CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 65494|Reply: 27

Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang

[Copy link]
Post time 19-10-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.



Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.

"Dia (mangsa) ialah rakyat beta. Berikan dia keadilan sekarang," tulis Tengku Hassanal dalam kemas kini tersebut.

Tengku Hassanal bertitah, mereka yang memperjuangkan keadilan akan sentiasa menghadapi tentangan daripada pihak yang melakukan ketidakadilan.

"Akhirnya, mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak yang salah akan jatuh," titah baginda.

Sebelum ini, Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

Ia susulan laporan media bahawa seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata tajam dan pistol.

Pada Khamis, sebuah portal melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Alias Awang, 44 tahun, kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 11:01 AM | Show all posts
apa kes ni? hurai sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:41 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Alias Awang, yang dibelasah teruk dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang, bersyukur nyawanya masih dipanjangkan oleh Allah.

MalaysiaGazette difahamkan, mangsa telah dibelasah hampir tiga jam oleh sekumpulan lelaki di dalam kawasan kandang kuda di Taman Gelora, dekat Kuantan, pada jam 12.20 pagi.

Kejadian itu berlaku bermula dengan panggilan telefon oleh seorang ‘pegawai polis’ yang mengajak Alias untuk bertemu kerana mahu menawarkan kerja sebagai pengiring keselamatan.

“‘Pegawai polis’ ini menghubungi saya dan mengaturkan pertemuan untuk bertemu kerabat itu. Saya ditawar menjadi bodyguard, sebab itu sanggup bertemu dengan kenalan dan kerabat itu,” dakwanya walaupun terdetik dihatinya mengapa pertemuan tersebut dibuat pada lewat malam.

Bagaimanapun, Alias mendakwa, dia bersangka baik kerana mengenali ‘polis’ berkenaan dan setuju untuk berjumpa di lokasi yang dijanjikan seorang diri.

“Ketika masuk ke dalam kabin, kesemua mereka bersalaman dan apabila sampai di hujung (kabin), saya telah diserang.

“Saya membalas tumbukan pertama serta bergelut dengan seorang lelaki. Saya kemudian dipukul oleh mereka yang berada di dalam kabin.

“Saya dibelasah oleh belasan orang, dan sebahagian lagi ada menunggu di luar, semuanya kira-kira 20 orang lelaki.

“Saya kemudian ditikam di paha kanan dan ditembak dua das di luar kabin tetapi tidak mengena. Saya pertahankan diri selama tiga jam, dan hampir tumbang lalu buat keputusan untuk berbincang dengan mereka supaya bunuh saya sahaja daripada menyeksa,” katanya bapa kepada lapan anak itu.

Alias mendakwa dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan berkenaan kerana rasa tidak puas hati berhubung isu tanah di Rompin, Pahang.

Tanah itu membabitkan ladang sawit seluas lebih 900 hektar yang dimiliki oleh penduduk Kampung Selendang, Rompin tetapi dikatakan telah ‘dirampas’ oleh pihak lain.

Sebaik sahaja perbincangan tersebut, secara tiba-tiba ‘pegawai polis’ dan seorang lelaki dalam kalangan kumpulan tu membawanya ke sebuah klinik.

Tetapi, saya diarah untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Saya enggan dihantar ke hospital, lalu mereka hantar saya pulang ke rumah. Saya membuat laporan polis selepas dua hari kejadian selepas dinasihati ahli keluarga kerana sedar berdepan dengan musuh yang mengancam nyawa,” ujar beliau yang pernah menjadi pengiring Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Alias sehingga kini beliau masih belum dapat bekerja walaupun luka di paha dan muka sudah semakin pulih kerana khuatir keselamatan dirinya dan keluarga.

Serangan itu meninggalkan 13 bekas jahitan di paha Alias.

Mangsa, 44, yang juga bekas pegawai polis hanya mahu nasibya dibela dan mendapat keadilan sewajarnya oleh pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat pada 8 Jun lalu.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh berhubung insiden kes keganasan fizikal melibatkan kerabat Pahang yang tular di media sosial.

Menerusi kenyataan, baginda bertitah, siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:42 AM | Show all posts
https://malaysiagazette.com/2024 ... anya-masih-panjang/

20 laki tu pondan ke apa?, 1 by 1 ler
ni gajah pun bole mati kalu dah ramai2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Power mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex police dan ex pengiring sultan.
Kalau orang biasa² 3jam tu dah lunyai kot. Ramai pulak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah terkambus. Sib baik heol bersuara semula & dpt feedback dr TH. Bg keadilan yg kaw kaw sbb hok sana main senjata api bhai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tanah itu membabitkan ladang sawit seluas lebih 900 hektar yang dimiliki oleh penduduk Kampung Selendang, Rompin tetapi dikatakan telah ‘dirampas’ oleh pihak lain"

semudah itu dirampas luas plak tu.
pakcik ni salah seorg pemilik tanah ke?

kalau dah kaya raya beli la tanah secara betul, ni main rampas pastu main pukul2 tembak org plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan sekadar wayang demi nak kekalkan imej
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni chomel betul yach sissy…
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:53 PM | Show all posts
I hope there is justice because if baca leaked documents, kerabat2 ni memang guna their title to get land and approved projects...so THIS could also face internal power struggles and palace politics.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 12:22 PM | Show all posts
Tertanya tanya siapa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cheliz replied at 20-10-2024 12:22 PM
Tertanya tanya siapa

Dengarnya sepupu TH, anak CPJA
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni kan dah ditutup? Kalau betul nakkan keadilan kena buka semula la kertas siasatan. Kena monitor semua stage diadili dgn betul dan saksama
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:57 PM | Show all posts
amandalopez replied at 20-10-2024 08:25 PM
Dengarnya sepupu TH, anak CPJA

umur berapa anak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 21-10-2024 04:57 PM
umur berapa anak dia?

Muda lagiii..dlm awal 20an
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 21-10-2024 04:57 PM
umur berapa anak dia?

20.
Lahir 2004
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:58 PM | Show all posts
mamat tu dah dapat keadilan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:58 PM | Show all posts

muda belia dah tunjuk samseng

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes tutup ke camne?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.760828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list