CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak "Mati" Terjatuh Kerana Memakan Cicak?

9-3-2015 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7963| Komen: 30

Description: Mohamad Hajimeer Berkata, Ketika Kejadian Dia Berada Di Gua Musang, Kelantan Kerana Bekerja Sebagai Pemandu Lori Manakala Isterinya, Halimah Abdullah, 38, Berada Di Muar, Johor Berikutan Mempunyai Uru ...
Anak "Mati" Terjatuh Kerana Memakan Cicak?

Ipoh: “Pengasuh berkenaan mendakwa anak bongsu saya terjatuh selepas memanjat katil dua tingkat dan menangkap cicak serta memakan binatang berkenaan, tetapi mana masuk akal budak sekecil itu pandai menangkap cicak untuk makan,” kata Mohamad Hajimeer Dollah, 34, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai didera oleh pengasuhnya.

Dalam kejadian jam 3 petang, kelmarin, di sebuah rumah teres dua tingkat di Klebang Jaya, di sini, kanak-kanak malang dikenali sebagai Nor Saraniya Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dihubungi penjaganya selepas mangsa tidak sedar diri dan mengalami pendarahan pada mulut.

Mohamad Hajimeer berkata, ketika kejadian dia berada di Gua Musang, Kelantan kerana bekerja sebagai pemandu lori manakala isterinya, Halimah Abdullah, 38, berada di Muar, Johor berikutan mempunyai urusan kerja.

Katanya, dia mendapat berita mengenai kejadian itu pada jam 7 malam, kelmarin, daripada isterinya yang dihubungi oleh pengasuh berkenaan yang juga kenalan lama mereka.

“Sebaik sampai di rumah, pengasuh terbabit seperti enggan menemui saya dan bertindak mengunci pintu serta kami hanya bercakap di pintu saja selain memberitahu anak saya terjatuh kerana memakan cicak.

POLIS menahan dua wanita dipercayai penjaga kepada  Nor Saraniya yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas mangsa tidak sedar diri dan mengalami pendarahan pada mulut.


32

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amon_79 5-3-2015 08:31 AM
xbagi makan nasi ke sampai budak tu kena tangkap cicak nak makan...sebaya anak iols  umur 3 tahun dh bijak...dh pandai geli dn kenal cicak, tikus, lipas dan semut kat rumah...mcm bau ikan jer statement penjaga ni...
Quote sunquick 5-3-2015 08:33 AM
Quote zameyla 5-3-2015 08:34 AM
Penjaga berbangsa lain kah???
Adoii la...
Kesian budak tu...
Innalillah...
Quote khailya 5-3-2015 08:47 AM
eh penjaga die bukan melayu ker?
Quote Syd 5-3-2015 08:48 AM
Cicak Man
Quote Syd 5-3-2015 08:49 AM
rasa suami isteri tuh
sorang mamak
sorang tu India muslim

so lingkungan yang rapat ngan dia
kepercayaan etc

mustilan orang2 dia gak

Quote jengkoil 5-3-2015 08:53 AM
Ulau belingkau atas pagau...
Cakap belit macam ulau...
Quote Felycya 5-3-2015 09:07 AM
Alasan tak munasabah !.
Dasar pembelit.

Chittpoodaaahhh.
Quote mawar_pink 5-3-2015 09:14 AM
Semcm ayat Pengasuh tu..mcm nk melepaskn diri je
Quote mattzzx 5-3-2015 09:20 AM
Buat postmorten lah tengok ada cicak tak dalam perut budak tu....
Quote missyqaldina 5-3-2015 09:28 AM
aduiii risauuu la aku...
semalam pon kt bwh bontot anak aku merahhh..
aku tnye akak pengasuh aku...
rupe2..ade bdk yg die jage tu gigit bontot anak aku..
bdk tu suke gigit bontot...adoii..montok sgt bontot anak aku tu..
Quote hanamunir 5-3-2015 09:54 AM
tak payah nak cicak sangat..
post mortem itu kita kasi tunggu..
Quote GhostWalking 5-3-2015 02:17 PM
Ipoh: Seorang wanita yang dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun hingga mati direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit yang juga pengasuh kanak-kanak malang berkenaan dibenarkan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan, manakala suspek tidak diwakili peguam.


Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak berkenaan meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman akibat kurang zat makanan, selain terdapat kesan luka akibat penderaan pada badan mangsa.

Menurutnya, suspek yang juga dipercayai penagih dadah ditahan polis kira-kira 2.30 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini dan hari ini polis meminta tahanan reman untuk menjalankan siasatan lanjut.

Harian Metro hari ini melaporkan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai didera oleh pengasuhnya dan kematian mangsa disahkan oleh pasukan perubatan selepas dihubungi suspek yang mendakwa mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan pada mulut.-Harian Metro


      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 1:30 PM   
[url=http://www.hmetro.com.my/node/34924#][/url]
WANITA dipercayai penjaga kepada mangsa direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret








Quote kucen_miang 5-3-2015 02:32 PM
missyqaldina replied at 5-3-2015 09:28 AM
aduiii risauuu la aku...
semalam pon kt bwh bontot anak aku merahhh..
aku tnye akak pengasuh aku.. ...

jenjangan hakak pengasuh tu yang geget.
Quote missyqaldina 5-3-2015 02:39 PM
kucen_miang replied at 5-3-2015 02:32 PM
jenjangan hakak pengasuh tu yang geget.

jgn la ckp cmtu..nebesss...tp mmg kesan gigi bebudakk...
Quote boyagombak 5-3-2015 02:55 PM
missyqaldina posted on 5-3-2015 09:28 AM
aduiii risauuu la aku...
semalam pon kt bwh bontot anak aku merahhh..
aku tnye akak pengasuh aku.. ...

hasil dari terlalu lama kes memuntot 1 dan 2 lalu terkesan kpd budak2. harap qaldina saman gomen sampai tinggal muntot sepol

Quote sapp73 5-3-2015 03:02 PM
banyaklah makan cicak...ingat cicak tu senang ke nak tangkap???..

tapi kes ni pelik sikit, arwah yg berbintikan abdullah,...mati sebab kekurangan zat....kekurangan zat ambil masa yg agak lama sebelum beri kesan pada badan....siasat keluarganya sekali
Quote missDollie 5-3-2015 03:03 PM
amende la ngasuh anak orang boleh dera2 pulak..dah orang bagi keja, keja la betul2..dah tak sabar dengan bebudak awat la terima juga upah jadi pengasuh..tak paham betul aku..
Quote dita85 5-3-2015 03:05 PM
aku da agak da..pathetic sungguh la hidop ko ni..semua bende pn ko nk masuk politik..bebal!!

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.091067 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top