CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penahanan Pelakon Ada Kaitan Pindah Makmal Dadah Ke Muar

30-3-2015 08:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8973| Komen: 29

Description: Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob Berkata, Ini Berdasarkan Penemuan Pelbagai Peralatan Dan Bahan Kimia Dalam Kenderaan Pelakon Lelaki Itu Yang Biasanya Digunakan Sindiket Untuk Me ...

AZMAN AYOB (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu, peralatan dan bahan memproses dadah yang dirampas daripada dua lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Muar, Johor, semalam.MINGGUAN/Ishak Rahmad

MUAR 28 Mac – Penahanan seorang pelakon berusia 37 tahun di Pagoh semalam dipercayai ada kaitan dengan usaha rangkaian dadah mahu memindahkan makmal syabu di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia dalam kenderaan pelakon lelaki itu yang biasanya digunakan sindiket untuk memproses syabu.

“Kita percaya mereka baharu sahaja berpindah dari sebuah kawasan di Midvalley, Kuala Lumpur ke daerah ini dan jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga lima kilogram pada satu masa.

“Ini juga berdasarkan penemuan dadah jenis syabu seberat lebih 1.3 kilogram. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Pelakon tersebut ditahan buat kali keempat berkaitan kes dadah semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada pukul 1.40 pagi semalam.

Dia ditahan bersama seorang rakannya berusia 28 tahun yang memandu kereta terbabit dan pemeriksaan menemui empat peket syabu dalam satu ruang di tempat letak kaki di bahagian belakang selain beberapa barangan disyaki untuk memproses dadah.

Turut ditemui empat botol kaca mengandungi bahan kimia tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan Bendosen Calcium Chloride serta kelengkapan lain seperti alat penyuling, balang dan corong kaca, pengering serta dapur elektrik.

Azman berkata, nilai dadah itu dianggarkan RM660,000 dan kedua-dua suspek direman sehingga 2 April ini sementara ujian air kencing mendapati pelakon tersebut negatif dadah manakala rakannya positif.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek lain yang berkemungkinan turut terbabit dalam kes ini,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, sehingga semalam, nilai pelbagai dadah yang dirampas pihaknya melibatkan 234 kes berjumlah RM2 juta dan usaha akan dipergiatkan untuk memastikan kegiatan dadah di sini ditumpaskan.

Beliau memberitahu, seramai 51 wanita asing berusia antara 19 hingga 40 tahun ditahan dalam 13 serbuan yang dilakukan ke atas pusat hiburan bermula 1 Jan hingga 27 Mac.

Azman berkata, semua mereka yang masing-masing merupakan warga Vietnam (25 orang), warga China (enam) dan 20 warga Thailand ditahan kerana terbabit dengan aktiviti pelacuran dan bekerja tanpa permit yang sah.

“Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen, manakala pemilik pusta hiburan pula disiasat mengikut Seksyen 55A Akta Imigresen kerana menggaji atau melindungi pekerja warga asing,” katanya.


11

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 29-3-2015 03:12 AM
Pandai pelakon ni guna bahan kimia masa sekolah dulu mesti cemerlang subjek kimia..
Quote munchkin 29-3-2015 03:23 AM
Siapa ni?
....
Quote munchkin 29-3-2015 03:23 AM
Dah empat kali kena tahan. Sebelum tu lepas je ke?
Quote mabb76 29-3-2015 03:45 AM
mamat nie nak support festival muzik kot!!!
Quote nour2001 29-3-2015 06:14 AM
KLu dia, mak dia dramatis dan dah meniinggal dunia akibat sakit cancer...
Quote nhuser 29-3-2015 06:47 AM
si Benjay ( anak arwah Azean Irdawaty) nie pembuat/pembekal dadah lah kan. Patut kena hukum gantung saja.
Quote rain2169 29-3-2015 07:34 AM
dah 4 kali kena tangkap.. maknanya 3 kali yang lepas tu dia senang-senang je dibebaskan....
hairan gak....
Quote naina 29-3-2015 07:55 AM
Dia buat dadah..jual
apsal xgantung sampai mati je dr dulu
Quote ultra78 29-3-2015 07:59 AM
Kali ni moga tak terlepas lagi. Ke tali gantunglah kamu
Quote kjk_2006_256 29-3-2015 08:11 AM
cap_ayam replied at 29-3-2015 03:12 AM
Pandai pelakon ni guna bahan kimia  masa sekolah dulu mesti cemerlang subjek kimia..

Mamat ni memang pandai masa skolah katanya.SPM dulu dapat Gred 1 Science Stream...
Tapi sayang seribu kali sayang....
Quote Knowlee 29-3-2015 08:15 AM
Dah 4 kali. Gantung je la.
Quote makneng 29-3-2015 08:48 AM
Muo lak nak dijadikan tmpt mat pet membiak...jilake sgt benjy ni...gantung sampai mati je dia ni....gewam kite
Quote bambimo 29-3-2015 09:12 AM
Rasanya kali ketiga awal mac...brmakna dia senang la kena ikat jamin..peguam dia yg rambut pnjang tu kan..terror la kot...
Sayang la...ada family yg sentiasa support dia, wife chinese mix kokusen...tp diragut sbb dadah
Quote eyansss 29-3-2015 09:15 AM
kjk_2006_256 replied at 29-3-2015 08:11 AM
Mamat ni memang pandai masa skolah katanya.SPM dulu dapat Gred 1 Science Stream...
Tapi sayang se ...

seriously??? kalo la dia sambung belajar, boleh dah jadik someone dalam bidang perubatan...
Quote tagas 29-3-2015 09:17 AM
Tempat dia kena penjara dulu pun kat penjara muo jugek then sibuk nak jadik kan muo  markas dadah..jilake betullll !! kasi gantung jer..Dadah pemusnah bangsa
Quote ultra78 29-3-2015 09:17 AM
Knowlee replied at 29-3-2015 08:15 AM
Dah 4 kali. Gantung je la.

Kali ni tiada siapa nak bela dia dah. Jenis tak sedar diri. Sebelum ni hidup atas belas kasihan org ke atas mak dia. Kali ini benjy tiada lagi talian hayat
Quote Mr.Virus 29-3-2015 10:35 AM
cilakak punya manusia..lebih baik mati je
Quote chinta89 29-3-2015 10:45 AM
sape? Benjy ke? sia ulang alik gak kena tangkap kan.
Quote kjk_2006_256 29-3-2015 11:22 AM
eyansss replied at 29-3-2015 09:15 AM
seriously??? kalo la dia sambung belajar, boleh dah jadik someone dalam bidang perubatan...

Iyerlah... Anak arwah Kak Yan boleh dikatakan agak bijak dlm pelajaran. Anak dia ada sorang pompuan dapat 8A-9A SPM beberapa tahun dulu, tapi dia sambung study kat bidang seni kalau tak salah. Sama la mcm benji ni pun.. mungkin dia lebih terarah ke bidang seni dari sambung blajar walaupun result cemerlang.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058867 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top