CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kastam Akan Jawab Semua 106 Soalan Gst

26-3-2015 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9057| Komen: 54

Description: Dalam Sidang Media Di Pejabatnya Di Putrajaya, Khazali Berkata Sesetengah Soalan Tersebut Dianggap Remeh Kerana Sudahpun Dijelaskan Sebelum Ini.
Kastam Akan Jawab Semua 106 Soalan Gst


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan menjawab kesemua 106 soalan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dari NGO yang menentang pelaksanaan cukai tersebut.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jawapan itu akan dimuatkan di laman web JKDM untuk rujukan semua pihak.

Tegasnya, jabatannya akan menjawab kesemua soalan tersebut walau dianggap remeh.

“Kita akan menjawab soalan-soalan itu.

“Dalam masa terdekat, kita akan kumpulkan jawapan dan masukkan jawapan dalam laman web Jabatan Kastam,” kata Khazali.

Dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya, Khazali berkata sesetengah soalan tersebut dianggap remeh kerana sudahpun dijelaskan sebelum ini.

“Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?'

“Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan,” jelasnya.

Namun, Khazali berkata walaupun soalan itu nampaknya mudah, mungkin sesetengah pihak masih memerlukan penjelasan.

“Jadi, ada kebaikan juga jika Jabatan Kastam mengambil semua soalan itu dan masukkan jawapan dalam laman web.

“Ia boleh dijadikan sebagai maklumat untuk semua orang dan bukan hanya untuk kumpulan itu saja,” katanya.

Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.

Seramai 80 orang aktivis ditahan dalam kejadian itu.

8

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d'zeck 25-3-2015 12:04 PM
syabas

walopun pejabat kastam diredah
macam kandang
lembu

tetap juga kastam bagi
ruang jawapan secara berhemah
Quote gaara_X 25-3-2015 12:30 PM
hehehehehehee......wait n see...untong ler...
Quote miabebe 25-3-2015 12:39 PM
Sediakan pensel 2b n ketas jawapan objective
Quote slax 25-3-2015 12:46 PM
mana dia 106 soalan tu nak tengok
Quote damian_lee 25-3-2015 12:51 PM
indu awak 106%???? ..... (6%=GST)
Quote Mary_jane 25-3-2015 12:55 PM
Yg ke 107. Kenapa baru nak implement sekarang? Why oh why?
Quote tungkai 25-3-2015 12:55 PM
Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.


Maksudnya mmg konfem la polis yg start havoc..??

BTW..aku tak minat dengan soalan2 tu semua. Aku nak tahu in-reality mcm mana execution dia..
Quote mattzzx 25-3-2015 01:09 PM
sama sama kita tunggu soalan dan jawapannya nanti....
Quote Nokiaman 25-3-2015 01:31 PM
Soklan 108 ... Alang alang nak bergst .. Knp lak 6pcnt.. Kan bagui start from low 3pcnt kaaa.... Mcm singapork implement dedulu?
Quote dinamokiev 25-3-2015 01:45 PM
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:31 PM
Soklan 108 ... Alang alang nak bergst .. Knp lak 6pcnt.. Kan bagui start from low 3pcnt kaaa.... Mcm ...

Sebab singapore KDNK tinggi, jangan bandingkan dengan Singapore. Asal x bandingkan dengan America terus???
Quote Nokiaman 25-3-2015 01:47 PM
dinamokiev replied at 25-3-2015 01:45 PM
Sebab singapore KDNK tinggi, jangan bandingkan dengan Singapore. Asal x bandingkan dengan America  ...

Waa sebut 3pcnt ambil kira valuenya ngokk...habih Mesiak implement 6pcnt kira ekonomi mesiak bagui sangatkah??
Quote dinamokiev 25-3-2015 01:53 PM
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:47 PM
Waa sebut 3pcnt ambil kira valuenya ngokk...habih Mesiak implement 6pcnt kira ekonomi mesiak bagui ...

Bodohnya kamu, 1 Sg - Rm 3+-, so 3% - 6% ape beza bahalol
Quote Anak_Nogori 25-3-2015 01:57 PM
Soklan 109...maklumat gst telah pun diterangkan hampir satu tahun...soalnya kenapa masih ada yg bodoh?..
Quote Nokiaman 25-3-2015 01:58 PM
dinamokiev replied at 25-3-2015 01:53 PM
Bodohnya kamu, 1 Sg - Rm 3+-, so 3% - 6% ape beza bahalol

Mmg Bangsat betul kamu ni,,,sebangsat bangsat lagak pandai..bangsat oiiii..Singapore implement GST tahun berapa?...3pcnt tahun 1994...masa tu SGD1 = RM1.65~.....Soklan aku...knp first time implement shooot sampai 6pcnt...paham tak bangsat oiiiii.....bukankah 6pcnt tinggi melangit......
Quote Nokiaman 25-3-2015 01:59 PM
Anak_Nogori replied at 25-3-2015 01:57 PM
Soklan 109...maklumat gst telah pun diterangkan hampir satu tahun...soalnya kenapa masih ada yg bodo ...

Sebab kaum Majoriti tang Mesia nie Bodos tapi lagak pandai kekdahnyer..
Quote zach2008 25-3-2015 02:01 PM
Bagusla... tp kalau boleh nak tengok jugak apa 106 soalan tu.
Mungkin boleh letak tajuk 106 soalan dr kumpulan anti GST.
Harap mereka yg anti GST pun cuba2 la nak faham apa gst tu. Bukan dgn GST terus "kita bantah".
Buat masa ini aku cuba ambik tau yg berkaitan dgn hidup aku dulu. pelan2 kayuh

Tp tak la sampai soalan basic SST wujud lagi ke tidak selepas GST. Naik pekak dah telinga dengar penjelasan yg serupa
Quote Anak_Nogori 25-3-2015 02:25 PM
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:59 PM
Sebab kaum Majoriti tang Mesia nie Bodos tapi lagak pandai kekdahnyer..


Soalan 109 saya tu dituju pada pihak kastam..kamu jwp buat apa?..
Quote taji2906 25-3-2015 02:50 PM
tungkai replied at 25-3-2015 12:55 PM
Maksudnya mmg konfem la polis yg start havoc..??

BTW..aku tak minat dengan soalan2 tu semua.  ...

aku dengar citer, depa yg bantah tu start havoc dulu.. nak rempuh masuk ke tingkat atas opis kastam.. polis angkut semua masuk lori je la..
Quote samax 25-3-2015 02:54 PM
Edited by samax at 25-3-2015 02:57 PM

aku rasa ramai yang bising pasal GST sebab pelaksanaannya rumit..kena beli software la..key in data dalam web kastam tu la..rekod input output kejadah apa la..aku yang celik IT pun rasa beban apatah lagi kedai-kedai runcit yang buta IT tu..kedai pun tak de pakai komputer..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.067359 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top