CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26285|Reply: 8

Heroin Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Pevita Pearce Nikahi Anak Jutawan Malaysia Bos Habib Jewels

[Copy link]
Post time 22-10-2024 12:05 AM | Show all posts |Read mode





Sama cantik sama padan, pelakon popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer, semalam.


Dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan teman terdekat, kedua-dua mempelai anggun menggayakan busana berwarna putih mengikut konsep dan adat Melayu.


“Hari ini, dengan cinta yang damai, juga dengan kehadiran orang yang disayang kami akhirnya disatukan,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen dalam Instagram.


Difahamkan, pelakon yang sinonim dengan watak Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar secara tunai.


  



Bukan biasa-biasa, jejaka yang berjaya menawan hati pemilik nama sebenar Pevita Cleo Eileen Pearce, 32, merupakan ahli perniagaan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group.


Tiada angin tiada ribut, perkongsian aktres jelita itu tentang berita gembira dalam Instagram mengejutkan ramai peminat yang seterusnya dihujani ucapan tahniah dan turut bergembira dengan khabar tersebut.


“Wah cantiknya, tahu-tahu Hayati sudah dimiliki, tetap juga bukan Zainuddin. Apapun semoga berbahagia sehingga ke anak cucu,” seloroh seorang netizen.


“Iya demikianlah perempuan! Semoga berbahagia Hayati bersama pilihan hatimu,” demikian komen seorang lagi netizen.


“Mendoakan segala keberkatan dan limpahan bahagia untuk keluarga baharu kamu Pev. Sihat, sukses dan terus berkarya,” tulis seorang pengguna media sosial.


  



Majlis gilang gemilang itu juga turut dimeriahkan persembahan rakan selebriti iaitu Afgan yang melantunkan beberapa buah lagu.


Selain Afgan, resepsi tersebut dihadiri ramai tetamu kehormat dan orang kenamaan seperti bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.  


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh gebang nk laki cmne..berapa ramai bf etc..tahu2 dh sambar ank tokei kedai emas terkemuka..xde plak peraga emas mcm display rack bergerak even kedai emas tu family laki tu punya..hehehe

Tahniah utk kedua mempelai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:25 AM | Show all posts
cantik. nasib tak mekap konoha.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:51 AM | Show all posts
masih tak boleh move on dengan watak hayati dalam tenggelamnya kapal van der wijck lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:39 AM | Show all posts
sesuai sgt, sampai satu indonesia patah hati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:54 AM | Show all posts
nampak simple walaupun kahwin dgn anak toke mas. cantik mekapnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
fanaz82: nampak simple walaupun kahwin  ...


Cantik kan. Suka baju kurung putih tu..simple je. Macam baju pakai time raya. Nampak simple je pasangan ni walaupun anak jutawan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:01 AM | Show all posts
Entah berapa banyak komen-komen terZainuddin yang keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat dna kari.
Menurun abeh kt ank² esk.
Cm ZW tu.
Papepon.. Taniya byk².
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051948 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list