar dengar sebaris dua quotes and then you reflect on it pun boleh,up to you if that is your style and mind
Healing zaman skrg- bawa kerusi lipat, berhenti kat carpark malam2, pastu sembang, main fon
Aku dh tua dh, a good sleep can make my mind and body heal so well dh, esok nak bangun awal lg |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni apa peranan dia dalam industri hiburan sebenarnye??
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahah kelakar weh isi dalam dia penat iols gelak semalam satu muka surat, 2 baris ayat yg bersaiz kan 4x3cm iols minat buku2 camni, ada lah beberapa kat rumah.. tpi klau dh takat tu je isi dalam, iols pun x nk beli hihi |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi tapi tah mcm mana jdi famous sgt, maybe dri tiktok, sbb iols pun xtau lagu mana yg dh disukai ramai hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon bnyk kat astro ceria nun...
|
|
|
|
|
|
|
|
DBP tak hendak berikan sepatah dua kata? Haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|