CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Lima

16-8-2018 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3985| Komen: 23

Description: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni belakang kediaman di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sekitar jam 7.15 malam ...
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni belakang kediamannya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sekitar jam 7.15 malam semalam.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Harian Metro, mangsa bernama Mohd Badrul Amin Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat parah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berdasarkan keterangan saksi, ketika kejadian mangsa dikatakan ingin mengambil pakaian di ampaian rumah berkenaan.

“Ketika itu mangsa duduk di atas tembok belakang rumah sambil tangannya mencapai pakaian disidai di ampaian."


“Bagaimanapun, dawai ampaian itu terputus menyebabkan mangsa terjatuh.”

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti laporan polis oleh keluarga mangsa.- CARI
17

Bagus
33

Marah
23

Terkejut
33

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 16-8-2018 08:32 AM
Allahu..bahayanya lah nak mengambik baju kat sidaian punya psl..knp duduk kat tembok tu..
Quote Nana_Man 16-8-2018 08:46 AM
Malang tak berbau... dah ajal budak ni.. org tua yg sidai pakaian pun tk terfikir akan jd mcm ni.
Quote Siti_Mustaqim 16-8-2018 08:50 AM
Ya Allah.....baya anak aku. Damailah awak di sana ye nak.
Quote zameyla 16-8-2018 08:51 AM
Ya Allah....kesiannya.
Innalillah....
Quote haryatie 16-8-2018 08:53 AM
Ya Allah..gi duduk kat situ pulak..

Quote EvieWanKenobi 16-8-2018 09:03 AM
Innalillah.. rumah ada balkoni
memang berbahaya untuk kanak2..

tambah2 lagi yang tiada ciri keselamatan..
Quote prettyuglybabe 16-8-2018 10:32 AM
mesti dia panjat tembok sebab tak sampai nak capai baju..
tinggi mana sangat la budak umur 11 tahun..
zaman dah banyak dobi ni, pi je la keringkan baju guna dryer dobi..
rm5 6 ringgit tak semahal nilai nyawa anak-anak bertenggek nak sidai or angkat baju kat ampaian..
Quote chinta89 16-8-2018 11:30 AM
takziah. terkedu bila baca kes2 jatuh balkoni.
Quote VuJiE 16-8-2018 11:50 AM
takziah buat keluarganya...
Quote Supersirap 16-8-2018 12:13 PM
Salam takziah kepada keluarga arwah
Quote moonbug 16-8-2018 12:33 PM
Takziah. Macam dah biasa buat duduk kat tembok tu, tak sangka kali ni dawai ampaian putus
Quote Sazida 16-8-2018 10:49 PM
Rumah bertingkat ni kalau boleh jgn la pasang ampaian bertali tu semata2 nk jimat ruang dgn kos.nk pasang boleh tp jgn  mlampau tinggi nya, ., sbb tu aku lebih suka pakai penyidai besi beroda, kadanggg kalau hujan tarik menatang tu sidai bawah kipas kt dlm rumah.,,  {:cryrun takpsl nyawa ank melayang,,
Quote ninja boy 16-8-2018 10:54 PM
Ampaian luar balkoni.
Quote famri7 16-8-2018 11:08 PM
Kesian elohim disalahkan..parent senantiasa maksum.
Quote MsKoreanfanatic 17-8-2018 10:25 AM
Innalillah~ sedihnyer ramai bayi adik2 kecik kite yg pergi dulu
Quote honeylynn 17-8-2018 10:28 AM
kalau kat Singapore ampaian dia lagi ngeri..dahla rumah tinggi2 pastu ampaian dia cuma batang2 buluh yang dipasak kat lubang dinding balkoni luar.. kalau tak expert mmg innalillah la jadinya.. dah banyak kot orang mati sebab ampaian camni..bahaya.
Quote jlo 17-8-2018 10:30 AM
ya allah...
Quote Changa 17-8-2018 10:35 AM
Bunuh diri ke dek? Depression kena ejek gemuk?
Quote Changa 17-8-2018 10:37 AM
PPRT nya bang, beli jah dryer seketul kat rumah. Ummah ibu pertiwi ini bab beli benda yg tak perlu no 1, ponsel tiap tahun tukar yg mahal tapi nak beli peralatan rumah yg boleh tingkatkan kualiti hidup enggan pula.
Ramai yang pemikiran PPRT konon tak perlu, bukan tak mampu nak beli pun.

Selagi ada barang yang menyenangkan hidup akak mmg akak beli

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060321 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top