CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Benjy, 4 Rakan Dibebaskan Daripada Miliki Dadah

11-10-2013 02:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12037| Komen: 47

Description: Pelakon Benjy Dan Empat Rakannya Dilepas Dan Dibebaskan Buat Kali Kedua Oleh Mahkamah Majestrit Ampang Dekat Sini Hari Ini Terhadap Pertuduhan Memiliki 4.7 Gram Syabu, Jun Lalu.


KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan empat rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini daripada pertuduhan memiliki dadah, Jun lepas.
   
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.
   
Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes tetapi Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menyatakan pihaknya mendapat arahan daripada ketua pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan terhadap kelima-lima tertuduh.
   
Goh berkata, pertuduhan itu ditarik balik kerana seorang lagi rakan mereka, Zain Amir Zainal Khairi yang didakwa atas pertuduhan sama, telah mengaku bersalah sebelum ini dan dikenakan denda RM4,000.
   
"Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon kelima-lima tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan," katanya.


Peguam Amer Hamzah Arshad pula memohon kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana mereka sudah dikira tidak bersalah.
   
Mahkamah membenarkan permohonan Amer Hamzah.
   
Pada 11 September lepas, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.
   
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.
   
Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan.
   
"Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja... buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya 
16

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vv2005 11-10-2013 11:01 AM
Apa-ape jelah Benjy..apa yang kita buat sekrg ni tak semuanya akan selamat KANNNN
Quote bantal_busuk 11-10-2013 11:02 AM
Bosan lah aku dgn kesah mamat ni. lenyap terus lg bagus.
Quote hanezzafirah 11-10-2013 11:03 AM
untongg lorrr....ada kabel ke?main lepas camtu je? sorry x tau undang2 mesia ni
Quote alepmama 11-10-2013 11:04 AM
bebas lagi
padahal haritu siap kantoi tempat proses dadah tu
brapa la kena sogok nih
Quote amboimak 11-10-2013 11:20 AM
sekali dah jadi kutu dadah memang payah nak bersih diri.. haihlah benji.. dah tua.. bawak2 la insap plis
Quote kaklehot 11-10-2013 11:20 AM
ni la dia anak muda yg akan hancurkan bangsa sendirik...kaki dadah tegar..
Quote cronix 11-10-2013 11:20 AM
bebas lagi? ish ish ish
Quote fifie_olin 11-10-2013 11:52 AM
kannn....ada duit seme leh jd...
hrp2 lps ni beliau insappp
Quote nurfariezza 11-10-2013 11:55 AM
xabis2 lg...mls dah
Quote epysha 11-10-2013 12:01 PM
bukti tak kukuh ke?
Quote rbmy 11-10-2013 12:02 PM
kali kedua pun lepas?
mak aiii.. gila kabel apa dia pakai ni?
adoi..
Quote abgboroi 11-10-2013 12:08 PM
dah ditangkap dengan syabu tapi x bersalah?  
Quote ladyxez 11-10-2013 12:15 PM

sungguh suci la Benjy ni .... next
Quote mixed 11-10-2013 12:25 PM
Gila kuat kabel ko benjy x bersalah lg

Ok psni isap dadah lg buat kilang syabu plk tgk sangkut tak

Aku lbh kesian kt ameng spring kerna belau tiada kabel yg kuat
Quote wakenabeb88 11-10-2013 12:41 PM
Selamat lagi si benjy ni... tangkap lepas tangkap lepas. hmmmm bau ikan
Quote kukulangau 11-10-2013 01:12 PM
mixed posted on 11-10-2013 12:25 PM
Gila kuat kabel ko benjy x bersalah lg

Ok psni isap dadah lg buat kilang syabu plk tgk sangkut ta ...

tapi ameng spring lagu2 dia semua kuat2
pemes sampai sekarang
orang yg duduk oversea kalau berkaraoke mesti nyanyi lagi ameng
even karaoke kat malaysia ni pun lagu ameng masih laku
Quote tomet05 11-10-2013 01:54 PM
pergh .. lepas lagi
ke memang dia ni ramai nak aniaya ?
Quote musangcomel 11-10-2013 02:01 PM
klu tak insap gak tak tau la nak kate
Quote nekjah 11-10-2013 02:11 PM
wakenabeb88 posted on 11-10-2013 12:41 PM
Selamat lagi si benjy ni... tangkap lepas tangkap lepas. hmmmm bau ikan

bau ikan busuk ke noks?
bapak politikus apedehal....
tolong hancurkn anak bangsa sendiri

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055648 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top