CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengamuk Tikam Jiran Kerana Perangai Busybody

19-3-2015 10:51 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10758| Komen: 74

Description: Seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak menikam jirannya dalam satu kejadian di Kampung Atas Tol, di si ...
                                                               
         
 KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak menikam jirannya dalam satu kejadian di Kampung Atas Tol, di sini, awal pagi semalam, kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap mangsa yang suka menjaga tepi kain keluarganya.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.30 pagi dan ketika itu mangsa yang juga pesara guru bersama ahli keluarganya berada dalam rumah sebelum dikejutkan oleh suara jeritan seperti orang sedang mengamuk di luar pagar kediaman mereka.

Menurut sumber, selepas terkejut dengan situasi itu, suami mangsa menjengah ke luar rumah dan ternampak kelibat suspek yang juga jiran mereka sedang mengamuk di depan rumah sambil memaksa mereka membuka pintu pagar.

"Selain itu, suspek yang bertindak seperti orang kurang siuman turut mengeluarkan kata-kata ugutan mahu membunuh mangsa dan keluarganya kerana tidak puas hati dengan jirannya yang didakwa suka jaga tepi kain keluarganya.

"Bimbang perkara tidak diingini berlaku, suami mangsa mengambil keputusan berdiam diri dalam rumah. Bagaimanapun suspek berjaya menceroboh masuk kawasan rumah dan seterusnya memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang," kata sumber berkenaan.

Menurutnya, bagi menyelamatkan diri, mangsa bersama suami serta pembantu rumahnya menyembunyikan diri di belakang pintu sehingga yakin suspek telah keluar dari rumah mereka.

Katanya, tekaan mereka meleset kerana sejurus keluar dari tempat persembunyian, suspek terus menyerang dan menikam mangsa pada bahagian rusuk menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri.

"Suami mangsa tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu, terus menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Chendering," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Idris berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku telah menelan beberapa biji pil kuda sebelum menyerang mangsa dan keluarga dan hasil saringan awal ke atas urin suspek didapati positif dadah.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 459 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah sehingga menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

"Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

11

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 19-3-2015 08:09 AM
tu la sibuk sgt hal org kan dah kena ni musti jiran ni dok bergosip ptg2 ngan acik2 yg lain
Quote stryder_cats 19-3-2015 08:19 AM
Akibat suka menyibuk hal org lain
Quote miabebe 19-3-2015 08:22 AM
Mmg makcik2 suka menyibok hal umahtangga org lain potpetpotpet petang2 dok lepak sesame deme ngumpat...choiiii Sgt.. Bek berporem je..eh?
Quote edee_91 19-3-2015 08:30 AM
Berbaloi ke?
Quote mjla 19-3-2015 08:32 AM
Dah sumbat pil kuda apa pun sanggup buat.

Nak kasi behenti ngamuk sumbat kepala dgn peluru...
Quote fire_place 19-3-2015 08:34 AM
Selayaknya lah..suka sgt kepoh.. Kalau sibuk hal org mwmbantu xpe.ni kdg2 sibuk hal org sbb nak cari bhn menjaja.
Quote Star_el 19-3-2015 08:41 AM
entah2 jiran dia dikatakan "menyibuk" sebab nak tolong anak bini dia dr terus jd mangsa, suami/bapa penagih tegar  *spekulasi liar* haha
Quote jazaa 19-3-2015 08:50 AM
Kesian laki dia.....

Mengajar anak orang tapi bini sendiri tak mampu nak ajar...

Quote ~anya~ 19-3-2015 08:55 AM
Nko tikam2 bagai buat apa dek? Nko sebar je pulak cerita tentang mereka.... mesti ada dirt under the carpetlah...
Quote fifie_olin 19-3-2015 08:56 AM
cuba klo x bz body benda ni x jd...lantakla dia nk jd kuda skali pon jgn amek tau...
Quote khailya 19-3-2015 09:20 AM
lepas ni mesti tak bz body dah... padan mukeee
Quote dino 19-3-2015 09:24 AM
khailya replied at 19-3-2015 09:20 AM
lepas ni mesti tak bz body dah... padan mukeee

semua dok padankan muka akak tu kan.... takde nak kutuk penagih tu sgt....
Quote BlueEagle 19-3-2015 09:37 AM
ganu ngan dadah macam isi dan kuku jer nihhh....
Quote pittjie 19-3-2015 09:39 AM
dino replied at 19-3-2015 09:24 AM
semua dok padankan muka akak tu kan.... takde nak kutuk penagih tu sgt....

biasalah dino. apa2 hal pun pompuan jgk yang selalu dipersalahkan. . laki tu mesti tak penah pegi surau .. tak pernah dgr ceramah ustaz. ustaz kan pesan .. kita kena ambik tau hal jiran2. ni jiran ambik tau hal dia dah dianggap kepoci. mana lah jiran tu tak kepoci dah kau tu kaki ambik pil kuda kheeennnn.
Quote magnus 19-3-2015 09:40 AM
Gila babeng maing tikamangtikamang....
Quote dino 19-3-2015 09:44 AM
pittjie replied at 19-3-2015 09:39 AM
biasalah dino. apa2 hal pun pompuan jgk yang selalu dipersalahkan. . laki tu mesti tak penah peg ...

ambik tahu tu maksudnya ambik berat.... bukan p jaja buruk org... itu beza die.... org melayu perangai buruk paling nyata... die suka nengok org lain susah.... org lain jatuh.... suka cite buruk org.... wpun tak perasan buruk sendiri...... aku purcaya akak tu dok jaja kisah family jiran tu merata....

aku dulu dok berek polis.... ni ade satu blok ni akak ni bergusti dpn budak2.... kes camni la.... dok sibuk cite hal org.... sekali depa bergusti dpn bdk.... kite yg bdk2 ni tgk free show....
Quote caprut 19-3-2015 09:47 AM
dino replied at 19-3-2015 09:44 AM
ambik tahu tu maksudnya ambik berat.... bukan p jaja buruk org... itu beza die.... org melayu pera ...

beza org melayu ngn mat salih. mat salih siap buat cter lg psal hal buruk org supaya jdi pedoman smbil dpt buat duit tp melayu xdpt ape2. dpt dosa je.
Quote dino 19-3-2015 09:53 AM
caprut replied at 19-3-2015 09:47 AM
beza org melayu ngn mat salih. mat salih siap buat cter lg psal hal buruk org supaya jdi pedoman s ...

dpt kena tikam free....
tmbh kat trg tu.... bkn mcm kat kl... jiran pun tak kenal....
Quote alieyrina 19-3-2015 10:02 AM
Aku memg anti ummah yg duk jaga dalam kain org ni  

maksud aku hal2 remeh temeh la...utk mencegah kemungkaran sila kann...

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.088916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top