CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Kebun Dipenjara 14 Hari Akibat Tikam Pok Guard

26-3-2015 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4074| Komen: 5

Description: Lawrence Yang Turut Cedera Dalam Pergaduhan Itu, Didakwa Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan Yang Membawa Hukuman Penjara Sehingga 10 Tahun Atau Denda Atau Sebat Atau Dengan Mana-Mana Dua Daripada H ...
Tukang Kebun Dipenjara 14 Hari Akibat Tikam Pok Guard


KUALA LUMPUR - Seorang tukang kebun hari ini dipenjara 14 hari dan didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah menikam seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di sini Sabtu lepas.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Lawrence Munusamy, 43, yang didakwa mencederakan V. Suria, 32, dengan sebilah pisau sehingga mangsa cedera di pinggang dan mendapat 12 jahitan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pondok Pengawal Apartment Rampai Court, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju pada 4.30 petang, 21 Mac lepas.

Lawrence yang turut cedera dalam pergaduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat  atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Ketika rayuan, peguam Mousa Azaddin yang mewakili Lawrence memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman paling ringan atas alasan tertuduh hanya sebatang kara dan hidup menumpang di rumah kawan-kawannya.

"Seumur hidupnya dia tidak pernah kenal siapa keluarganya, namun begitu dia mempunyai pekerjaan tetap sejak tahun lepas sebagai tukang kebun. Pergaduhan ini juga telah menyebabkan anak guam saya mengalami kecederaan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan mempertimbangkan kesalahan yang telah dilakukan. - Bernama

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JandaSedap 25-3-2015 07:01 PM
Ummah estet ke..mesti mabuk todi

Akak tersenyum sinis jah
Quote mr_mrs_smith 25-3-2015 07:02 PM
14 hari je...so ko tikam la 10 kali...baru 140 hari kekdahnya
Quote Crystal_Apple 25-3-2015 07:06 PM
baguih ader improvement....
Quote Crystal_Apple 25-3-2015 07:07 PM
mr_mrs_smith replied at 25-3-2015 07:02 PM
14 hari je...so ko tikam la 10 kali...baru 140 hari kekdahnya

dendam mendendami...mi mee goreng
Quote ultra78 25-3-2015 07:50 PM
Ringannya hukuman...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top