CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sami kebal gerudi kepala untuk buktikan kehandalan

20-3-2015 10:02 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7028| Komen: 20

Description: ZHAO RUI menggerudi kepalanya selama 10 saat bagi menunjukkan kemampuannya dalam seni mempertahankan diri di rumahnya di Mianzhu, China baru-baru ini. - AGENSI

ZHAO RUI menggerudi kepalanya selama 10 saat bagi menunjukkan kemampuannya dalam seni mempertahankan diri di rumahnya di Mianzhu, China baru-baru ini. - AGENSI

MIANZHU, China – Seorang sami Shaolin melakukan aksi ngeri menggerudi kepala sendiri selama 10 saat dengan mesin gerudi elektrik bagi menunjukkan kejayaannya berlatih ilmu mempertahankan diri.

Zhao Rui, 24, turut membengkokkan sebatang besi menggunakan tengkuk selain berbaring di atas pacak besi sambil memecahkan batu menggunakan kepalanya ketika beraksi di rumahnya di sini baru-baru ini.

Menurut laman web People’s Daily Online, kulit kepala Rui cuma sedikit kemerahan di tempat gerudi itu dikenakan. Rui bagaimanapun mengakui pernah luka ketika berlatih dengan mesin gerudi itu sehingga menyebabkan sebahagian kulit kepalanya terkoyak.

“Memang agak menyakitkan ketika itu tetapi saya sudah pulih dan belajar daripada pengalaman. Sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang masalah.

“Saya mahu mempunyai badan yang sangat kuat. Percaya atau tidak, saya agak gugup semasa kecil tetapi saya kini mampu memecahkan batu menggunakan kepala. Kekuatan ini memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada saya,” katanya.

Pakar kungfu itu mula mempelajari ilmu mempertahankan diri sejak kecil dan menjelang usia 16 tahun, Rui meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin. Selepas dua tahun, dia meninggalkan kuil tersebut untuk menyambung latihan bersama pakar-pakar kungfu lain. – Agensi



Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 20-3-2015 08:23 AM
Tak lama lg ilang le kebal ko.

Kuat tapi bingai....
Quote JandaSedap 20-3-2015 08:28 AM
kebal ker atau trick jer tu
Quote amon_79 20-3-2015 09:02 AM
cuba..try dan test   lebih 10 saat  macam stengah jam ke...tgk kebal ke idok...
Quote mr_mrs_smith 20-3-2015 09:04 AM
amon_79 replied at 20-3-2015 09:02 AM
cuba..try dan test   lebih 10 saat  macam stengah jam ke...tgk kebal ke idok...

Hey...harussslah .....















Belobang lepas tu...
Quote zulka 20-3-2015 09:18 AM
takdop kijo
Quote crazecousa 20-3-2015 09:24 AM
nape x bg org len yg gerudikan..tgk cmana dia punya pegi
Quote maniack88 20-3-2015 09:29 AM
crazecousa replied at 20-3-2015 09:24 AM
nape x bg org len yg gerudikan..tgk cmana dia punya pegi

baring kat lantai, bagi orang lain drill, tgk kebal tak
Quote Feedoss 20-3-2015 09:37 AM
10 saat je? mcm ada yg x kena. meh ak try jap kt kepala awk
Quote nalis 20-3-2015 09:39 AM
Guna masonry bit kot
Quote Loxlaxman 20-3-2015 09:50 AM
Pembohong. Kalau dia betul betul terer bak sini aku gerudi...
Quote 123456 20-3-2015 10:10 AM
Dari Malaysia .....


[youtube]8XhK4-36OuQ[/youtube]
Quote protonpersona 20-3-2015 10:13 AM
drill made in china...patut la x berlobang...try guna makita ke...bosch ke
Quote amyainsamad 20-3-2015 10:17 AM
shaolin soccer
Quote mizkajura 20-3-2015 10:27 AM
kebal nyer dia. semoga kebal di alam sebelah sana juga...
Quote ais_kosong 20-3-2015 10:37 AM
gigihnya la..
Quote supernaturalee 20-3-2015 10:41 AM
STONER replied at 20-3-2015 10:08 AM
abg peratikannn je gambar ni sambil  sarapan kunyah kaca mentol kalimantang bersama air bateri ker ...

sambil pose maut spt di avatar
Quote miabebe 20-3-2015 11:04 AM
Meh Mia BC ayat kursi kompom tembus
Quote ketupat79 21-3-2015 02:49 AM
Haha teringat plak cerita magician yg jim carrey berlakon tu. Dlm cerita tu lepas dia buat aksi drill kepala teruih jadi biol
Quote FOTHER-MUCKER 21-3-2015 03:12 AM
Nasib baik sami! Kalau yang tu habislah.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top